Jumaat, 14 Jun 2013

Baby'sDayOut

June 14, 2013

Kali ni aku nak cerita pasal Baby's Day Out.. yup! Safiyyah's outing on June 1, 2013. Mulanya macam ni. En. Suami kan junior kat tempat kerja baru. So bila ada cuti umum such as Keputeraan DYMM Agong on June 1, 2013 hari tu, suami diberi cuti (motif? Tak nak bayar double. Citt!). Suami aku lagi la suka! Dia kisah apa. Dah la sejak kerja di tempat baru ni dia cuti pada hari aku bekerja, nak rehat di rumah bersama aku dengan anak hanya jika aku bercuti. Bila orang dah bagi cuti macam ni, dia tak pandang reason $$ tu. Yang penting dia boleh baring-baring, golek-golek tepi Nur Safiyyah. Lepas tu anak dengan ayah boleh tidur dengkur sama-sama. Hik hik hik!!

Adik bongsu aku, Sarina, yang kebetulan masih ada di KL (sebab nak tolong jaga anak aku) dah nak bersiap-siap balik semula sebab kelas dia akan mula June 9 nanti. Makanya adik aku yang akan sah menjaga Nur Safiyyah nanti adalah Saida (pun adik aku jugak ye!). Plan adik-adik aku ni adalah nak balik ke rumah Saida (lepas ni akan dipanggil Shida je ye), untuk masak dan prepare makanan untuk bekalan balik ke kampung menghantar Sarina (lepas ni akan dipanggil Seri je). Sejak aku mula kerja, Shida akan stay di rumah aku untuk jaga Safiyyah dan hanya akan balik ke rumah dia pada hari Jumaat malam (semua ni atas kehendak suami Shida - sebab dia kerap kerja malam dan tak nak Shida tinggal di rumah sewa berseorangan). Kali ni Shida akan balik pada hari Sabtu, sebab nak bawa Seri berjalan di AEON Maluri.

Disebabkan Shida dan Seri terbabas lelap pagi Sabtu, maka tertunda la plan nak berjalan pagi. Bersekali la dengan aku teringin nak bawak Nur Safiyyah berjalan-jalan, aku dengan suami prefer petang lepas cuaca redup sikit (Nur Safiyyah punya sindrom sebijik macam aku - bila cuaca panas, badan kami pun panas sama. Macam demam pulak!). Dah alang-alang nak berjalan, ditambah pulak dengan info dari Rizal (suami Shida) yang kata ada baby fair di AEON Maluri (tempat kerja dia), sekali jalan je la kitorang semua. Petang tu lepas anak aku bangun tidur (berkeroh dengan ayah dia - berlawan-lawan lagi!), aku mandikan dan pakaikan baju yang aku baru dapat. Sangat comel. Makaseh Kak Tek (orang opis aku).


See? Anak aku ala-ala fotogenik la kononnya. Pusing sana, pusing sini.. 


Ni close-up.. dia belum nak tengok kamera lagi masa ni..


Maka petang tu selepas masing-masing solat Asar, kami menuju ke AEON Maluri. Dalam fikiran aku cuma satu je, ada sikit risau sebab Nur Safiyyah bukan la tahan panas sangat. Dan aku juga risau kalau dia mengamuk tengah-tengah orang ramai nanti. Mana tak nya, dalam perjalanan nak keluar dari kawasan tempat tinggal aku, ada la 'rombongan cik Kiah' budak-budak yang tak berapa nak abis sekolah lagi dok meronda sakan naik motor, siap rev tak berhenti, conquer habis dua lane jalan yang ada. En. Noor senyap je, follow dengan penuh cool. Tak lama ikut rombongan tu, anak aku cebik-cebik, nak nangis. Ah, sudah!

Bila aku pujuk-pujuk, aku dukung sambil panggil-panggil nama dia, anak aku pun senyap. Cuaca memang dah redup sikit, tapi matahari petang tetap sama panas macam pagi. Takpe la, kalau tak cuba sekarang, bila lagi baru nak tau anak aku tahan berjalan ke tidak. Perjalanan diteruskan.. aku fast forward je la ye!

Tadaa.. dah sampai pun! Anak aku punye eksaited.. korang tengok sendiri la..


Sementara nak mula berjalan, suami aku je yang dukung dia. Jangan main-main, berat anak aku saje dah cecah 6 kg masa umur dia 3 bulan. Bayangkan la berat dia waktu ni.. so suami aku yang gagah perkasa pun menjalankan tugas dengan cemerlang. Tangan anak aku tu memang tak boleh nak bantu, kegemaran dia menghisap jari (ada masa sampai penumbuk pun dia jolok masuk dalam mulut!).


Oh dear, aku memang tak boleh tahan betul dengan mata tu! Nur Safiyyah lebih rapat dengan ayah dia. Dengan aku cuma waktu menyusu je. Ye la, dah ayahnya rajin melayan.. sabar je la.


Macam-macam la gayanye anak aku usha keliling. Kena pulak time tu AEON tengah sale, orang ramai dok menyerbu. Dah la kawasan tak berapa nak besar, ramai orang, udara tak berapa nak cukup aku rasa.. tapi anak aku tetap jugak teruja. Tengok kat bawah ni..


Alkisahnya masa awal-awal Nur Safiyyah lahir, dia gayat bila aku dukung tinggi, atau mak aku timang-timang. Tapi selepas satu kejadian yang pada aku agak melucukan, dia terus hilang gayat! Cuba tengok bawah..


Jangan saman suami aku pulak.. anak aku sendiri suka macam tu. Trust me, perlakuan ni tak membahayakan Nur Safiyyah. Tapi bila dah cukup sejam berjalan, macam kat rumah jugak, alarm clock perut anak aku pun berbunyi. Secara automatik, anak aku merengek nak susu. Maka sepanjang aku menyusukan Nur Safiyyah, terpaksa la En. Noor menunggu kat luar bilik tu.


Dipendekkan cerita, lepas menyusu, anak aku lelap sekejap. Then dia bangun lagi, mata bulat tu galak je dok tengok keliling. Dah siap beli tiga pasang baju untuk Nur Safiyyah, kami menuju ke Madam Lim's untuk makan malam. Actually dah lewat untuk aku makan tapi this very one day aku bagi pengecualian. Bukan senang aku nak bertahan berjalan. Kadang-kadang En. Noor sampai merajuk sebab aku tak nak berjalan (dengan alasan tak tahan cuaca panas). Kesian suami aku..


Adik-adik aku.. Shida & Seri. Aku pun tak faham kenapa setiap kali aku amik gamba Shida, dia tengah menyuap makanan, atau tengah minum, atau tengah belek makanan.. ntah la.. dia sendiri pun sama tak faham!


Tengok.. anak aku bukan nak dibaringkan. Duduk pun nak macam orang dah besar.. alahai la si kecik!


Korang nampak mata tu? Sungguh bulat sekali.. 

 
Dalam pada dah sampai kat tempat makan pun anak aku nak menyusu.. tawakkal je la. Suami aku buatkan penghadang. Gambar ni diambil lepas Nur Safiyyah puas menyusu. Tengok mulut dia.. macam tu la kalau dia dah kenyang!

Lepas makan di Madam Lim's, aku dengan suami gerak balik, dan Shida bawak Seri berjalan-jalan lagi sementara menunggu Rizal (adik ipar aku) menjemput. Sampai je kat rumah, suami aku bersihkan Nur Safiyyah, aku susukan dia.. terus dia tidur sampai tengah hari esoknya. So setakat tu je la kisah Baby's Day Out.. ja mataa!

Tiada ulasan: