Selasa, 23 Oktober 2012

FarewellParty

October 22, 2012

Hari ni agak kurang mood nak menulis sebenarnya tapi kugagahkan jugak hati ni. Bukan apa, pagi tadi ada majlis perpisahan bos besar bahagian aku, cuma majlis ni bukan majlis formal. Jadi semua orang boleh la tawa dalam tangisan. Yang paling best, semua orang dah kenal pengganti bos aku kecuali aku sorang je. Nampak sangat la aku ni duduk bawah gelas. Anyway, since aku tak cukup rehat (si kecik kat dalam ni menari-nari dari malam tadi), so malas nak tulis panjang-panjang. Pe kata kita usha je gamba yang aku sempat amik sepanjang event tu..


Testing kamera.. sebab kak Yati tengah pakai kamera kecik, maka aku terpaksa la mengorek semula kamera besar yang dah jadi pengutip habuk. Setting semua dah lari, aku pun dah lupa macam-macam. Tapi semua tu tak boleh compare ngan MC bidan terjun majlis perpisahan bos aku tu.. tengok Fiza fokus gile.. mandur kat sebelah dia je yang sempat nak menyengih kat aku.


Aku bukan photograper rasmi majlis ni.. tapi disebabkan aku memang suka-suka mengambil gambar untuk simpanan blog sendiri, maka kuah nasi dagang pun menjadi sebahagian subjek. Nampak runny je kuah tu kan? Tapi serius wei, memang sedap (untuk aku yang bukan tukang masak ni la). 


Kata dah memang wajib dalam majlis yang ada makan-makan kena ada buah, maka korang tengok sendiri choices of fruit untuk majlis kali ni. Aku memang tak sabar gila nak tunjuk gambar buah yang diorang semua pilih untuk majlis ni kat En. Suami. Memang 'panas' la ati dia.. dah larang banyak kali tapi aku makan gak. Abih, dah depan mata.. sape la yang nak jadi bijak menolak kan?


Aku suka kuih ni sebab dia lembut, ada banyak bijan. Tapi selalunya tak pernah pun aku makan lebih dari sekeping. Orang panggil bahulu kemboja kan?


Kelihatannya aku sedang sibuk menceritakan sesuatu.. pada bos aku. Mandur kat belakang tu pulak tengah sibuk panggil semua orang yang sepatutnya attend, supaya cepat-cepat masuk dewan. Masa ni En. Tumirin sedang sibuk test kamera aku yang sebelum neh kelihatannya tergeletak kat atas meja tu..


Mandur majlis diperhatikan oleh tokeh katering (atau tokeh katering perhatikan photographer?). Isk, konpius!


Perbincangan di antara penduduk Bandar Akademia.. jangan main-main okeh, semua dok banglo tu! Korang ada?
In photo: kuih karipap, roti jala & kari ayam, bahulu kemboja, teh tarik..


Tokeh katering sedang memerhatikan anak buah dia buat keje sambil curi tulang. Yang tengah berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku tu assistant dia. Kat dalam sana, En. Wan, sous chef untuk majlis ari ni. Teh tarik yang korang tengok kat atas tadi tu air tangan dia la. Abis la semua orang..


MC bidan terjun tak abis lagi tulis teks.. kak Nor perhati je (sambil bisik-bisik dalam ati - lega aku tak kene jadi MC).


Nampak cam puas ati je.. sesuai sangat dah la tu.. cuba korang tengok, semua orang pakat jadi model Fresh & White depan kamera aku..


Perbincangan produk kecantikan. Nanti aku update produk pe yang diorang tengah dok borak sakan tu. Tapi nampak sedondon je semua orang ari ni kan? Ever Green..
Ah ye kawan-kawan yang membaca neh, mereka berdua ni jugak berjiran kat Bandar Akademia.. sekali lagi nak tanya, korang ada? Ha ha ha ha..


Sous chef amik kesempatan bergambar dengan mandur.. 


Sous chef dengan hidangan masakan orang lain.. (dia tolong peraga je)..


Yang tengah pegang kamera tu la photographer rasmi, En. Tumirin. Aku cuma tukang sibuk je..


Yang perempuan, dari kiri, Sjn Asikin, Insp Rohana & Sjn Hashimah. Yang lelaki dari kiri, DSP Rotzarn, ASP Abdul Aziz & SM Zul Becker.


Okeh, start dari kiri ye.. Kak Nani (korang dah jumpa dalam entri sebelum ni), Siti Ayum & Insp Ayuni (geng pregnen aku).


Aku suka bila amik gamba Kak Shimah, senyum kemain lebar lagi.. cik kak sebelah dia tu nak kena tongkat mata ngan lidi mancis baru nampak skit.


Oh, ketemu jugak kalian ngan wakil transportation unit. From left: Fahrul, Azam (dia sorang je bukan transportation member), Zaki (husband mandur), Omar Hazari & Insp Khidir.


Ini kalau la aku pos kat Abg Mie, abis la.. hik hik hik (tawa-tawa 'nates')


Diorang ni memang rajin betul tukar tempat duduk. Tadi sebelah sini, skang sebelah sana. 


The celebrated man, ACP Nor Azizan Anan..


Amik tempat duduk masing-masing ye. Sila cepat sikit, kita nak mula majlis dah ni (a.k.a. semua orang dah nyanyi lagu keroncong). Ha, sebelah kanan tu la pengganti bos baru aku, nama dia ACP Mohd Akhir. Jap, sebelah kiri tu Supt Rohila..


Kat main table..


Sepatah dua kata.. jangan usha lama-lama okeh. Meleleh air mata nanti..


Souvenir - kereta antik. Agak-agak korang bape lama nak sampai dari KL ke JB?


Tuan kat belakang tu nampak sedih je.. sian dia.


Unit kitorang je dah sampai dua hadiah..


Wakil transport pun ada bagi hadiah gak. Buku log kot?


Ni yang paling 'jaki' aku usha. SM Becker bagi hadiah kemain lagi besar gadang..


Ha, ini le waktu yang paling dinanti-nantikan. Makan time! Laju je semua orang meluru kat makanan.






Unit 'rewang'..


Mengemas adalah sesuatu yang paling renyah sekali. Sejuta penghargaan kepada wakil-wakil rewang kita yang sudi mengerah tenaga untuk membersihkan semula kawasan dewan.


Besar kan? Nak kenal?
Barisan hadapan dari kiri: Insp Khidhir, ASP Abd Aziz, Supt Rohila, ACP Nor Azizan, Insp Rohana, Insp Ayuni, SM Rahim.
Barisan tengah dari kiri: Sjn Hashimah, Rohani Wahid, Mardhiyyah Fadzil, Siti Ayum Mustapha, Rusnani Salleh, Rusnah Darwis, Noor Hayati Ismail, Shurbani Che Mat, Noor Hafizah Ishak, Wife En. Noor, Faraziana Misnan, Nooriani Mohamed Shair, Sjn Norasikin.
Belakang dari kiri: Mohd Rizal Mohd Noor, Faridzul Azamuddin Kamarulzaman, L/Kpl/S Faharul Nazrey, Sjn Mat Arifin, Sjn Ghazali, Kpl Samsuri, SM Zulkepli, Kons Omar, L/Kpl/S Zaki, Kpl Wan Abd Rahman.

Anyway setakat ni je la aku boleh tulis. Dah tak larat nak tulis panjang-panjang. Baby keeps on kicking (uiks, really active!) so memang betul-betul kene stop. Till then..

2 ulasan:

Unknown berkata...

sweetnye bos u... =)

Unknown berkata...

how sweet...tuan azizan anan