Jumaat, 30 November 2012

NewObsession

November 30, 2012

Like I said, mostly aku cuma menulis ikut apa yang terlintas kat kepala. So ni adalah supposed entry before heart-skips-a-beat, tapi disebabkan aku excited sangat nak menulis sal 4D scanning yang membolehkan aku nampak watashi no musume, makanya entry ni terbengkalai la sekian kalinya.

Sejak mengandung ni, aku terperasan beberapa perkara. Aku tak berapa kisahkan tentang jantina anak, janji kandungan ni sihat dan selamat dah syukur la tu. Aku jenis yang tak berapa rajin, jadi bila perlakuan aku terbalik masa mengandung ni, confused sikit. Satu je yang tak berubah, obsesi menjahit aku tak pernah hilang. Makin menjadi-jadi ada la. Geleng kepala suami aku melayan kerenah aku sekarang ni.

Kalau dulu cuma obses nak mencuba macam-macam perkara dalam jahitan dan kraf, sekarang dah makin rajin lak aku berangan dan gedik-gedik nak mencuba jahit barang-barang bayi. Contohnya macam kain barut, kain bedung, kain kendong (ala, masa kecik-kecik aku selalu tengok makcik Jawa sebelah umah kendong anak dia camtu), teringin nak buat selimut untuk anak.. hisy!

Tu okey lagi.. yang tak boleh tahannya, aku punya perasaan nak sediakan barang keperluan anak. Yang paling aku obses sekali adalah pam susu. Dari mula mengandung sampai la sekarang, aku berdoa supaya aku boleh menyusu anak (apa orang panggil tu.. EBM?) dan aku dah survey macam-macam jenis pam susu untuk aku guna. Bab harga tak payah cerita la.. surf internet, korang pun boleh agak macam mana range harga pam susu.

Jadi aku sangat la berharap ada promosi. Bulan lepas masa aku balik ke Johor, ada la promotion di Jusco Tebrau City, pam susu manual DAN elektrik beserta 4 botol susu yang selalunya bernilai lebih RM1000 (jenama Phillip Avent) cuma berharga RM 599 (sila bernafas dengan tenang). Aku sangat teruja tapi disebabkan aku perlu beli baju untuk diri sendiri (bab ni aku paling malas, sejak anak dara lagi), maka tertangguh la hasrat murni di hati tu.. almaklum la duit dah tak berapa nak ramai.

Balik je ke KL, aku perhatikan setiap hari kot-kot la ada promosi pam susu (orang cakap pam susu selalu ada promosi - buat anak tak pernah ada musim okeh..) dalam setiap website yang aku boleh surf. Suddenly dalam MilkADeal (MAD) ada promotion Philip Avent Manual Breast Pump with VIA Storage Cups yang bernilai RM329 pada harga promosi RM150. Oh tuhan.. rasa berbelah bahagi tapi aku fikirkan sebaik mungkin, dan aku decide, for the baby, aku sanggup korbankan RM150 tu.

Masa order dah siap ada tulis kat situ, penghantaran hanya akan bermula selepas 11 November 2012. Aku tak kisah, pejam mata, aku klik klik je kat Maybank2U, penuh excited, berdebar dan tak sabar. Terfikir juga nak bagitahu En. Suami tapi bila teringat masa bincang tentang offer ni, En. Suami cuma bagi keputusan "kalau duit nye cukup, abang izinkan..", jadi aku interpret as setuju la. Tak sangka pulak masa En. Suami tengah bercuti kat sini November 22 yang lepas, pam susu ni pun sampai. Ingatkan En. Suami nak marah, rupanya dia pun excited sama. Siap ada trial session lagi.. hik hik hik. Takmo la cerita panjang-panjang lagi dah. Jeng jeng jeng.. sila lihat ke bawah..



-



-



-



-




Sila abaikan surat-surat tak berkenaan yang turut kelihatan dalam gambar ni ye. Ini la obsesi aku sekarang. Harap-harapnya aku mampu menyusukan anak sampai cukup dua tahun.. Okeh korang? Ada rasa nak termengandung ke sekarang? Hehehe.. sampai jumpa lagi.


Tiada ulasan: