Khamis, 19 Julai 2012

theENDistheBEGINNINGistheENDistheBEGINNING

Alkisah bermula ketika aku balik umah pada bulan ketujuh hari kelima, dengan ceria aku switch on En. Nippon di ruang tamu. Mula-mula aku agak pelik, nape TV aku neh gelap je? Tak lama pastu aku dengar suara.. hoh, ada fungsi lagi ni! Cumanya.. Masalahnya dah 15 minit, satu bayang pun tak kuar kat monitor tu. Hati neh dah DUPdapdupDAP.. jangan la sekarang. Jangan la masa ni baru nak jadi. Tunggu lagi..


-



-


-


-


Aku redha je le dengan ketentuan-Nya. Dah sampai masa untuk En. Nippon aku tak lagi idup bernyawa untuk menjamu mataku ngan wajah encem Steve McGarrett, DB Russel, or even Cesar Millan. Tak dapat la aku nak menyeramkan ati ngan melihat goonch yg sungguh besar (n makan orang), sharky shark.. oh, sunyi nye.  

Aku nak kasi mood kat korang.. mood sedih aku. En. Nippon yang cuma berharga RM599.00 di Extra, The Mines Shopping Centre pada 2003 telah sekian lama berbakti kepada aku dengan cemerlang. Sekarang, En. Nippon hanya mampu mengeluarkan bunyi tanpa sebarang visual (oh sungguh skema sekali ayat ini!)

Maka aku adalah menggunakan talian hayat + kecemasan kepada Encik Suami untuk menyuarakan perasaan yang agak stress kerana hayat En. Nippon telah berada di penghujung. Dipendekkan cerita, En. Suami dengan penuh perasaan chenta kasih telah mengambil keputusan membawa Mr. Sharp Aquos miliknya ke Kuala Lumpur sebagai peneman isterinya ini di kala kesunyian sewaktu En. Suami sibuk mengendeng forklift kesayangannya di Ulu Tiram. 

Gambar ni khas menunjukkan walaupun En. Nippon telah tidak mampu lagi untuk berkhidmat kepada aku, tapi berat rasa di ati nak menghalaunya keluar umah. Mr. Sharp Aquos dengan penuh comel dan bangga telah berada di hadapan En. Nippon, memulakan servis. Perjalanan En. Sharp Aquos selama ½ jam menaiki teksi dari Ulu Tiram ke Terminal Bas Larkin + 4 jam menaiki bas ekspres ke Terminal Bersepadu Selatan (kesungguhan En. Suami - sungguh touching sekali!!) + 15 minit menaiki Miz Nenoneno ke Taman Cheras Utama.. now at your service, ma'am

Dipendekkan cerita, masa aku tolong menyerbu kedai letrik SenHeng ari tu, staf dia dah kasitau aku dengan penuh tanggungjawab dan berhemah, bunyinye lebih kurang cenggini la; "Kak, ni TV LED jadi gamba dia sharp (sesuai ngan nama dia kan? ohohoho) kalau menggunakan kabel yang betul. Maksudnya kabel HDMI, cuma kabel jenis ni mahal sikit la."

Aku mengangguk (konon paham sangat la apa yang orang tu cakap), pastu balik la ke Ulu Tiram bawak TV baru untuk En. Suami. Dalam ati bukan main lagi gedik-gedik suka sebab aku boleh la tengok TV bersama En. Suami. Kemalangan di hati, gamba tak la clear (sebab kitorang lanyak je aerial yang stand atas tv lama tu). Tak heran lagi.. bila balik sana aku banyak jalan-jalan. So, berbalik semula ke kisah mula-mula tadi, aku bajet-bajet nak la upgrade kan service ASTRO lama ke ASTRO Beyond. 

Akhirnya pada bulan ketujuh hari ketujuh belas, aku selamat menukar decoder lama kepada yang baru dan enjoy siaran HD. Yang tak bestnye, esoknya subuh-subuh lagi siaran dah tergendala (or rather, diputuskan). Nak tak nak aku kene la call ASTRO customer service (sesuatu yang sangat melemahkan aku sebab bad service and rapport). 

Ni la ringkasan perbualan tu (setakat apa yang kepala aku rasa nak ingat la):

-Saya dah install ASTRO Beyond semalam, and this morning kat TV cuma cakap inactive card. Please contact customer service. What happened?

 -Oh? Ada tunggakan, sebanyak RM16.85 dari pakej lama. (unfriendly tone)

 -Bukan ke pakej lama RM49.95 + 6% = RM52.95

 -Sorry kak, tapi 2 mini package RM52.95 so ditambah gov. tax dalam RM59.95 la. 

-Why wasn't I informed of this? The other day one of your staff called and informed me ada tunggakan dalam bil lama. Dia suruh bayar gov. tax. Bila saya clarify, adakah total monthly bill is RM52.95, the guy said YES. And now, you said that it was years ago and I did not receive any notice regarding the matter. In fact, I had never received any bill lepas berpindah ke rumah baru, sedangkan waktu nak alihkan piring satelit tu saya gunakan perkhidmatan dari ASTRO juga. How come my billing address is not updated? It's been a year and half.. this is weak (service).

-Boleh saya minta akak confirmkan alamat surat-menyurat sekarang? (unfriendly tone is getting clear and clear)

-Okey. (mula sebutkan satu persatu alamat rumah baru)

-Alamat betul. Mungkin ada masalah di pejabat pos. Kita hantar bil setiap bulan tanpa gagal dan tidak mengenakan sebarang caj. 

-Then, please do something about this. I feel obligated to pay the bill every month even without any physical bill in hand, and yet I received so many calls regarding tunggakan. Now should I pay tunggakan, will you reconnect the service?

-Bila akak nak bayar? Atau ada sebarang kad kredit atau debit, saya boleh tolong uruskan pembayaran.

-Tunggu gaji boleh? By 25th..

-Lambat sangat. Kalau saya sambung sekarang, kena bayar dalam tempoh terdekat.

So, in the end, aku gunakan je la baki belanja aku yang dah tak seberapa tu sebab ASTRO dah TAK NAK bertolak ansur, walhal cuma seminggu je lagi nak gaji. Selebihnya malas nak recall, sebab sepanjang perbualan tu, unfriendly tone je yang aku dapat. Anyway, aku tetap happy sebab bila aku balik umah semalam, the service is reconnected. And by the way, this post is not about badmouthing ASTRO, but so far, honestly aku boleh kira dengan jari berapa kali aku dapat panggilan yang berbunyi mesra. Sape tokeh ASTRO, I really couldn't care less. Cuma aku harap perkara macam ni tak jadi lagi..

Tiada ulasan: