Khamis, 6 Februari 2020

A Quick Getaway - Part I

Aku make sure kali ni aku save everytime aku update. Letih aku menulis tapi lupa nak save everything. Terasa kebodohannya di situ.

We had a quick getaway last week. Plan asalnya nak board train to Kluang, just so Safiyyah puas merasa naik train sebab dia kerap minta naik tram kat mall tu. Tak berbaloi nak, ko bayar RM5 tapi pusing sekangkang kera tu je. Meh ibu bayar tiket, kau naik train tu 2 jam tengok pemandangan kebun hutan segala makneka. Puas hati. Tapi dengan kerisauan pasal novel Corona virus sekarang ni, aku tangguh dulu plan asal tu. Kita get to Plan B.. 


Anyway sebelum apa pun, kita mulakan dengan servis si JLo. Kang dibuatnya dia merajuk, tak pepasal aku dengan anak-anak kandas tak ke tempat kerja dengan sekolah.

Belum apa-apa lagi si panglima dah lebuh ke alam mimpi dulu. Dia memang sejenis macam ni tau. Jadi kau teruskan je la perjalanan, kang kalau lapo pandai la dia bangun carik susu. 

Yes, here we go.. Zoo Melaka. 2016 kitorang pernah datang bertiga, tapi sampai lewat so tak dapat masuk. This time pergi berempat, puas meronda dalam tu sampai 2 jam. Segala jenis haiwan kita tengok ye nak. Aku beli segala tiket ni atas jalan sebelum keluar dari Johor. Tiket zoo beli through Wonderfly.. Dapat la diskaun sikit. 

Tang area burung kakak tua ni aku redho je la bila Safiyyah demonstrate semula persembahan dia masa pertandingan nyanyian kat tadika dulu. Dia bukan pedulik tempat tu public atau private. Janji dia demonstrate. 


Si Muhammad langsung tak mau turun dah lepas jatuh 2 kali. Bertabah je la laki aku mendukung.

Hamba Allah yang sorang ni kau tak payah susah hati. Dia ajak ke zoo, dia sampai ke zoo. Jadi dia punya bubbly tu kau boleh imagine sendiri la.

Yeaaaahhhhhh my kyubi. Tapi ekornya baru keluar satu. Lagi lapan tu belum tumbuh. Mbahahaha.

Okay okay. Aku gurau je tadi tu. Dia sejenis Fennec Fox. Kat zoo ni banyak penerangan untuk setiap jenis haiwan yang ada dalam kurungan tu. Even ada servis narrator card, kau beli RM5, nanti sampai kat machine depan kurungan tu kau tenyeh kad tu. Keluar la suara-suara merdu terangkan pasal haiwan ni.

Part ni sungguh aku tak boleh lupa. Beria-ia aku panggil anak dara, "Safiyyah tengok sana ada tenuk". Dia boleh bagi sejenis pandangan tenuk kat aku sambil balas, "ibu, itu nama dia tapir. Bukan tenuk." Terkedu sekejap aku.

Hamik!! Lain kali kau jangan lawan cakap ibu, nak. Kau baca situ.. Dalam bahasa Melayu dipanggil juga cipan, tenuk atau badak kampung. Tu la, jangan degil lagi!

Jeng jeng jeng.. Safiyyah dah tergedik-gedik depan aku ni.

Pony pun pony la, janji naik kuda. Gitu konsepnya pada anak aku. Kalau ikutkan aku rasa kureng sikit. Macam tak berbaloi sangat RM5 sekali naik kuda pusing satu round je. Tapi ye la, bukan aku bela kuda, belek segala bagai, trim sana sini kuda tu kan? So still okay la kot. 

Laki aku okay je. Dia yang suruh naik. Aku? Jangan harap. Aku pegang kuda tu kat tepi takpe. Kau suruh aku naik, kau tengok la apa jadi nanti.

Aku nak ke wad dah ni.. Jap lagi aku sambung Part II pulak. Kesian patients aku nanti tertunggu-tunggu. Bukan tunggu aktiviti dengan aku (yang aktiviti ni terpaksa je diorang buat), tapi tunggu aktiviti lepas selesai aktiviti aku. Selagi tak buat fisioterapi, diorang tak lepas untuk tea break pagi. So jangan buat niaya kat depa noooo..

Later

Tiada ulasan: