Jumaat, 14 Jun 2013

Improvisasi

June 14, 2013

Pergh.. tak leh blah betul ngan tajuk kat atas nun. Improvisasi. Eh, aku bukan reka sendiri perkataan tu. Sila rujuk Kamus Dewan (Edisi Keempat): improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Motif tulis macam ni? Sila lihat di bawah.


Alkisahnya sejak aku balik semula ke KL, jarang sungguh aku makan di luar. Boleh kira dengan jari bilangan hari makan di luar. Sebabnya?

Nombor 1, PENJIMATAN. Kan baik kalau masak sendiri? Dah tentu aku boleh masak kebanyakan makanan yang aku order di luar. Kalau setakat nasi goreng pattaya, paprik, USA, tomyam, aku bleh lagi gagah. Kot la mende yang nak makan tu aneh benar, susah benar nak jumpa bahannya, lain cerita la. Ada exception lagi dari En. Noor bila tang aku nak makan mende yang sungguh rare pada taste bud dia.

Nombor 2, EN. NOOR LEBIH SUKA APA YANG AKU MASAK. Setakat ni, Alhamdulillah, apa yang aku hentam kat atas dapur sana En. Noor makan tanpa banyak songeh. Nak pulak kalau ikan singgang ke, apa-apa yang dimasak bening (Jawa style – masak kuah air je). Even telur dadar dengan kicap pun dah memadai bagi dia (sampai hati korang nak sumbat tekak suami dengan telur dadar ngan kicap je?).

Ala, cukup la setakat dua alasan je. Sebenarnya banyak lagi alasan such as En. Noor pernah termakan sayur yang kurang empuk dalam nasi goreng paprik - gusi luka, makan bubur nasi je la dua minggu jawabnya. Aku pernah termakan nasi kurang masak & yang dah nak dekat basi, jadi pengalaman sakit perut tak payah cerita la. Kena pulak anak tengah menyusu badan sekarang ni, adoyai.. masa anak nak susu tu la pulak giliran perut nak sakit. Ngade-ngade betul la! Sian anak aku!

Berbalik pulak ke punca topik kali ni. aku dah terbeli ikan tenggiri, dengan harapan nak masak lemak atau tumis taucu (sejak dah pandai makan taucu, semua aku hentam letak taucu). Sekali harapan tinggal harapan, cili api tak ada, dan aku terpandang pulak kacang bendi kat tempat sayur tu. Alamak, En. Noor dah tolong beli kacang bendi which means dia nak makan singgang la tu. Tapi aku belum ada perasaan nak makan singgang. Jadi dengan perasaan berkobar-kobar aku niat nak masak asam pedas ikan tenggiri.

Cari punya cari, cili boh takde (aku takde masa nak rebus cili kering, blend.. suami punya option, beli je cili giling siap kat kedai. Aku okeh je. Mudah!).. aik? Udah! Bukan masa beli barang hari tu aku dah beli ke? Sape la rajin benar kemas kat dapur sampai aku cari barang tak jumpa ni? Dalam hati mula la rasa nak hangin, orang lain yang memasak, orang lain pulak yang mengemas. Sudahnya cari barang pun tak jumpa. Yang aku nampak cuma cili merah kat peti ais. Ala, cili besar tu. Hati dah panas. Takpe, aku solat maghrib dulu. Azan pun dah habis. Sebelum aku marah, baik istighfar panjang-panjang dulu. Bukan apa, tu syaiton-nir-rojim la yang menghasut aku tu!

Lepas solat, aku belek-belek anak kat ruang tamu sambil fikir-fikir.. boleh ke masak asam pedas guna cili merah? Sebenarnya kalau ikut orang yang pandai masak, apa la sangat kalau takde barang-barang yang sepatutnya. Hentam je la, kan? Cuma aku kalau boleh biarla cukup rencahnya, sebab aku tak berapa pandai nak masak. Alangkan cukup rencah pun rasa berterabur!!

Takpe la, janji En. Noor balik nanti boleh makan nasi panas-panas, lauk pun baru masak. Lagi pun dia OT, paling awal balik dalam pukul 9.30 malam. Aku masuk ke dapur, hati dah tenang.. mula keje kan ikan yang ada dengan rencah-rencah yang aku jumpa. So ni la hasilnya.


Keputusannya, memang la tak sepedas yang aku nak tapi sekurang-kurangnya aku masak guna apa yang ada. Yang paling puas hati, walaupun tak sesempurna mana masak asam pedas aku tu, En. Noor makan sampai licin pinggan (even badan dah letih gile time balik keje tu). Ah ye, aku tanya gak En. Noor mane la perginya cili boh kat dapur tu. Tau apa dia jawab? "Eh, masa kita beli barang hari tu Salina tak nak beli cili boh. Abang dah pegang tapi Salina kata belum nak guna. Abang letak semula la." amik situ! Nasib baik aku tak assault dia macam-macam sebelum bertanya. Kalau tak, malu sendiri la jawabnya.. dah sah-sah salah aku. Moral of the story; jangan cepat gelabah bila things didn't work out according to our plan. Just IMPROVISE! Ja mataa..
 

Tiada ulasan: