Ahad, 20 Julai 2014

Baju-Raya-Safiyyah

July 20, 2014

Aku baru sampai bilik, capek banget deh! Hamik situ, celah bedah mana sangkut ayat indon pun aku tak tau. Pagi-pagi lagi kol 5.15 laki aku dah gerak slowly bersama Safiyyah, untuk amik aku. Plan hari ni adalah nak balik rumah, basuh baju then gerak beli baju untuk Safiyyah. So far dia dah ada 3 pasang baju kurung (mengalahkan ibu, ye nak) sepasang aku beli, 2 pasang lagi pengasuh dia lepas gian.

Semalam kelas ganti, so aku tak sempat nak basuh baju. Kena pulak malam tadi ada aktiviti qiamullail. Aku bajet budak-budak ni akan pakat serbu bilik basuh right after diorang selesai program. Aku tak join program ni, sian En. Noor dengan Safiyyah. At least dapat sehari luang masa sama-sama pun jadi la. Tambah pulak En. Noor tabah gila jemput aku subuh-subuh, then malam hantar semula.

I know, aktiviti tu wajib kat asrama untuk pelatih semester 1. Tapi aku ada kewajipan yang lebih besar mengatasi kewajipan yang adik-adik senior ni dah atur. So kita tolerate sikit ye. Aku join sehabis boleh aktiviti yang ada, so bila aku perlu masa untuk tanggungjawab keluarga, sila faham. Sok korang ada laki, ada anak, korang pun akan lalui mende yang lebih kurang macam ni jugak.

AKU DOAKAN KORANG DAPAT YANG TERBAIK, BAIK JODOH MAU PUN KEHIDUPAN SELEPAS BERUMAHTANGGA TU SENDIRI.

Seronok tengok Safiyyah try baju baru. Masa beli tu aku amik yang mark down (bajet tak besar sebab duit yang ada nak spare belanja sebelum biasiswa masuk), and sehelai yang best buy. Dua-dua kain cotton, memang selesa pakai. Yang mark down tu ngam-ngam kat badan Safiyyah, yang best buy tu aku beli yang agak besar. Rupanya dia berkenan benar ngan baju best buy tu. Bukan takat try je, siap afternoon nap pun pakai baju tu jugak.
Lepas buka puasa, terus kitorang gerak ke Sungai Buloh, sebab takmo aku lambat masuk asrama. 

Laki aku bukan pattern memberontak ye, kalau suruh masuk pukul 10, memang dia patuh punya. Masa sampai, banyak la pasangan dating dalam kereta sampai penuh parking. Aku terus keluar sebab nak bagi Safiyyah jalan-jalan kat ruang tepi parking tu. Pak guard pun sibuk la nak ketuk couple yang dalam kereta ni, nak cegah maksiat. Sampai kat aku memang tak boleh blah punya. Abis ko ingat budak kecik ni anak sape?

Tak lama pun melepak, tak nak En. Noor ngan Safiyyah penat sampai rumah lewat. Maka tadi gerak la masing-masing menuju haluan masing-masing. Sekian cerita untuk hari ini.

Tiada ulasan: