Jumaat, 18 April 2014

ApesalLaKorangNiEh??

April 18, 2014

Elok-elok hari ni aku takmo mengumpat kat dalam blog sendiri sebab nak blogwalking je, bertalu-talu lak panggilan telefon (eceh kemain skema bahasa!) daripada budak sorang ni. Aku bukan tak suka nak layan ko, tapi masalahnya soalan ko kadang tu buat aku pikir kat mane logik nye. Contohnye? 

Aku: Petang nanti nak ke Bukit Aman, kita tumpang orang yang nak attend aktiviti aerobik. Naik transport sekali dengan diorang.
Budak ni: Pukul berapa kak?
Aku: Tak tau. Mungkin pukul 2 lebih.
Budak ni: Mmm.. pukul 2 lebih tu, 2 berapa kak? 
*Alahai budak ni.. kalau aku tau pukul berapa, definitely aku bagi exact date and time. Ni aku dah tolong relay message untuk kau pun kira baik.*
Aku: Tak tau (keras sikit). Cuba gi tanya kat admin. AKAK TAK JOIN AEROBIK, CUMA NAK TUMPANG TRANSPORT JE.

And you know what? Dia call lagi.. 

Aku: Selamat pagi.
Budak ni: Kak, mm.. kalau petang nanti akak yang tolong ambikkan je boleh tak?
*What? Sape yang perlu mende ni URGENT? Aku ke ko? Orang PPSM call semalam untuk bagitau laporan penilaian aku dah siap, dah alang-alang aku tau kau pun minta juga, aku tolong tanya. Alih-alih pagi ni kau nak arah aku JADI BALACI KAU?*
Aku: Nape? Dah takleh nak amik sendiri? Kalau tak nak pakai takpe, tak yah gi amik.
Budak tu: Eh, takpe la kak. Takpe la.

Sebab tu la aku stop tumpangkan ko. Sebab time pagi-pagi aku sibuk nak uruskan anak, ko yang nak menumpang neh call aku setiap 5 minit nak tanya aku dah keluar ke belum. Ko tunggu je bleh tak? Bukan lama, abis kuat 10 minit aku drop anak kat umah pengasuh. Pastu aku racing la ko gi opis. Tau ko takut sangat nak masuk lambat!!

Pagi-pagi aku punye mood dah macam suwey.

Tu belum masuk lagi kes DESPATCH tempat aku neh. Bukan main berkira lagi kalau nak minta tolong. Kot la aku suruh ko gi merayap kat luar cari McD untuk aku sebab aku lapar, boleh la kau nak elak-elak. Aku mintak tolong sebab mende yang aku nak amik ni dalam Bukit Aman kot, DOMAIN ko! Berkira macam HARAM!! Padahal kalau orang lain siap mintak tolong gi beli McD untuk makan dengan alasan MENGIDAM, ko layan je. Time aku pregnant pun tak penah aku mintak special treatment. BENGANG!!

Bila aku cakap mende ni URGENT sebab nak guna untuk satu-dua lagi dokumen yang akan perlu signature pegawai nanti, boleh dia tanya, "Isnin nanti tak boleh ke?"

Eh. Macam haram okeh! Aku takkan gesa ko kalau ko boleh bagi jaminan yang kes pegawai takde kat opis untuk sign dokumen cam last week tak berulang. Dah tu, nama pun keje ko DESPATCH, yang susah sangat nak mintak tolong ni pekejadah? Bukan aku suruh ko gi panjat tingkat dua tu, aku gi sendiri. Cuma minta ko tunda time despatch ke petang sebab nak carpool. Sekarang ni semua nak buat penjimatan. Ko kalau pegawai yang mintak, semua sanggup. Kalau kitorang kerani-kerani ni, ko layan macam sial je eh?

Dah, dah.. sebelum aku mencarut pulak kat sini, baik aku stop. Ko ngan budak tu.. Korang dua memang SESUAI digandingkan bersama.

Khamis, 17 April 2014

Kenapakah..

April 17, 2014


Roti and sambal totok? Kaitan dengan entry ni?

Takde kaitan langsung!!

Cuma nak cerita, hati tengah tak seronok sebab the one Who-Must-Not-Be-Named TAK AKAN menggantikan KPP lama. Order baru dah kua okeh. Aku bajet sok memang ramai yang GANTUNG PISANG.

Eh, jap. Dia kap-lam-ya-nga.. dia paham ke sal gantung pisang ni?

HariYang..

April 17, 2014

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bersiap, sebab aku kena berada di pejabat seawal pukul 7 pagi. Aktiviti hari ni, menghadiri program Pengimarahan Masjid. Ai, sejak akhir-akhir ni aku memang rajin betul ikut pergi dengar ceramah. Selalunya dapat green light dari En Noor. Lagi pulak Safiyyah memang tak meragam, asalkan dia puas menyusu sebelum aku keluar. Yang menambah eksaited hari ni bukan apa, sebab yang akan bagi ceramah tu adalah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Tajuk untuk ceramah pagi ni adalah Terapi Zikir. 

Semalam aku pesan pada anak pengasuh suruh bagitau mama dia (Kak Ros nama akak tu - demam, gi klinik masa aku nak amik Safiyyah) yang dia boleh amik anak aku awal. Dah berapa hari Kak Ros cerita yang dia dengan anak bongsu stop di luar rumah aku dalam perjalanan nak hantar anak dia ke sekolah. Sebab? Dia nak amik anak aku sekali, hantar anak dia ke sekolah, then terus balik ke rumah dengan Safiyyah. Aku? Tak yah la nak susah-susah panjat 4 tingkat. Tapi baru pagi ni la sampai hajat.. sebab Safiyyah bangun awal.


Bila sebut je Mama dia nak ajak teman hantar Kak Teha pergi skool, boleh pulak anak aku bangun awal. Tak meragam pulak tu! Hamboih!!


Maafkan la tudung yang terkelepet sana sini tu. Sejak akhir-akhir ni dia tengok semua orang pakai tudung cantik-cantik, kemas-kemas.. DIA PUN NAK JUGAK! Dah la tudung aku semua nye panjang labuh, bila dia pakai memang tak nampak kaki tangan dah la. Ni je la tudung paling kecik yang aku ada. Kena la dengan kaler peberet dia tu, merah.


Sampai terpejam-pejam! Sebenarnya dia menyengih tapi bila kena flash compact cam aku, mata dia terkedip. Tu yang nampak macam pejam. Padahal, kemain lagi la anak aku menyengih depan kamera pagi-pagi buta. Abis orang yang lalu-lalang nak gi keje pun terkejut nape ada flash tetiba pepagi buta.


Adei, yang ni blur sebab dia dah gerak-gerak. Lately dia dah boleh focus duduk setempat more than 5 minutes. So nak hulur buku ke flash cards ke depan dia dah boleh. Nak jugak la dia ngikut.


Ni mode posing datang balik.. and mata dia TERBUKA!! Yeay!


Tak berapa nak sharp gambar ni sebab aku yang sememang nye tak pro ni telah meng'zoom' masa nak shoot. Pulak tu guna compact digital camera. Tapi boleh nampak muka ustaz tu kan? Aku suka dengar bila dia mengaji, berlagu-lagu. Tang zikir kat Astro Oasis tu yang menusuk kalbu. Jangan tak percaya okay, suara dia alunkan zikir tu live depan kitorang kat dalam dewan masjid tu sama sebijik lagunya macam kat dalam TV tu. Orang yang duduk dalam tu boleh rasa getaran suara tu.

Macam biasa la, ceramah orang kita kena ada selit kelakar sana-sini. Kalau tak nanti lebih ramai yang menyembah bumi daripada yang mendengar. Ada la jugak dia bagitau yang dia 'audition' kumpulan marhaban, tak sampai seminit orang tu berlagu, dia dah 'NEXT'. Kemain lagi marah makcik tu, "Ustaz ni kejam.. kejam.. KEJAM!! Tak sampai seminit dah NEXT!" Adeh la makcik, ustaz tu nak cari yang suara sedap. Untuk program apa aku tak tau la. One more thing baru aku tau yang ustaz ni anak murid Ustaz Hassan Azhari.. ala yang selalu jadi ketua juri pertandingan musabaqah antarabangsa dulu tu.

One thing aku tak berapa gemar, program sebenar bermula pukul 9 pagi tapi dalam surat yang aku tengok dimaklumkan pukul 8 pagi. Jadi bayangkan la aku dari Cheras nak ke Bukit Aman berkejar-kejar. Tak nak lewat punya pasal, aku, kak Shimah, kak Ros (opis, bukan pengasuh) ngan kak Yati gerak dari opis pukul 7.10 pagi. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai. Bayangkan berapa lama kitorang terconggok kat dewan tu. Tapi disebabkan datang awal, dapatla aku duduk 'saf' depan. Kira second line la, kalau nak bandingkan dengan program yang aku attend sebelum ni.


 Ni la bahan bacaan to kill the time. Tu pun aku ingat ada la dalam 5-6 round baca baru la ustaz tu sampai. Kitorang sampai dalam pukul 7.50, siap minum (ada dibekalkan kuih sebelum masuk ke dewan), akak-akak ni siap update status dalam FB, baru kol 8. Pamphlets ni dapat dalam pukul 8.30 pagi. Bayangkan sangap nye aku time tu. Ada gak la aku amik notes, tapi disebabkan banyak nye aku mendengar (tebiat aku dari zaman belajar), balik baru aku write down nota. Nanti bila aku sempat, insyaAllah aku update nota dalam post ni.
 
*kalau aku ingat la*

Tapi lembik sikit tang waktu balik sebab panas ya amat! Aku sabar je la. Ubat memang dah standby je kat dalam beg, cuma kalau boleh aku malas nak makan. Dah tu tambah pulak PMS aku bulan ni loya. Sampai tahap aku cam mengidam pulak, beria-ia gi cari mangga muda nak cecah ngan sambal kicap! Pergh.. COBAAN. Pengubatnya? Ni dia..


Korang nak??

Rabu, 16 April 2014

Sungguhlah..

April 16, 2015

Entry untuk lepas geram. So kalau korang rasa jelak sikit, aku mintak maaf awal-awal. Purpose blog aku ni pun sekadar untuk personal journal. Tapi untuk ko, Pn Z*****, entry ni aku dedicate khas untuk ko.

Aku ni kerja dengan AUTHORITIES. So bila cakap pasal pasukan beruniform ni, isu kerek dan isu kemaruk hormat tu tak kan lari jauh. Aku ni cuma kerani je, kerja aku menguruskan kewangan. Masa aku sorang pun aku yang urus semua dengan seliaan bos, dah ada partner ni pun aku still lagi menguruskan semua jugak.

Alkisahnya, awal tahun hari tu ada tiga orang pegawai baru masuk. Well, ko ngan sorang member masuk end of last year while the other masuk early this year. Orang kalau baru masuk satu-satu tempat, belajar la buat muka manis (kau rasa meluat pun, tahan je la). Ko tu orang baru. Dah tu, reti la hormat orang yang lagi tua. Kalau dah namanya anggota, tetiba dapat naik jadi pegawai, kemain lagi BERLAGAK!!

Aku tak minat pun nak hangin ngan ko. Tapi ko ngan member ko sama je, korang ni dah ada title Dato' or Dato' Seri ke? Nape cop nama korang sekali tempah sampai RM60? Korang ingat bila aku hantar je claim ni, KDN sok check BUTA je la? TAK TANYA PAPE LA? Baru pangkat kecik, bebal semacam. Sampai naik berbuih mulut aku pesan, ada pape je yang korang nak tanya sal kewangan, JUMPA AKU!!

Ada ko dengar? Bila aku jawab keras sikit, cepat je ko cakap, "saya tanya je. Kalau boleh, saya claim. Kalau tak boleh, takpe." Ko ingat aku nak percaya ayat TAKPE ko tu? HARAM!! Silap aribulan sok tah mane pegawai ko cucuk suh cantas aku. Skang ni aku tak pedulik, kalau ko nak claim pun aku bagi untuk seketul je. Lebih aku tak layan.

Jangan ingat aku ngan orang lain tak tau yang ko gi sound budak guard kat gate belakang sana sebab tak tabik hormat ko. Patut ko ni kena sekolah lagi. Kita ni MENUMPANG tanah orang. Dah orang layan baik tu, BELAJAR BERSYUKUR! Ada hati nak buat perangai. Sok dibuatnye gate belakang tu tutup, orang lain yang susah, bukan ko tau?

Aku ingat, ada baik gak aku gi je interview tu. Doa banyak-banyak, minta la dapat sambung belajar. Payah kat tempat yang rasa semua orang bagus neh!

Selasa, 15 April 2014

UstazahPilihan

April 15, 2014


Eh? Tiba-tiba ari ni sampai kemaruk nak 'sapu sawang' kat blog ni, pesal? Tah la.. tapi dek sebab aku seronok melayan kerenah Safiyyah ari ni, ternampak la gambar kat atas ni dalam note aku. 

Eh? Safiyyah tiba-tiba pakai tudung okeh. Aku sendiri terkujat bila pengasuh anak aku hantar Safiyyah balik dalam bertudung, tapi bukan yang kat atas ni. Pelik gak, so aku tanya la mana dapat tudung tu. Elok je dia pakai tak usik.

Akak tu cerita la, anak sulung dia yang baru abis praktikal tu still belum keje. Jadi dia dok melayan Safiyyah, bagi pakai tudung comel-comel. Lepas tu bermula la aktiviti baru anak aku di rumah pengasuh dia.


Iqra' peringkat pertama. Buku Al-Furqan yang aku beli untuk dia memang dah hancur, pandai nye idak juge. Alih-alih dia ngaji pakai android apps kat fon anak pengasuh tu. Mau pulak dia mengaji! Hoh! Eh, alhamdulillah.. syukur!

Maka adelah anak aku sekarang gumbira menjadi Ustazah Pilihan. Cuma ari ni merajuk sikit sebab kakak dia cuti mengajar. Tengok ni, sampai ayah dia kene pujuk dengan air barli! Peberet okeh!!


Semoga semangat mengaji anak aku tak la sementara je. Okeh, peace yo!!

Apekah??

April 15, 2014

Tetiba jek ari ni aku rasa nak update. Sekali rasa nak update, over terlebih! Tapi aku tak kira.. nak gak cite. Punca?


Aku leka belek satu-dua kerja pagi ni, jadi takde la aku tergerak nak check email. Padahal it's NORMAL, setiap pagi rutin aku adalah check email. So dah selesai kerja-kerja yang aku kategorikan sebagai urgent (sebab ada yang akan MEROYAN bila aku lambat skit check claim untuk forward), maka adalah aku terasa nak bersenggang membaca bahan yang takde pekdah.

Tup tup bila check, aku dapat satu panggilan untuk interview. Ingat lagi tahun lepas aku dah dipanggil untuk interview ni? Ye cik Jah, hasil nye aku ni cuma calon simpanan je. Maka dengan selamba badak aku ajak En Noor gi berpoya-poya bukak satu lagi akaun ASB (kaitan?). Sungguh joli katak aku bersama laki aku pada masa tu. Ada gak terdetik kat ati, tambah anak sorang lagi pun best gak neh! Boleh? Tak kuasa sungguh!!

Dalam pada dok relax tu, datang pulak offer ni. Serba salah ni. Kalau dapat cane ngan laki aku? Cane ngan Safiyyah? Ala, gedik benor! Padahal sebelum ni okay je, siap gedik nak gi sangat kalau dapat. Alih-alih dah dapat call cani, boleh lak nak dolak-dalik. Hempuk sekali baru la hilang tahap sewel kepala aku ni agaknya. Dah tau blaja tak tinggi, ada hati nak timbang-timbang offer. Huh!

En Noor tak kisah.. (semedang nye tak kisah!), siap boleh atur cuti nak anta aku nanti. Tapi kan, tengok kat jawatan yang di offer tu, aku blur la. Korang, bleh tak bagi sikit info kat aku sal hal ni? Kalau korang yang memang keje in the field stated tu, lagi baik. Tolong plis?

BilaKerjaTakLagiMenggembirakan

April 15, 2014

Aku rasa dalam tahun lepas aku pernah tulis satu entry meluahkan rasa frust dengan tempat kerja aku ni. Puncanya tak banyak pun, sebab sekor makhluk Allah ni. Lumrah la dunia, bukan semua orang suka kita. Lumrah kerja, bukan semua boleh terima cara kita kerja. Tapi yang sekor ni, adei la..

Rasanya dari mula aku masuk kerja, makhluk sekor ni jugak la yang disebut-sebut akan mendatangkan masalah. Dia akan ada isu dengan hampir setiap orang. Tak terkecuali, aku. Pulak tu, memang bijak pilih masa.. time aku tengah sarat mengandung. Ikutkan mulut jahat aku, mau je aku doa supaya tak aman hidup dia. Tapi sape la aku ni, hamba Allah je. Bukan ada kuasa pun.

Ingatkan lepas dah beria-ia dia pesan ngan bos aku, MINTA aku pergi jumpa dia dan minta maaf (ikutkan je la, labu. Ni bukan tara kafir zimmi lagi, dah masuk KAFIR HARBI!), kot la dia nak senyap dan muhasabah diri. Tapi dah namanya pun kap-lam-ya-nga, harus sahaja fakta dia belit, berubah 180 darjah!

Tahun ni rekod aku boleh dikira cemerlang sampai la bos aku dinaikkan pangkat, tapi sebelum lapor diri kene tugas luar dalam sebulan lebih. Tugas dia sapa lagi yang nak pangku kalau tak si makhluk Allah yang sekor neh! Jangan tak caya bila aku cakap, masa ni la dia nak melunaskan dendam pada SEMUA ORANG. Sudahnya, aku skang DEMOTIVATED untuk datang kerja.

Untuk makhluk Allah ni, kau kan nak sangat dipandang hormat dek semua orang (mesti kau tak caya yang sebenarnya kau ni laughing stock semua orang kat opis skang), entry ni aku dedicate untuk lepas rasa menyampah dan letih aku dengar dan menghadap perangai kau. Tapi tak leh la aku nak maki keji kau lebih, mana tau satu ari nanti Allah nak bukak pi tu ati kau supaya tak jadi kafir harbi lagi.

Dah, cerita sal kau je aku naik mabuk. Moh aku nak siapkan dokumen nak gi interview nanti.