Khamis, 31 Julai 2014

Content-HariRayaTahunIni

July 31, 2014

Rehat sekejap, mata dah naik sengal dok menghadap buku dari tadi. Tergezut? Jangan nak mengada muntah ijo ye, aku serious study neh. Maklum la, nak keep up dengan fresh young kind (and genius too) bukan senang ye. Bab lain sikit pun tak jadi masalah pada aku - be it fashion, trend, gadgets, bla bla bla. Selagi tak ada keperluan pada pandangan aku, tak akan jadi sebahagian dari inventory aku ye. Ilmu another story. Sehabis boleh aku make sure aku up to date.

Well, not really up to date but at least aku tau perkembangan semasa yang berfaedah.

Jom kita story sal raya and balik kampung. Korang balik raya? I knew that some of you memang anak jati KL, so no offense ye. Ni kisah kitorang yang every year beria-ia nak balik kampung sebab nak sambut raya dengan orang tua and adik-beradik. Last year balik ke kampung En. Noor, jadi tahun ni turn kampung aku. Plan asal kitorang cuma nak raya kat KL sebab En. Noor tak dapat cuti.. sebab sorang lagi staff kat bahagian receiving tu cuti bersalin sampai September.  Tup tup dapat khabar yang bos dia bagi cuti 4 hari. Alhamdulillah.

Aku dapat balik petang 25th tu, jadi ada la sehari aku rest kat rumah sebelum gerak balik kampung. Petang 26th tu aku dengan Dea, angkut Safiyyah, menuju ke Aeon Big sebab nak cari baju raya. Mind you, aku still belum ada allowance tapi Dea dah dapat dia punya. Gila bahabs punya cepat. So dengan baki kat aku ni, kena la aku pepandai allocate bajet untuk baju aku ngan En. Noor. Yang dapat cuma kurta untuk En.  Noor je, baju aku banyak yang takde size. Takpe la, aku tak kisah.

Malam tu aku masak ayam pong teh untuk berbuka, siap buat ekstra dengan nasi putih in case tengah jalan nanti terpaksa berhenti untuk sahur. Dea dengan Amin tak nak join, sebab tapau makanan berbuka. Lepas ke rumah pengasuh Safiyyah (nak bagitau yang kitorang dah nak balik kampung and cuti sampai hari Rabu), gerak pulak ke Aeon Big sebab nak tukar size kurta En. Noor (aku memang fail bila bajet saiz baju, termasuk la baju aku sendiri. Buktinya nanti aku tunjuk).

Kitorang touch in tol Jalan Duta pukul 9.30 malam. Amin dengan Dea dah touch in awal lagi, malas nak follow diorang sebab Myvi SE 1.5 nak compare dengan Kancil Veteran aku tu, adoi la. Jauh beza. Macam biasa la, elok kenderaan bergerak, aku dengan Safiyyah akan berdengkur. Aku sedar bila En. Noor stop nak isi minyak. Rupanya dah sampai R&R Tapah.. pada pukul 12.30 malam. Belum pernah lembab gini perjalanan kitorang nak sampai ke Tapah sampai ambik 3 jam.

Dipendekkan cerita, jalan sesak gila. Sometimes not reasonable sebab punca sesak adalah kerana a few cars slow down nak observe another few cars yang parked kat bahu jalan untuk tidur sekejap. Non sense kan? Nak terkencing pun nyaris sangat-sangat lepas dalam kereta, sebab R&R Sungai Perak sesak ya amat! Tapi kalau dah nama kau naik kereta ber'drebar'kan En. Noor, segalanya MUNGKIN. Maka selamat la Kancil aku tu.
Aku ngan Dea meet at rendezvous point - Hentian Sebelah Taiping. Sahur kat situ sebab jam dah pukul 5 pagi. Safiyyah pun kebetulan bangun, masa ni la nak regang badan. Orang beratur nak beli hot drink punya la sesak, even stall nasi lemak pun sama jammed.  See?? Nasib baik aku tapau awal-awal. Dalam 5.45 kitorang gerak semula. Pukul 7.30 pagi kitorang sampai rumah mak aku. Gila hoih!! Belum pernah sejarah aku balik kampung 10 jam berjalan. Kematu bontot aku!!

Raya kali ni la sejarah aku tak sedondon dengan anak and suami. Bayangkan, 27th sampai awal pagi, tido jap then keluar semula ke Taiping sebab En. Noor tak puas hati aku takde baju raya. Puncanya? Tak adil, dia ada baju baru tapi aku takde. Nasib baik jumpa jugak dengan baju raya, tu pun aku main try ala kadar, sauk je. Esoknya baru la aku perasan yang baju tu besar sungguh.

Opah aku tak sihat, jadi tradisi raya kitorang otomatik berubah. Raya di rumah Opah, then baru balik beraya. Tengah hari je rumah kitorang dah kena serang. Ekceli pagi tu masa kat rumah Opah, Nas budak course aku datang. Takde rezeki la, sebab aku plan nak ke rumah dia pun tak boleh the next day. Dia dah gerak ke kampung suami dia lak. Raya pertama sampai ke malam, tersengguk-sengguk aku menunggu tetamu balik. Safiyyah punya penat sebab seharian main, awal-awal dah lebuh. Raya kali ni best, tido takde nyamuk. Thanks kelambu.

Raya kedua lepak sekejap, then prepare makan untuk sambut tetamu yang datang 5 kereta (sedara-mara je tu). Malam nya gerak balik ke KL. Semalam siap beraya kat rumah pengasuh Safiyyah, then balik dan lebuh untuk kesekian kalinya. 

Disebabkan kitorang laki bini lupa nak angkut beg kamera, gambar yang ada ni adalah ihsan Dea. Enjoy.



Jumaat, 25 Julai 2014

Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri

July 31, 2014

Aku beria-ia tulis entry kat bawah ni tapi hampeh, line tak clear. Asal aku publish je, fail. Asal try publish je, fail. Sudahnya, elok aku dah siap raya, balik KL semula baru la aku publish. Lepas pulak tu, hangin satu badan!! Adoi la..

July 25, 2014

Aku sangat confident yang mobile services akan interrupted for the next few days due to superheavy traffic. Masa ni la orang nak hantar mesej ucap selamat, masa ni jugak la yang nak menelefon keluarga di kampung sebab tak dapat nak balik beraya (ikut turn raya rumah mertua or kerja di hari raya). Jadi aku update blog hari ni, and not even plan untuk auto publish. Time raya aku memang sangat malas nak melayan telefon.

Sejak awal minggu ni nampak benar la mood trainees kat tempat aku ni dah melayang-layang. Badan je di kelas, kepala dah sampai kat kampung. Silap-silap tengah bancuh adunan kuih raya gamaknya. Aku as usual memang mildly interested untuk sambut raya. Bukan tak interested langsung, cuma preparation tu seeloknya biar la sederhana. Bab mood ni aku memang slow pick up. 

Orang dah mood Ramadhan, aku dok terpinga-pinga lagi. Orang dah sibuk tempah baju raya, aku beli kain pun belum. Masa aku bujang, mak akan call dua minggu sebelum raya sebab nak cerita warna baju raya dia ngan abah tahun ni (padahal sebenarnya mak nak soft remind aku supaya cari baju raya).
Kat kelas, walaupun half of them are from Borneo Island yang non muslim, mood raya tetap sama.

Mau tak, sebab cuti raya kau kena ganti kelas ramai-ramai, sebab cuti raya jugak la kau pun merasa cuti panjang, jadi hari ni harus la menjadi hari yang kau nantikan macam kitorang yang muslim ni jugak kan. Hari ni semua terjengah-jengah ke tingkap, macamkan sekejap kau pandang, hari still pagi, 5 minit lagi kau pandang tetiba dah jadi petang, ye tak? Lucu pun ada..

Bukan pelatih je ye, pengajar ada yang dah mula cuti masa tengah minggu hari tu lagi. Hamik kau, bukan calang-calang. Sepanjang aku kerja gomen 7 tahun, aku la yang paling akhir bercuti. Bukan apa, aku jadi bodoh sebab cuti lama. Mak ngan abah pun pesan, nak cuti panjang biar la lepas raya tu, sebab ramai kat rumah.. meriah. Kalau nak balik sebelum raya, sehari dua sebelum pun dah okay. Aku tau sebab-musababnya.. adik aku yang kerja bank tu biasanya akan cuti 2 minggu direct dari sebelum raya sampai la seminggu after. So?

Sampai sekarang ni, aku masih di asrama, tunggu En. Noor and Safiyyah datang jemput aku. Eh, tak kuasa aku nak bawak kereta kat sini okeh, menyemak fikiran. Kalau kat rumah boleh la laki aku nak angkut anak dara tu meronda bila bosan. Ramai yang dah gerak balik, and yang still menunggu nak gerak malam nanti ambil kesempatan basuh baju. Ye la, nak angkut balik dah satu kerja. Ada baiknya kau basuh, jemur je, bila balik sini sok, kau dah tak kalut nak mengejar turn washing machine tu ha. Aku pun jap lagi tinggal nak sidai baju je lagi.

Nanti-nanti bila aku sempat, aku tulis lagi. Sekarang dah kalut, En. Noor ngan Safiyyah dah sampai. Aku nak pass makanan pada budak course aku yang sorang ni, sian dia tinggal sorang sementara bas nak sampai. So, till then.

Rabu, 23 Julai 2014

Iftar-Perdana-Perhimpunan-Bulanan

July 23, 2014

Ala-ala panjang pulak tajuk hari ni, tapi memang entry ni aku buat khas untuk story about aktiviti di kolej aku. Seriously kolej ni aku kategorikan sebagai aktif. Leave behind rasa berbulu sebab ragging masa orientasi as well as seniority issue yang timbul weeks ago, yang penting aku suka level aktif di kolej ni. Full participation from both parts, pengajar and staffs as well as trainees.

Even pelatih still diberikan makanan yang dibungkus, tapi aku tak rasa double standard tu ketara sangat sebab pengajar pun beratur untuk ambil makanan secara buffet, and seating adalah bebas. Malam semalam la aku nampak pengajar makan among trainees. See, eksaited punya hal, aku dah jump the story. Aktiviti aku mula awal, pukul 5.30 petang semua dah berkumpul depan auditorium.

Semua pakai baju kurung cantik-cantik, except for me and a couple of friends. Malas nak redah Bukit Tension tu semata-mata nak tukar baju then rushing semula ke kolej. Aku pulak bijaksana okeh, disebabkan pakaian ke kelas adalah uniform form 6, maka habis semua baju kurung aku eksport balik. Malas nak semak pemandangan, walhal masa kemas baju aku, En. Noor dah pesan baju kurung tu simpan kat hostel, in case perlu.
Degil ok. Hamik situ, orang iftar pakai baju warna-warni, aku iftar dengan uniform kelas. Memang mudah gila nak spot kitorang bertiga neh, sebab di dalam pool of colours, kitorang la white angel. Pffttt!!

Ada majlis khatam al-Quran, masa ni la nak ramai-ramai ngaji sama. Rasa seronok okeh, siap terbayang kalau ada bunga telur kan best. Style kitorang kat kampung dulu. Anyway aktiviti camni memang aku on je. Abis tu mau takmo join, ko dah la tak reti nak tahan diri buat dosa, ada peluang nak buat pahala free lagi nak eksyen?

Lepas khatam, ada tazkirah Ramadhan. Ni memang betul-betul tazkirah yang panggil ustaz ye, bukan stok boss Naren tazkirah kitorang kat opis dulu sebab masuk lambat. Siap gelak besar bila ustaz tu asyik mark pengarah kolej je jadi bahan contoh. Standard la, mana-mana pergi pun boss atas dulu yang orang recognize. Yang nak jadi bahan pun dia jugak la. Adeyai.

Buka puasa dengan kurma and mineral water, then solat maghrib jemaah depan auditorium tu. Minggu orientasi hari tu pun macam tu jugak. Tapi tak ramai la yang muat, around 200 person je. Yang lain solat la kat surau. Lepas siap solat tu terus makan di kafe. Aku dengan member-member angel tak join solat tarawikh lepas tu, kitorang terus solat Isha', then gerak balik ke hostel.

Pagi ni pulak ada perhimpunan kolej, sepatutnya buat di parking lot tapi sebab hujan, again buat di auditorium. Gila best kali ni, kitorang siap dok atas lantai depan pentas. In his speech, pengarah umum tarikh cuti hari raya, cuti tengah semester and cuti semester. Well, takkan nak berita ceria je kan? Harus la ada berita mendebarkan jugak. Pengarah dah umum tarikh exam mid-semester as well as exam final. Haru-biru kan? Best gitu.

Ada jugak majlis penyampaian plak and sijil untuk trainees yang achieved 4.00 in anatomical subject. Yang ni dianjurkan oleh bahagian Pengajian Anatomi dan Fisiologi. Gila kau, 4.00 tu!! Aku berangan gak nak 4.00 tu, tapi takmo la naik pentas. Mak aji ni dah tua, nak oi. Tak kuasa aku nak naik-naik pentas. Lupa pulak, pengarah jugak umumkan barisan MPP yang baru.
Eh, ok la ye. Aku nak 4.00 gak neh. Sekian untuk hari ni ye. Jaa mata.

Ahad, 20 Julai 2014

Baju-Raya-Safiyyah

July 20, 2014

Aku baru sampai bilik, capek banget deh! Hamik situ, celah bedah mana sangkut ayat indon pun aku tak tau. Pagi-pagi lagi kol 5.15 laki aku dah gerak slowly bersama Safiyyah, untuk amik aku. Plan hari ni adalah nak balik rumah, basuh baju then gerak beli baju untuk Safiyyah. So far dia dah ada 3 pasang baju kurung (mengalahkan ibu, ye nak) sepasang aku beli, 2 pasang lagi pengasuh dia lepas gian.

Semalam kelas ganti, so aku tak sempat nak basuh baju. Kena pulak malam tadi ada aktiviti qiamullail. Aku bajet budak-budak ni akan pakat serbu bilik basuh right after diorang selesai program. Aku tak join program ni, sian En. Noor dengan Safiyyah. At least dapat sehari luang masa sama-sama pun jadi la. Tambah pulak En. Noor tabah gila jemput aku subuh-subuh, then malam hantar semula.

I know, aktiviti tu wajib kat asrama untuk pelatih semester 1. Tapi aku ada kewajipan yang lebih besar mengatasi kewajipan yang adik-adik senior ni dah atur. So kita tolerate sikit ye. Aku join sehabis boleh aktiviti yang ada, so bila aku perlu masa untuk tanggungjawab keluarga, sila faham. Sok korang ada laki, ada anak, korang pun akan lalui mende yang lebih kurang macam ni jugak.

AKU DOAKAN KORANG DAPAT YANG TERBAIK, BAIK JODOH MAU PUN KEHIDUPAN SELEPAS BERUMAHTANGGA TU SENDIRI.

Seronok tengok Safiyyah try baju baru. Masa beli tu aku amik yang mark down (bajet tak besar sebab duit yang ada nak spare belanja sebelum biasiswa masuk), and sehelai yang best buy. Dua-dua kain cotton, memang selesa pakai. Yang mark down tu ngam-ngam kat badan Safiyyah, yang best buy tu aku beli yang agak besar. Rupanya dia berkenan benar ngan baju best buy tu. Bukan takat try je, siap afternoon nap pun pakai baju tu jugak.
Lepas buka puasa, terus kitorang gerak ke Sungai Buloh, sebab takmo aku lambat masuk asrama. 

Laki aku bukan pattern memberontak ye, kalau suruh masuk pukul 10, memang dia patuh punya. Masa sampai, banyak la pasangan dating dalam kereta sampai penuh parking. Aku terus keluar sebab nak bagi Safiyyah jalan-jalan kat ruang tepi parking tu. Pak guard pun sibuk la nak ketuk couple yang dalam kereta ni, nak cegah maksiat. Sampai kat aku memang tak boleh blah punya. Abis ko ingat budak kecik ni anak sape?

Tak lama pun melepak, tak nak En. Noor ngan Safiyyah penat sampai rumah lewat. Maka tadi gerak la masing-masing menuju haluan masing-masing. Sekian cerita untuk hari ini.

Sabtu, 19 Julai 2014

Umur

July 19, 2014

Tetiba je aku buat entry sal umur kan? Puncanya sal perjumpaan semalam. Since program aku nye pelatih perempuan agak lewat sikit masuk ke perjumpaan sebab Jumaat tengah hari adalah waktu bacaan yasin, maka aku dengan sorang member dapat privilege, dok depan sekali. Row VVIP okeh. Ko ada?

Masa tu yang aku perasan adalah sesi pengenalan diri oleh naqibah-naqibah yang ada dalam dewan kuliah. Kalau secara tak adilnya, aku akan gelar sesi tu sebagai sesi geliang-geliut. Naqibah yang aku nampak berdiri kat depan tu dah macam masuk pertandingan cari calon menantu dah rupanya. Malu-malu meow je memasing. Ada yang terpusing-pusing kiri-kanan, ada yang stretch in stretch out baju sejuk masing-masing.

The most common thing adalah part umur. Sorry sebab aku sangat berterus-terang, part ni aku sungguh meluat semalam. Ada yang suruh teka, bila dah diteka, jawapannya adalah, "dua puluh something". Jadahnya? Malu bangat nak mengaku umur sendiri. Sampai ada budak kelas aku yang dok sebelah siap tanya, yang liat sangat nak mengaku umur sendiri tu nape la? 

Ntah.

Kalau nak diikutkan, aku pelatih perempuan paling tua untuk batch ni. Sikit pun aku tak segan nak mengaku umur. Dah tentu umur ko tiga puluh dua, takde keje nya nak mengaku muda. In fact aku bersyukur, sampai panjang ni dah umur yang tuhan bagi aku (nak suruh aku tobat, cuma aku je yang lembab!) dengan pengalaman yang bukan sikit. So korang yang muda belia ni takut sangat nape la?

Jangan rasa insecure dengan umur. Figure je. Yang penting isinya. Ko beria benar malu nak mengaku umur tu, sebab nak maintain muda. Tapi jangan terkejut, first impression aku masa sampai sini, "eh ramainya orang sebaya aku". Dari segi appearance, gaya bercakap, berjalan, sungguh, aku ingat semua sama baya ngan aku. Mana la aku nak bajet yang bercakap ngan aku tu pangkat ADIK-ADIK sangat?

Eh, ke sebab tu korang malu nak mengaku umur? Sebab korang nampak tua dari umur sebenar? Adoi la..

Jumaat, 18 Julai 2014

BleakDay

July 18, 2014

Sepatutnya hari ni buka puasa dengan group usrah. Bab ni memang den lomah. Aku bukan tak suka, in fact aku tertanya-tanya jugak bila naqibah group aku, Farhana, nak arrange meeting. Aku suka dengan aktiviti yang ada kat sini, kecuali bila semua pakat nak menggatal letakkan status wajib untuk aktiviti masing-masing.

Plan nak buka puasa ni pun baru tengah hari tadi buat, sebab cam biasa la lunch break every Friday, masing-masing menggelupur nak buat aktiviti, then siap paksa-paksa orang datang. Naqibah aku jenis yang low profile, even pesan group kitorang just bawak nasi putih je sebab lauk dia sedia. Aku dah ready okeh.. so sangat ralat.

Arahan dari supra-senior tadi is everyone kena berkumpul di surau sebelum 6.45 p.m. dengan membawa makanan masing-masing untuk berbuka. Wadehell? Hari-hari aku keluar nak dekat kol 7 just to make sure makanan yang aku tapau tu still panas and air still sedap. For the usrah group, I made an exception. Alih-alih tak sedar. Hadei la!!

Rabu, 16 Julai 2014

Let-It-Be

July 16, 2014

Aku baru letak satu entry hari ni, tup tup terasa nak menambah perisa pulak. Aku tak pasti sama ada aku pernah highlight isu senior-junior sebelum ni tapi today aku rasa nak mem'bahan' sikit. Maklum la, tengah puasa tadi, bahan umpatan berlumba-lumba nak keluar, aku gagahkan hati menahan. Now after aku fikir-fikir, aku nak jot down.

Isu senior-junior ni memang ada di mana-mana saja okeh, hatta di pejabat lama aku dulu. Memang terasa jugak sometimes tapi bagi aku, performance is always on the top of priority list. Maklum la, fresh paint. Lagi pun, apa guna nak bergaduh, boasting your ego supaya orang lain tau? Fruitless okay,  baik aku buat mende lain dari layan mende bodoh ni. Kat office still okay, but not in this place.

Chain of command memang berterabur. Everyone seems to be acting as a leader. Even ada coordinator yang jugak pengajar, tapi senior students (yang ni memang diorang demand respect - of which they don't deserve) rasa diorang tetap ada hak atas junior. Berulang-kali, aku repeat, BERULANG-KALI diorang remind kitorang yang diorang adalah senior even though the gap is only one semester.

Last week ada perjumpaan dengan senior yang dah bekerja, untuk pelatih muslim perempuan lepas solat tarawikh. Aku malas nak ingat apa isi perjumpaan tu, mostly isinya adalah sharing. Apa yang kitorang share? Ntah. The next day, ada lagi perjumpaan dengan senior. Aik, everyday ko nak jumpa, jadah apa nye? Bila lak nak study neh? Then coordinator kitorang masuk kelas and inform yang perjumpaan tu tak perlu la nak hadir. Next time kalau nak buat aktiviti, kene ada formal letter. Frankly speaking, coordinator kitorang selalu tanya apa yang senior buat pada kitorang. Fishy okay.

Ingatkan habis kat situ, but you know what they always say about this kind of thing.. you'll never hear the end of it.
Right after our coordinator pesan supaya berbaik je la dengan senior for the sake of future cooperation, senior lak sentap and gi mengadu dengan senior yang lagi senior (convoluted eh?) mengatakan yang kitorang ni kaki adu. HOIH, YANG KO GI ADU KAT SUPER-DUPER-ULTRA SENIOR TU BUKAN KAKI ADU LA YE? Jadah apakah ini? Dengan tak pasal kitorang kene attend perjumpaan dengan senior lepas kelas tadi.

Bla bla bla, the same script. Cuma one new thing, SUPER-DUPER-ULTRA SENIOR pesan yang bleak future awaits us junior if we choose not to be good to each other. For instance, NANTI MASA KITORANG KLINIKAL, SENIOR NI DAH KEJE. WHAT IF THEY DECIDE NAK PEDAJAL KITA TIME TU.. LIKE, TAKMO SIGN BUKU LOG. WORST, SIAP HASUT ORANG LAIN SUPAYA JANGAN SIGN BUKU LOG KITA. OH, WHAT A BLEAK FUTURE, SEBAB KO KONPEM BAKAL REPEAT.

Okay, today aku belajar one new thing. KORANG BILA DENDAM, SAMPAI JADI KESUMAT.. SAMPAI MATI PUN KORANG BAWAK! NAK AKU FOLLOW SUIT KE? PE DE HAL.. TAPI AKU TAKUT NAK PEDAJAL ORANG. BUAT TAK SEMPAT NAK TOBAT, KO NAK TOLONG TANGGUNG BAGI PIHAK AKU KE? So aku decide, for the time being, LET IT BE. Aku bukan budak kecik lagi.

Korang.. ye korang, senior-senior KEHORMAT, aku takde masa nak create vendetta for the sake of a few of you yang BITCHY. Sempena bulan mulia ni, aku amik langkah mula.. AKU MINTA MAAF SEBAB KORANG TERSINGGUNG DENGAN SEMESTER SATU. SEMOGA LEPAS NI KORANG LEBIH HAPPY.

Till then..

1st-Week-Done

July 16, 2014

Hari baru, mata belum nak lelap. Dah lebih seminggu kelas, now aku faham style deduction kat sini macam mana. Minggu pertama pening wei, sistem kat kolej ni totally different kalau nak compare dengan sistem kat uni. Mau tak, panjang satu-satu semester is 6 months, dengan daily class adalah fixed from 8-5. Sama macam masa bekerja.

The next surprise is tutorial session. Kalau kat uni, tutorial session ni adalah masa yang ko akan bincang latihan yang lecturer dah bagi sebelum tu untuk disiapkan. Kat sini, tutorial is more or less A QUIZ, which the marks will be taken into account bila ko accumulate carry mark nanti. First tutorial semua orang dah terkena, dengan fast teaching, tak sempat salin notes and nak tunggu nota fotostat lembab ya amat!! The next tutorials, hehe.. dah pandai okeh.

So far yang aku perasan last week is every class, pengajar akan habiskan satu chapter untuk kelas sepanjang 2 jam. Naik sewel aku mula-mula tu, but now dah faham style kat sini. The only concern now is how to get my hand on a set of questions example. Mana nak cekau pun aku tak sure. Ada tak ada pun, bantai le jawab soalan kat belakang each chapter yang dah selesai. Kadang tu yang tak masuk dalam silibus pun aku hentam sama. Mana tak biul jadinya!!

Schedule tak sama sepanjang semester, every week a new schedule akan keluar. One thing about the schedule is the topic and time as well as the pengajar is subject to changes. Kena get ready everyday. Kalau nak cepat catch up dengan topic of the day, prepare. Read the whole topic sebelum kelas, so that anything yang terasa tak berapa nak faham tu boleh tanya dalam kelas. Mind you, aku yang paling tua dalam kelas ni. Bayangkan nak keep up dengan fresh young mind..

Pengajar will be hard on you, yang tu aku nampak on the very first week. You don't speak to them as if they are your friends. Tapi aku tak kisah sangat kot bila diorang demand high level of respect. Most of them came here with years and years of experience. They've had their share on the hard time, and they survived. So the respect they demand is well earned. And they are so up to date with the current technology and knowledge. Lagi ko nak bangkang? Luku kepala nak?

Eh, dah dulu la. Aku nak tido, sok nak bangun sahur lagi. Tomorrow kitorang akan start amali. Till then.

P/s: manusia ada 206 tulang, think you can memorize all the name in a night?

Khamis, 10 Julai 2014

Orientation-Done!!

July 10, 2014

Dah 4 hari orientasi habis. Macam-macam kisah jadi sepanjang orientasi ni, maklum la, bulan Ramadhan (aku stress kan word RAMADHAN ni.. sebabnya nanti aku cerita). Hari pertama adalah petang selepas lapor diri. Macam-macam kerenah yang timbul, one of them was tudung bawal. Pelatih diwajibkan pakai baju jersey yang dibeli pagi tu, beserta tudung bawal putih, seluar sukan dan kasut sukan. Stokin HITAM PANJANG, sebab kalau pendek nanti Jawatankuasa Orientasi (JKO) akan suruh pakai di tangan. Jadahnya??

Well, there's a lot of army-wanna-be including la tempat aku ni. Jangan salah faham, aku suka environment kawasan ni, nak belajar sesuai tapi tang JKO nak sangat bagi kitorang orientasi ala-ala army ni aku agak konpius sikit. Dah nama pun kolej di bawah Kementerian Kesihatan, patutnya orientasi tu biar la yang bersesuaian. Aku faham, first day and the second memang mencabar sebab ramai freshie, which means belum pernah kerja. Tapi sila ambil maklum jugak la yang ada pelatih KPSL among us, dengan experience kerja as penjawat awam.

Since benda ni dah lepas, aku tak la nak amik port lelebih nak kondem. JKO yang ada dah buat kerja yang baik, cuma mostly yang aku encounter adalah bangsa yang takde adab. Kerja nak menjerit kat kitorang sepanjang masa, sampai satu insiden tu aku tengok lepas sorang, nanti sorang lagi sambung 'menyalak'. Ni bukan nak hina, tapi kalau korang dok tempat aku, korang pun akan cakap benda yang sama. Puncanya? Sebab tak wish. See, nak bagi arahan pun tunggang-langgang. Supposed diorang cakap la, "bila jumpa pengajar or senior, sila greet". Belum pape aku dah jadi cikgu BI. Cis!!

Bulan puasa orang letih, jadi bagi la rehat awal sikit. Ni lepas solat tarawikh, still nak kumpul kitorang then sekor-sekor pakat nak melalak sebab tak puas hati. Aku malas nak amik port, so mende ni setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi yang SENIOR ni kuat benar la sentap nya. Bila kena perli dengan pelatih KPSL, mengadu pada bahagian disiplin. Ada tu siap buat pengumuman, "pada abang-abang dan kakak-kakak KPSL, kitorang tau korang lagi tua dari kitorang tapi korang kena ingat, kitorang ni senior. So RESPECT kitorang". 
Wadehell?? Kata senior, asal sentap? Aku pernah je jadi senior, mende cani aku tak amik pusing langsung!! Ko tu, layak ke digelar senior?

Sebab bulan RAMADHAN, nak ragging tak boleh.. jadi JKO ni semua dapat idea bernas suruh kitorang ulang-ulang jawab soalan diorang sekuat-kuat tidak, nak terkeluar anak tekak pun ada. Belum pukul 10 dah kering tekak, mulut pun pahit. Ada insiden bodoh gak ciptaan JKO ni, lepas makan disuruhnya berlari naik Bukit Tension nak balik ke surau asrama. Atas bukit tu ada yang siap semput, ada yang cramp, ada yang muntah, nak pitam pun ada. Tak tau la diorang ni BUTA PERUT ke hape, dimarahnya orang yang sakit tu masa nak hantar gi hospital.

Lastly orientasi patut habis Sabtu malam, tapi suka-suka je diorang ubah ke Ahad pagi. Banyak lagi rasanya yang aku nak bahankan, tapi rasa cukup la kot. Entry ni khas untuk kawan-kawan kat opis aku, kalau korang still ada singgah kat sini. See, journey aku memang interesting. Tempat cantik, tapi ramai yang bermulut BETINA, baik yang lelaki maupun perempuan. Well, aku tak stress sangat sebab.. eh, TAKDE KEJE AKU NAK STRESS OKEH. 

Next aku story sal study life kat sini. Now nak siapkan HOMEWORK (plis, jangan la muntah darah pulak dengar aku nak buat kerja sekolah ye).

Till then.

Khamis, 3 Julai 2014

Orientasi

July 3, 2014

Aku penat gile.. sampai tak larat nak update blog langsung. Malam ni pun sama.. tak daya. May be aku cuti blog lagi sampai settle orientasi ni. Till then..

Selasa, 1 Julai 2014

LaporDiri

July 1, 2014

Nak tulis panjang memang tak larat, aku update setakat yang mampu je la. Lapor diri hari ni, took around 1 hour to complete everything. Sian En. Noor melayan Safiyyah. Syukur la anak pun tak meragam, tapi dah nama pun kolej ni besar, panjang la langkah dia.

Orientasi tak ubah style latihan tahunan PALAPES okeh.  Dengan backpack ko berlari naik Bukit Tension, petang time semua dah melepek puasa. Aku yang athma ni pun redah jugak la berlari. Elok sampai, memang mencungap! Aku bajet diorang nak tengok lama mana kitorang bleh hang on before snapped.

Sepatutnya kol 10 dah release tapi ada ko kisah sal time tido? Tak kan? So now dah 11.30 malam, baru semua balik bilik. Sok pagi kol 4 dah kena berkumpul balik. Orientasi bulan puasa, mencabar okeh.  Nak try meh sini, join kitorang.

Dah, aku nak tido. Ciao.