Jumaat, 19 Julai 2013

RamadhanYangKe9 - StuffedJacket, KerangRebus, SambalKicap, SambalBelacan, PucukSelom

July 19, 2013

Semalam masuk hari ke 9 umat Islam di Malaysia ni berpuasa. Macam-macam jadi sepanjang bulan puasa ni, kisah panas, sejuk.. berita gembira pun ada jugak. Fiza dah sah 9 minggu mengandung, jangka lahirnya bulan Februari tahun depan. Hihihi sama pulak macam Nur Safiyyah. Ceria je masa dia tunjukkan gambar scan pagi semalam. Terkenang masa mula-mula aku check pregnancy di klinik dulu, gitu juga la ceria dan terujanya aku. Tu pun lepas dah dua minggu aku pujuk kepala aku - "Salina, seriously kau memang mengandung la. Cerita je la kat En. Noor. Orang lain happy bila dapat tau mengandung, kau pulak confuse. Merepek betul!". Eee.. bila kenang-kenang balik, memang tak semenggah sungguh la penerimaan aku pada masa tu. Takpe la, dah lama lepas, Nur Safiyyah pun dah masuk 5 bulan, berat pun dah 7.2kg. Peha pun dah macam kentucky! Pfftt.. masa aku ngan En. Noor keluar beli barang malam tadi, masing-masing termengah-mengah dukung anak. Siap bergilir-gilir lagi. Sungguh korang, memang sarat anak aku!

Jauh dah perginya.. topik asal aku sal berbuka puasa semalam. Malam kelmarin aku dah run out of barang basah, so aku ngan En. Noor menuju la ke kedai runcit dekat rumah. Eleh jalan kaki je, siap dating la kitorang. Aku jumpa ikan jaket demok-demok, standard seekor boleh makan dua orang sampai kenyang. Dalam kepala terbayang la ikan jaket ni aku sumbat (sambal je la, En. Noor tak makan kelapa parut sangat), goreng.. perghhh.. mau la dua pinggan nasi sorang makan. Makanya aku pun rembat la dua ekor, dan aku beli seekor ayam. Pusing-pusing dalam kedai, aku jumpa pucuk selom. Jadi aku angkut secekak, cekau cili merah, dalam kepala dah terbayang resipi untuk next meal. Bila aku suarakan pada En. Noor, dia pun setuju dengan suggestion meal aku - Stuffed Jacket (boleh macam ni?), ulam pucuk selom dan sambal belacan.

Alih-alih tengah hari semalam, dia call aku masa rehat tengah hari. Katanya ada kerang fresh di Giant, kot aku teringin nak makan. Eleh la buah hati pengarang jantung sorang ni, kalau dia yang mengidam, ngaku je la. Hik hik hik. Aku pun setuju je la. Rupanya dia dah awal-awal rembat 2kg kerang tu, siap dah bawak balik rumah simpan kat peti ais. Jadi ada la menu tambahan petang nanti. Dipendekkan cerita, petang tu Sida tolong siapkan bahan nak sumbat dalam cencaru sementara aku menyusukan Nur Safiyyah, dan siapkan sambal belacan sekali. Elok aku siap solat Asar, cuci cencaru bersih-bersih, sumbat dan goreng. Punya la aku buka peti ais mencari kat mana la suami aku letak kerang.. boleh korang bayang kat mana? Dekat tempat sayur! Menganga aku dengan Sida.. tak terbayang langsung kat situ tempat simpannya. Ish!

Aku cuci bersih kerang tu, rebus (letak daun kunyit je) dan tinggalkan periuk tu menggelegak atas dapur. Suami aku dengan penuh rasa bertanggungjawab menyediakan sambal kicap untuk cecah kerang rebus. Eh? Tak pasal-pasal ada dua sambal. Tak kisah la, janji ada sesuatu untuk dimakan masa berbuka nanti. Sampai je waktu berbuka, menu asal aku ikan cencaru sumbat dan ulam pucuk selom seakan-akan dilupakan seketika. Semua orang sibuk dengan kerang. Serius, sejak kes orang mati sebab makan kerang (awal tahun ari tu kalau tak salah aku), terus aku tak berani nak makan kerang. Lepas dah pantang, aku slowly mula makan kerang semula. Bila dah tercungap-cungap kepedasan (standard suami aku tumbuk sambal - cili halus macam korang blend, pedas tak payah cerita la), baru la masing-masing mula mengadap ikan pulak. Haru!

Gitu la alkisahnya.. lauk yang asal rancang sikit jadi banyak. Tapi nasi licin seperiuk, lauk semua licin. Cuma ulam dengan sambal je berbaki. Hmm.. rezeki. Alhamdulillah. Moral of the story? Dah sembilan hari berpuasa, belum sehari pun lauk aku beli di bazar. Masak pun tak penat sangat, dapat makanan panas, kenyang toksah cerita la.. so til next time. Jaa mata!

Tiada ulasan: