Jumaat, 14 Februari 2020

Jumaat yang rutin..

Aku selalu tulis tajuk yang kadang tu takde kena-mengena pun dengan apa yang aku nak cerita.. Actually semalam aku plan nak buat satu entry pasal daily activities plus birthday Safiyyah, tapi disebabkan ada beberapa isu timbul kat tempat kerja, aku tangguhkan. Lebih baik aku lepak layan movie Tamil dulu kasi relax, then amik anak-anak and balik dengan senang hati.

Aku end up balik lewat dari waktu yang sepatutnya. I thought patient aku boleh selesai awal. Rupanya banyak area yang affected, aku tak boleh tunggu next visit untuk selesaikan masalah muscles spasm dia. Rugi masa. Better selesaikan on Thursday, so that next TCA patient boleh datang untuk fully exercise. So drag time dari pukul 3 sampai nak pukul 4 baru habis. Janji puas hati selesaikan kes, tu je.

So as usual aku akan cari something nak buat pada hari Jumaat. Kadang tu bukan apa, aku bosan nak mengemas. Aku selesai kemas, hero mai punggah balik. Siap sapu vacuum mop bagai, dia mai tuang air sepah makanan atas lantai. So aku malas nak berlebih. Aku kemas, sepahan yang seterusnya korang adik-beradik yang akan kemas. Gitu la konsepnya. So aku teruskan dengan agenda berikutnya, buat KIMCHI.. 

Aku serius ni. Memang aku end up buat kimchi. Aku cuma tak letak white radish je, aku tukar dengan epal, sebab tu je yang ada kat peti aku. Tapi yang lain tu aku ikut je resepi yang aku jumpa kat Internet.

Ni dah separuh jalan aku letak rencah pada kobis. Kalau ikutkan, aku memang takkan buat la mende-mende alah macam ni. Leceh je rasanya. Tapi disebabkan En Noor dapat kobis besar gedabak masa Raya Cina ari tu, aku share separuh dengan pengasuh budak-budak ni, separuh lagi aku simpan konon nak makan. Asyik la bertangguh, aku cadang nak buat jeruk je. Eh tak boleh menahan, nak jugakbuat kimchi penyudahnya. Nak try kononnya..

Merah menyala mak ngah.. Aku siap hantar gambar kat family group WhatsApp. Saje kasi bakar line gittew. Jangan tertipu dengan kaler merah tu. Aku jamin tak pedas, sebab tu semua carrot, epal merah dengan epal hijau. Even bahan blender tu pun ada buah lai.. Aku takde buah lai, aku letak Singo pear. Buah tu manis yakmat..

Hasilnya, siap sebekas. Ni separuh je dari kobis yang laki aku bawak balik. Kalau sebijik tu aku kimchi-kan, memang aku muntah merah la. Aku sorang je yang makan ni nanti. Anak aku sah tak sentuh, En Noor sejenis bukan pemakan sayur. So nampak tak betapa mudahnya kehidupan?

Siap kimchi, melepak sekejap kat luar menjengah sayur-sayur, kemas sikit kat laman, then masuk menunggu Maghrib.. So now off to the next activity.. Till then, jumpa lagi next entry. 

Tiada ulasan: