Khamis, 29 November 2012

heart-skips-a-beat

November 28, 2012

Selepas dua bulan yang menyeksakan (sebab tak dapat tengok baby kat dalam ni), akhirnya sampai juga tarikh yang ditunggu-tunggu. Cuma agak sedih sikit, aku nyaris terlupa sebab sibuk sangat melayan kerenah orang kat office ni. Boleh? Sian ngan anak ibu ni kan?

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku rasa sakit perut sikit, terutama lepas dah pee pee. Rasa sangat la tak lawasnya. Makanya aku pun merayu hiba la kat En. Suami supaya menemani aku ke klinik (sebab dia cuti). Setelah sekian lama menunggu giliran (lebih dari sejam okey) sebab teramat la ramainya umat manusia yang turut sakit pada hari aku sakit tu, akhirnya giliran aku berjumpa doktor pun sampai. Puas la aku mengadu sakit, dia suruh aku pee pee (Hadoi la, part ni yang paling aku tak suka. Rasa tak lawas tu sangat tak selesa) untuk tengok penyakit aku neh.

Sah la aku kencing kotor. Dua minggu sebelum tu aku dah amik ubat kat klinik kesihatan tempat aku check up tapi disebabkan tak cukup air yang aku minum (agaknya la), makanya berulang la kejadian pee pee tak bape nak bersih ni. Siap check, amik ubat (kene cas RM79 okeh, sebab aku kene amik ubat untuk sumbat kat 'bawah' sana), beredarlah kami dari klinik itu. Alkisahnya kat dinding kaca klinik tu banyak la tertampal notis-notis pemberitahuan, termasuklah promosi untuk 4D scanning pada 28/11/2012. Uiks? Tertarik menarik sesungguhnye memang deboom okeh!

Rasa macam tak mungkin je nak buat 4D scanning sebab aku dan En. Suami dalam proses penghijrahan ke Kuala Lumpur. En. Suami bersetuju berkorban untuk berhenti kerja di Johor dan menemani aku di sini (syahdu sungguh.. budimu tuan tak terperi.. eceh!) dan cari kerja baru. Jadi nak mengasingkan RM150.00 untuk 4D scanning tu agak berat pada aku mulanya. En. Suami pun tak cakap apa-apa, jadi aku pendamkan je la hasrat nak mencari peruntukan tambahan untuk buat mende ni.

Ntah macam mana nak dijadikan cerita, adik aku bayar sewa rumah on time pulak bulan ni. Cash kat tangan, ditambah ngan duit yang aku makan jimat-jimat (sedih sikit bunyi nye kan?), cukup la pulak nak buat 4D scanning. Cuma nye aku dah terlepas la nak booking sebelum tarikh yang dah jelas-jelas mentioned kat dinding kaca tu. Baby kat dalam ni dah gedik-gedik tendang-tendang aku (mau suruh ibu pergi scanning juga ka? haiya!) jadi aku tawakkal je la call klinik tu tanya boleh lagi ke nak mencelah.

Dengan baik hatinya assistant kat situ minta nama penuh dan nombor telefon dan minta aku tunggu dia call semula sementara dia nak check senarai appointment yang ada. Ada la dalam setengah jam baru aku dapat respond, kene daftar sebelum pukul 2 petang (baru daftar, belum tunggu giliran lagi). Dengan kepantasan maksima aku terus call En. Suami (kacau dia tengah sibuk kerja kat tempat baru), minta dia hantar aku ke klinik. Jadi lunch time terus la En. Suami amik aku di office dan menuju ke Klinik Mediviron kat Bandar Damai Perdana. Asalnya dia nak suruh aku daftar je and hantar dia balik semula ke Giant Store (tempat keje baru En. Suami) tapi lastly dia ended up teman aku scanning. Tengah hari tu memang panas terik, so aku memang muncung la (sakit kepala dan rasa badan tak selesa dicampur dengan flying kick dari baby)..

Ada sorang kakak kat situ bersama doktor yang selalu scan aku. Rupanya Puan Salina adalah last patient doktor tu.. patut la dia belek aku kemain lama. Kita tengok video dulu ye..


Baby kat dalam ni masam je.. tapi agak besh skit sebab dia tak main menyorok-nyorok dengan ibu and ayah dia. So En. Suami dan aku nampak la wajah anak kami untuk kali pertama. Masa sonographer tu bagitahu yang dia dah dapat rupa anak aku tu, sikit pun aku tak boleh nak imagine. Sedangkan 2D punya pun doktor tu jenuh terangkan pada aku. Nasib baik la kak sonographer tu baik hati, siap highlight lagi mana mata, mana hidung (ni feature paling ketara, sebab anak aku ikut hidung aku, PENYET!), mana bibir. Saat tu, aku kerling En. Suami kat hujung kaki (dia berdiri je usha skrin kat tempat doktor ngan sonographer tu.. meanwhile aku dapat my own screen kat ujung kaki), tapi tak boleh nak baca reaksi dia. More to stunned.. tapi dia sengih lebar bila aku cakap hidung anak serupa hidung aku, masam muka pun sama.

Perasaan aku? Wah, lagi la abstrak, tak boleh nak baca dan cerita semula. Tapi saat tu la aku terasa kebesaran tuhan. Ada nyawa lain dalam rahim aku, yang selama ni aku cuma tengok gambar statik tapi hari ni aku dapat tengok live.. ada pergerakan. Baby macam faham bila aku bisik dalam hati; jangan la masam muka, sayang, hari ni first time ayah ngan ibu dapat tengok rupa kamu. Slowly wajah tu nampak macam senyum.

Wordless, speechless, motionless (sebab aku terbaring je kat situ kan?).. jom aku share sikit apa yang aku dapat dari 4D scanning that day.


Pada ketika ni masih blur, sebab masih tak fokus. Masa ni la bila sonographer tu tanya nampak ke tak features baby, aku memang sungguh blur. Apa yang aku nak tengok? Alahai slow la aku ni..


Amik situ, kakak tu kasi zoom in biar aku nampak jelas. Anak aku tengah tido gamaknya kat dalam sana. Masam sikit. Tapi selain hidung, aku perasan pipi dia tembam cam aku. Huahuahua!!
 

Another shot.. seriously, aku memang rasa terkedu jap..


Oh dear.. what a peaceful mind bila tau anak kat dalam ni membesar sempurna. Lega rasa hati ni..


Okey la ye.. setakat tu je aku kongsi dulu. Jantina? Hehe, aku dah tau tapi takmo share, boleh? Awww!! Naughty! Till then..

Tiada ulasan: