Khamis, 10 Julai 2014

Orientation-Done!!

July 10, 2014

Dah 4 hari orientasi habis. Macam-macam kisah jadi sepanjang orientasi ni, maklum la, bulan Ramadhan (aku stress kan word RAMADHAN ni.. sebabnya nanti aku cerita). Hari pertama adalah petang selepas lapor diri. Macam-macam kerenah yang timbul, one of them was tudung bawal. Pelatih diwajibkan pakai baju jersey yang dibeli pagi tu, beserta tudung bawal putih, seluar sukan dan kasut sukan. Stokin HITAM PANJANG, sebab kalau pendek nanti Jawatankuasa Orientasi (JKO) akan suruh pakai di tangan. Jadahnya??

Well, there's a lot of army-wanna-be including la tempat aku ni. Jangan salah faham, aku suka environment kawasan ni, nak belajar sesuai tapi tang JKO nak sangat bagi kitorang orientasi ala-ala army ni aku agak konpius sikit. Dah nama pun kolej di bawah Kementerian Kesihatan, patutnya orientasi tu biar la yang bersesuaian. Aku faham, first day and the second memang mencabar sebab ramai freshie, which means belum pernah kerja. Tapi sila ambil maklum jugak la yang ada pelatih KPSL among us, dengan experience kerja as penjawat awam.

Since benda ni dah lepas, aku tak la nak amik port lelebih nak kondem. JKO yang ada dah buat kerja yang baik, cuma mostly yang aku encounter adalah bangsa yang takde adab. Kerja nak menjerit kat kitorang sepanjang masa, sampai satu insiden tu aku tengok lepas sorang, nanti sorang lagi sambung 'menyalak'. Ni bukan nak hina, tapi kalau korang dok tempat aku, korang pun akan cakap benda yang sama. Puncanya? Sebab tak wish. See, nak bagi arahan pun tunggang-langgang. Supposed diorang cakap la, "bila jumpa pengajar or senior, sila greet". Belum pape aku dah jadi cikgu BI. Cis!!

Bulan puasa orang letih, jadi bagi la rehat awal sikit. Ni lepas solat tarawikh, still nak kumpul kitorang then sekor-sekor pakat nak melalak sebab tak puas hati. Aku malas nak amik port, so mende ni setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi yang SENIOR ni kuat benar la sentap nya. Bila kena perli dengan pelatih KPSL, mengadu pada bahagian disiplin. Ada tu siap buat pengumuman, "pada abang-abang dan kakak-kakak KPSL, kitorang tau korang lagi tua dari kitorang tapi korang kena ingat, kitorang ni senior. So RESPECT kitorang". 
Wadehell?? Kata senior, asal sentap? Aku pernah je jadi senior, mende cani aku tak amik pusing langsung!! Ko tu, layak ke digelar senior?

Sebab bulan RAMADHAN, nak ragging tak boleh.. jadi JKO ni semua dapat idea bernas suruh kitorang ulang-ulang jawab soalan diorang sekuat-kuat tidak, nak terkeluar anak tekak pun ada. Belum pukul 10 dah kering tekak, mulut pun pahit. Ada insiden bodoh gak ciptaan JKO ni, lepas makan disuruhnya berlari naik Bukit Tension nak balik ke surau asrama. Atas bukit tu ada yang siap semput, ada yang cramp, ada yang muntah, nak pitam pun ada. Tak tau la diorang ni BUTA PERUT ke hape, dimarahnya orang yang sakit tu masa nak hantar gi hospital.

Lastly orientasi patut habis Sabtu malam, tapi suka-suka je diorang ubah ke Ahad pagi. Banyak lagi rasanya yang aku nak bahankan, tapi rasa cukup la kot. Entry ni khas untuk kawan-kawan kat opis aku, kalau korang still ada singgah kat sini. See, journey aku memang interesting. Tempat cantik, tapi ramai yang bermulut BETINA, baik yang lelaki maupun perempuan. Well, aku tak stress sangat sebab.. eh, TAKDE KEJE AKU NAK STRESS OKEH. 

Next aku story sal study life kat sini. Now nak siapkan HOMEWORK (plis, jangan la muntah darah pulak dengar aku nak buat kerja sekolah ye).

Till then.

Tiada ulasan: