Isnin, 10 September 2012

OpenHouse

Sept 9, 2012

As planned, opis aku mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri. Aku plan nak angkut bersama adik-adikku tetapi apa kan daya, memasing berat punggung nak meninggalkan TV kat umah. Maka nya aku bersama En. Suami je la yang menghadiri majlis ni. Sepatutnya kami bertolak lepas solat Maghrib (macam la jauh berbatu-batu, padahal sekangkang anak gajah je), tapi disebabkan aku mabuk jadinye kitorang gerak pun dah pukul 8 lebih.

Masa kitorang sampai ramai yang dah mula gerak balik, sebab hujan dah mula turun renyai-renyai. Terfikir jugak cane la kitorang nak makan nanti, tapi yang penting jengah dulu apa yang ada. Nasib baik ada payung dalam kereta.. aku ngan En. Suami terus menjengah gerai makan yang ada. First thing first, aku notice ada gerai sate. Hihihi.. baru je semalam aku ajak suami makan sate rusa, ari ni jumpa sate ayam (jadi le, dari langsung takde, kan?) terus sambar sepinggan.

Tengah-tengah makan (sambil berpayung di dalam hujan), terperasan lak ada office mate kat situ. Tapi sayang betul la, kali ni tak banyak bergambar sebab aku lebih sibuk makan.. jamu mata je la ngan apa yang aku ngan suami sempat snap kat bawah ni ye.


Aku ngan kak Yati bersama anak dia. Notice apa yang aku tengah pegang? Tu la, mana ada orang nak pegang payung tengah-tengah makan.. suami aku je yang rajin.


Tetiba kak Sue pun menjengah sama.. sempat lak tu! Gamba blur skit, sebab pakai kamera kecik, and tengah ujan lak..


Sebelah kiri daging rusa, sebelah kanan daging kambing.. rezeki anak la tahun neh, merasa gak aku makan rusa. 


Nampak kat ujung tu? Bekas makan yang dah selesai.. sate ayam (tatau bape cucuk dah kitorang belasah) ngan nasi tomato. Air (tatau air pe) ngan mineral water comel. 


Ah, lupe lagi satu mende.. dalam banyak-banyak makanan, suami beria-ia mengelak bagi aku makan buah mata kucing tapi.. well, rezeki la kan? Dah ada depan mata, aku sapu je..


Ni lagi satu rezeki.. aku dapat hamper..


The stack of number I was given last night.. buah tu saje je.. nak kasi suami 'panas' skit.. hik hik hik


Di sekitar majlis..










Peak of the day (untuk aku la..), pertunjukan bunga api.. So aku ngan suami balik ke rumah dengan perut yang penuh, dan hamper makanan yang lagi memenuhkan.

Tiada ulasan: