Khamis, 6 September 2012

KesayanganKu


Nama dia Bulat.. kenapa nama dia Bulat? Sebab dalam banyak-banyak kucing yang Abah ngan Mak bela kat kampung, dia sekor je yang betul-betul bulat tembun. Dia ada adik, nama Panjang. Tapi aku tak boleh nak letak gamba sebab Panjang sangat penakut, maka adalah susah untuk mendapatkan hatta sekeping gamba untuk disimpan. Hanya Abah dan Mak je yang boleh pegang Panjang.


Kelihatannya Bulat suka dipegang-pegang, dibelai-belai dan dimanja-manja. Cuma dia sorang sekor je yang suka posing-posing pelbagai gaya untuk tatapan seluruh ahli keluarga. Nampak tu, siap terlentang la, mendongak la, bergolek la.. Nampak gayanya setakat ni je la aku boleh tunjuk meow-meow kat korang.. 

Tiada ulasan: