Rabu, 17 Julai 2013

Puasa,SupAyam,SinggangDaging,SinggangIkan..

July 17, 2013

Entry ni ada sikit kureng - gambar. Masuk hari ni dah lapan hari umat Islam berpuasa. Maknanya dah tujuh kali berbuka puasa. Puasa hari pertama, kami sekeluarga berbuka dengan sup ayam, sambal kicap dan nasi panas. Air? Sirap. Senang cerita. Oh, by the way, aku harap entry kali ni tak offend sesiapa sebab aku tak post gambar & no provocation intended. The point is, berbuka hari pertama dengan makanan seringkas sup ayam dan nasi panas ditambah sambal kicap memang perghhhh.. Nasi? Hampir licin. Kuih? Takde. Sebab aku terlupa pulak bab beli kuih. Hik hik hik.

Puasa hari kedua aku masak ayam rebus (itu nama masakan daripada En. Noor), ulam peria katak (mentah - keluarga aku sekarang diserang kegilaan makan peria katak mentah-mentah), budu semangkuk (pergh, kecur air liur!) dan sirap campur buah kembang semangkuk. Hari ketiga makan sup semula. Hari keempat makan ayam rebus kembali. Begitu la seterusnya, Isnin malam aku masakkan singgang daging, yang resipinya aku cilok kat tempat kak Yati. Berbanyak-banyak terima kasih pada akak ni.. sejak aku baca blog dia, eksaited aku nak masak untuk suami. Berdebar-debar jugak la menunggu reaksi semua orang, tapi sememangnya aku kepenatan hari Isnin (berpindah pejabat - jenuh mengangkat meja kerusi), jadi singgang adalah pilihan terbaik. Semua aku lebuh dalam periuk, api kecil, tinggalkan je sampai aku dah boleh bau makanan semerbak. Malam tadi? Sup ayam kembali. Hmmm...

Sebenarnya nak cerita, puasa kali ni istimewa. Tahun lepas, tengah mengandung, suami jauh di Johor, aku di Kuala Lumpur. Berbuka puasa pun sorang-sorang, setiap hari aku akan makan bubur nasi (dengan ntah ape jenis resipi pun aku tak tau - semua aku campak dalam periuk tu. Janji kenyang!). Tahun ni berpuasa dalam sebagai ibu, dalam keadaan aku menyusu anak (beza? Cepat lapar berbanding selalu. Tu je la kot) dan suami dah pun berpindah ke sini. Adik-adik pun pakat balik kerja awal, nak berbuka puasa di rumah (lebih kepada nak membelek budak kecik sebenarnya).

Bila tak membeli di bazar Ramadhan, aku masak semua makanan sendiri di rumah, baru terasa bahang kenaikan harga barang basah. Kalau dulu setakat makan sorang, apa sangat la kosnya. Sekarang makan berlima (aku, En. Noor, adik-adik aku), mak datuk, sekali beli barang je cecah RM30 - RM40. Baru beli ayam ikan. Sayur pun tak banyak songeh (mujur jugak semua tengah ketagih ulam peria katak mentah), tapi still aku terasa dengan kenaikan harga barang. Agak-agak nak dekat raya nanti macam mana la agaknya harga barang eh?

Kesimpulannya, puasa kali ni aku masak rebus untuk buka puasa - sup, singgang. Kena pulak En. Noor tak makan lauk bergoreng (makan - sikit sebab tak gemar rasa berminyak), berpuasa dengan sihat la kami sekeluarga.. menu apa agaknya malam nanti ye? Nanti la aku fikirkan dulu.. jaa mata!

Tiada ulasan: