Khamis, 6 September 2012

Reaching16Weeks

Rasa teruja pulak nak cerita pasal Reaching16Weeks ni.. anyway, let's start from the beginning.

Jun 2012
En. Suami terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kalau diikutkan, memang pada hujung minggu tu aku akan balik ke Ulu Tiram (ikut turn sebab En. Suami dah banyak amik cuti sebelum tu).. dah siap beli tiket bas pun. Tak sangka pula ada emergency macam ni, maka aku terus balik pada hari itu juga dengan memandu Nenoneno. Minggu sebelumnya dan minggu En. Suami accident, aku sentiasa gloomy tanpa punca yang jelas. Yang pasti, badan memang rasa tak sihat.

Spent 6 days menguruskan semua perihal yang perlu untuk memudahkan En. Suami bergerak lepas aku balik KL nanti, still rasa badan tak sedap. Cik Bulan dah lama tak anta berita lak tu, makin moody aku jadinya. Kesian En. Suami, dalam sakit-sakit pun layan kerenah aku. Cuma dia kerap ajak gi klinik, nak check. Risau benar dia ngan temperament aku yang tak menentu ni. Disebabkan aku pernah terlepas Cik Bulan sebelum ni tapi takde positive sign, cam ada sikit fobia. So aku berkeras tak nak gi klinik. Siap majuk-majuk lagi ngan En. Suami (sian dia.. sigh...)

Julai 2012

Balik KL, aku buat test 2x guna UPT kit yang aku beli kat Ulu Tiram. Hati dok berat lagi nak melangkah gi klinik, walaupun test yang aku buat sendiri shows positive sign. Bila cerita ngan En. Suami, dia mintak gak aku gi klinik. So aku ngan berat ati gi la klinik sesorang pada 9th, sebab nak confirm betul ke apa yang aku tengok. Sambil tunggu giliran kat klinik tu aku borak la ngan En. Suami. Ada gak rasa aneh dalam ati, sebab semua orang pregnant yang datang klinik ari tu berteman. Sunyi pun ada (sob.. sob.. sob..). Doktor yang attend aku that day was Dr. Azah, and aku confirm 7 weeks pregnant.

Dalam kepala aku kosong je.. tak tau apa aku fikir, tak tau apa aku rasa. Being alone during the time, so it took me quite some time to digest the information. Doktor cuma pesan elakkan minuman bergas, no caffein at all (my, my.. apa je la yang aku boleh telan kalau cani?) bla.. bla.. bla.. So bila kua je dari klinik, aku terus info En. Suami. Dia cuma cakap; 'Alhamdulillah'. Erk? Bengang pun ada. Dah la aku sesorang je gi klinik tadi, bila bagitau, reaksi dia cool je (bukan cold.. dia relax je). Takde rasa nak excited langsung. Lagi la aku takde mood. Maka next appoinment adalah dua minggu akan datang.

Setelah cukup haul, sampai la masa aku nak gi second appoinment. Disebabkan En. Suami dah sihat dan boleh naik ke KL, makanya aku pun angkut encik yang seorang itu ke klinik bersama. Kali ni Doktor Kam yang attend, so dia siap scan sebab nak ukur panjang baby (or should I call it my embryo? Ntah la, confuse neh). Here comes..


Maybe apa yang korang boleh nampak cuma dua tanda tambah kat situ and a dot in between. Sorry, cuma ni je gambar yang ada pun.. tak nampak sangat sebab dia very tiny. Umur dia pun cuma 9 minggu. Masa ni la doktor tunjuk anak aku dah ada jantung. Tak sangka gile! Excited pun ada bila suami aku ada sama, siap tunjuk kat mana nak tengok jantung tu; 'Jantung dia kecik je, Salina.. berdegup-degup (siap ada isyarat tangan lagi)'. Then doktor print the scan photo and staple together with the appoinment card. The only thing yang aku ingat hari tu adalah balik ke rumah dan belek gambar scan tu untuk beberapa kali lagi (oh well.. I must admit that I've actually lost count on how many times did I ponder on the photo). Hi hi hi, masa ni baru nampak suami pun excited sama. 

Ogos 2012
Dah dua tiga kali Mardhiyyah tanya aku pasal buku merah, risau gak la. Madame Faridah dah siap ajak aku gi usha Klinik Kesihatan Batu 9, untuk tanya tentang appoinment nak buat buku merah. Rupanya datang je dalam pukul 7.30 ke pukul 10 pagi, antara Isnin hingga Khamis. Sudahnya aku balik free je, appointment pun takde. Risau pun ada sebab ada pegawai kat tempat keje ni yang pregnant sama tapi dah siap buku merah, bagitau nak buat buku kene sebelum 12 minggu. Jenuh la aku minta En. Suami naik sini, nak teman aku gi Klinik Kesihatan pagi-pagi.

 Pagi-pagi hari lepas sahur on 8th, aku ngan En. Suami dah siap sedia dalam kereta. Nak ikutkan hati memang tak larat langsung badan ni, angin semacam. Kesian En. Suami juga, daripada malam sampai ke pagi mengurut badan bagi lega, tak lelap sepicing pun. Nasib baik la dia tau jalan, jadi boleh la aku lelap sekejap sementara nak sampai klinik. Seriously memang rasa kesian sangat ngan En. Suami, tapi dia cakap lepas balik dari klinik nanti dia boleh lelap.

Banyak la urusan yang nak disiapkan, ngan urine test nye, check up nye, jumpa doktor nye, amik obimin nye. Early bird usually gains more, in this case aku siap semua urusan jam 10 pagi. Bayangkan kalau aku daftar lepas pukul 8 pagi, agak-agak pukul berapa selesai pun aku tak berani nak cakap. The next appointment untuk klinik kerajaan would be on September 11th, 2012.

Second scan kat klinik swasta sepatutnya pada 27th, tapi disebabkan aku dah mula check up di Klinik Kesihatan, aku ingat tak payah la teruskan check up di klinik swasta lagi. Macam dua kali kerja pula rasanya. Tapi on 28th disebabkan aku rasa tak sihat lepas balik dari cuti raya, maka aku melangkah jugak la ke klinik biasa tu. Dah alang-alang sampai, aku maklum je la yang aku dah check up di klinik kerajaan. Doktor tu faham dan cuma minta aku datang untuk scan je sebab usually di klinik kerajaan tak scan sampai la dah masuk 3rd trimester. Itu pun kalau ada masalah. Aku malas nak tanya banyak-banyak, scan je la (eleh, sebenarnya hati ni dah tergedik-gedik sangat nak tengok anak kat dalam ni).


Dah mula nampak bentuk anak aku rupanya.. ada tulang belakang, dah nampak tangan. Siap nampak tangan tu gerak-gerak lagi. Bezanya pergerakan tu tak terasa pada aku sebab anak tu kecik lagi. Rasa lain pulak.. ada attached feeling towards the foetus. Aku tak sabar nak tunjuk gambar ni pada suami. Doktor Kam yang attend pagi tu calmly explain pada aku every questions yang popped out. Dia siap ketawa lagi bila aku nampak excited dengan baby yang dah mula gerak-gerak.

- Nampak tak tulang belakang dia? Yang bulat besar tu kepala dia..
- Nampak.. cuma bahagian kaki je yang tak nampak. Eh doktor, dia gerak-gerak! (ada bunyi panik, teruja)
- (Ketawa) Memang la dia dah boleh gerak-gerak. Cuma sebab dia kecik, pergerakan tu tak terasa sangat la.
- Eh? Baru 14 weeks dah ada nyawa ye?
- (Ketawa lagi) Dah ada, Salina.

Aku terus memandang skrin monitor scanner sampai la selesai doktor print gamba scan untuk reference kemudian nanti. Kesimpulannya, aku menunggu next scan on October 4th, untuk tau anak aku punya jantina.. happy nye hati. ulalalala


Tiada ulasan: