Khamis, 13 Februari 2020

Good Morning

Selamat pagi!!

Kalau boleh nak ceria gitu la bunyinya tapi pagi ni kelam-kabut sikit. Aku celik mata je jam dah pukul 6.03am, macam nak terkeluar jantung aku. Sejak Safiyyah mula sekolah, kitorang keluar rumah sebelum 6.20am, jadi bila pukul 6 lebih baru kau terjaga, boleh terasa macam mana jantung kau berlari.

Anyway ni kali kedua dalam minggu yang sama kitorang bangun lambat. Memang keletihan ke hape, aku pun tak pasti. Sebab semua pengsan awal. Aku dengan anak-anak passed out pukul 8.30pm, En Noor still OT. So pukul berapa dia sampai pun rumah memang dah gelap gelita la. Aku dengan Safiyyah sakan berdengkur. Aku syak si Muhammad je yang sedar ayah dia balik, sebab masa kami semua kalut pagi ni, dia relax je sambung dengkur.

Konon nak surprise si Safiyyah sebab hari ni birthday dia. Sekali bangun lambat, semorang pun surprised. Padan muka. Hahaha. 

Lama gila tak menulis. Aku frustrated sikit sebab still tak cekap around blogging through smartphone. Aku type pepanjang sebelum ke wad, save, then bila nak publish, ada je masalah nak sync. Tup tup semua hilang. Kendur semangat sekejap. Tapi pagi ni walaupun bangun lewat, aku still tulis jugak.. Sebab aku berjaya sampai sekolah Safiyyah on time, berjaya clock in on time jugak.

Sambil sarapan sambil tengok colleagues berkebun. Kat tempat aku ni ada la laman sekangkang kera, and ada tangan-tangan yang rajin berkebun. Menjadi pulak tu! Once a week aku petik sayur sini, makan fresh. Sometimes kitorang malas nak masak sayur dari rumah, meh sini petik je ulam. Senang.

Rasa calmed sikit breakfast sambil menghadap pokok macam ni. Kinda therapeutic to me. Ni pokok mangga yang staff unit Fisioterapi tanam, buah dia tu aku dah merasa 2 kali. Boleh tahan jugak la.. Sebab aku tengok dia rajin menanam, aku pun terinspirasi nak cuba. Jangan memain ko, aku serius ni.

Ni kat rumah aku. En Noor buatkan batas untuk bercucuk tanam. Boleh makan sayur katanya. Perli aku lettew!!

Pokok cili aku dah ada yang keluar bunga. Ada yang aku transfer ke polibeg, sebab atas batas ni jugak laki aku hentam letak keledek, letak nenas. Adoi la..

Aktiviti berkebun ni memang favourite anak aku sebab masing-masing dok tunggu nak main tanah and air. Aku kalau balik kerja terus hadap kebun, memang malam tu semua pengsan awal sebab keletihan. Petang ni aku nak membaja. En Noor dah bancuh baja minggu lepas. Nak tengok hasil kegemukan pokok aku nanti. Wheeeeee!!

Tiada ulasan: