Rabu, 4 Julai 2012

Wedding Cda & Rizal - a PhotoBook

May 25th, 2012 yang lepas, majlis kahwin Cda & Rizal dah berlangsung kat umah mak ngan abah di Selama. Majlis kahwin tu memang meriah, so aku sebagai photographer yang tak berapa nak rasmi telah pun menjalankan tugas dengan cemerlang (despite a few bitter hurdles). Cuma yang tak berapa best nye, poket aku dah mula surut.. en. $ dah tak berapa nak ramai.

Rezeki orang baru kahwin la, kan? Aku dapat offer dari Pixajoy untuk photobook at special price. So aku cuba tanya pada En. Suami sama ada aku patut purchase itu photobook atau pun tak. Ehehehe, En. Suami memang la sangat bertimbang-rasa. Dakara koso, anata no koto honto ni aishiteru..

Untuk Cda n Rizal, photobook neh hadiah kawin En. Suami untuk korang.

Aku try insert a few excerpt kat dalam entry kali ni. Seriously, aku memang suka ngan Pixajoy photobook yang aku tempah untuk majlis kahwin aku dulu. Bukan apa, dah beria aku pesan kat photographer yang amik job kahwin aku tu, please siapkan cepat-cepat. Macam-macam alasan yang aku dapat. Custom made amik masa la, sibuk la.. silap aku jugak la sal bayar full.. sebab dia kawan. 

Anyway, anggap je la bukan rezeki aku nak ada album meriah-meriah untuk kahwin sendiri. Untuk orang yang amik job aku tu, takpe la, amik la banyak mana masa yang perlu. Lepas ni, jangan la teruskan perangai camni. Buat busuk nama photographer je, be it pro or freelance.

As aforementioned, aku kasi hint skit cane rupa dalam buku kahwin adik aku. Here goes!






Oh ye, gamba yang last neh adalah masa kenduri di Kelantan. Korang tengok sendiri la adik aku senyum kemain lagi lebar nye.. memang takde keje lain. Dok menyakat laki dia je..

Ah, sebut sal gi Kelantan.. aku insert sikit la gamba masa aku ngan En. Suami follow family aku anta Cda gi umah mentua dia.

Masa ni aku ngan En. Suami rehat kat perhentian di Grik (jangan tanya apa nama tempat tu, memang aku tak ingat langsung!). Alkisahnye cuma nak rehat sampai kol 7.30 je, bagi lepas maghrib. Sudahnya siap solat isya' baru gerak. Merungut gak la aku, nape tak tunggu subuh sok je? hehehe


Di umah kenduri.. En. Suami memang suka bergambar, kan? Jap-jap.. korang belum usha the next photo.. toooOOOOtallllYYYyyY unPREDICTABLE!

Yang ni aku paling gedik nak tunjuk skali.. cuba korang gtau aku, ada pernah korang nampak mak pengantin pakai pinggan polisterin je untuk kipas pengantin? Ni kira 1st time la aku nampak.. tapi betul wei, honestly, aku sendiri pun nak pitam ngan cuaca panas ari tu..NEXT PLEASE!!

Kat Bukit Bunga (kalau tak salah la). En. Suami belikan bantal untuk aku sebab dalam bas yang kitorang sewa tu, salji tengah beku. Kalau korang nak test, gtau aku. Nanti aku kasitau abah aku suruh dia book bas tu untuk korang.

Lupa lak.. disebabkan aku ni tak penah jumpa laici segar, makanya aku sapu 2kg. Nampak plastik kat tangan aku tu? Ha, dalam semput-semput aku pun sempat makan laici lagi.

On the way balik KL.. dah la jalan jammed (cuti sekolah), panas gile! Temperature Cik NenoNeno aku dah mencanak naik, kene la aku ngan En. Suami berehat sebentar bersama kitKat. Tu dalam poket baju dia, cokelat kitKat la! Hik hik hik!!

Rasanya takat ni je la aku story sal trip aku merata-rata. Korang jangan pening lak, entry aku tak penah ikut jadual. Sometime aku skipped all the way through the end, sometimes aku just reminiscing the early events. So, please bear with me, okay. Till then..

Tiada ulasan: