Selasa, 16 Oktober 2012

KursusAsasBayaranBil2

Tempoh: 3 - 6 Oktober 2012
Penyertaan: Ramai (mostly dari Unit Gaji tapi ada juga dari bahagian-bahagian lain yang aku belum pernah jumpa sebelum neh).

Maka kisahnya begini.. pada minggu sebelum tu, aku kene masuk mesyuarat menggantikan pegawai yang tengah bercuti kecemasan (nape aku yang kena ganti, jangan tanya. Sentap!). Jadi dah alang-alang aku sampai ke HQ, ada la member aku yang sama-sama satu batch masa pengambilan masuk keje dulu offer gi kursus skali ngan dia. Pendekkan cerita, aku terima offer tu, dan pada 3 Oktober 2012, aku menuju ke Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai. Short journey je, tapi disebabkan aku ni tak pernah lagi sampai ke Nilai tu, memang macam ehem ehem la meng'usha' keliling.

Pendekkan lagi cerita. Masa aku call sebelum tu untuk sahkan kedatangan, aku tanya sekali lagi tentang penginapan. Cerita yang aku dapat, semua peserta menginap kat hostel. Diulang sekali lagi, di hostel. Jadi bila aku sampai, maka aku membuat la permintaan mengada-ngada kat urusetia kursus untuk ditempatkan sebilik dengan member aku tadi (dah banyak kali dia mintak sebilik, sebab takut tidur sorang). Urusetia yang bertugas maklumkan yang peserta ditempatkan sebilik seorang. Kenapa? Jom tengok..


Ni adalah keadaan rupa di bilik penginapan aku. Masa nak daftar masuk, aku kene amik remote control untuk air-cond & TV. Gambar atas ni di sebelah kanan dari pintu masuk ke bilik.
 

Ini la rupa bilik aku bila aku buka je pintu tu. Ehem, lupa nak mention, pintu tak pakai anak kunci okeh. Key card only! Jangan jeles okeh, air-cond sorang sebijik. Amik situ! Siap telefon, lampu tidur, tuala sorang satu (ditukar setiap hari).


Nampak clear tak? Ignore je la mak buyung yang tengah snap gamba tu. Ignore jugak baju yang tersangkut kat kerusi. Ada penyangkut tuala, TV, mini freezer (dalam kabinet alas TV tu), meja solek gedang untuk sorang pakai, cermin yang siap boleh tunjuk keliling..


Ni lagi satu kemudahan yang ada kat bilik tu. Siaran yang available, TV1, TV2, TV3, ESPN, Fox Movies, BBC News, TV Al-Hijrah, TV8, TV9. So sambil nak melelapkan mata, aku tengok movie. Mostly free time pun cuma ada berita, so itu pun jadi santapan mata la.


Sorang satu almari (built-in wardrobe), sorang satu sofa. Yang kaler putih tu telekung aku. Anyway sejadah & Surah Yasin dibekalkan di setiap bilik. Sebelah kanan gambar tu pintu ke tandas, as well as next room. Konsep kat sini, shared bathroom, tapi bilik tidur sesorang.

Perhati gambar kat atas ni baik-baik. Ada yang menarik perhatian korang?

Kemudahan ni (aku rasa la) digunakan untuk orang yang berkursus panjang kat sini. Sometimes orang malas nak bawa merata handbag mahal-mahal or barang-barang berharga, so kat sini la tempatnya. Setiap bilik ada satu. PIN set sendiri, ada instruction kat pintu safety box tu.


Ini la yang aku cakap tadi.. ada sejadah dan Surah Yasin disediakan di setiap bilik. Kat dalam gambar tu boleh nampak pihak penyelia hostel sediakan sekali waktu solat..

Masa mula-mula nak bersiap, terfikir gak nak bawak iron tapi disebabkan tak larat nak angkat beg berat-berat, tawakkal je la bawa baju yang tak payah iron. Rupanya disediakan iron, ironing board, jug kettle, cawan, 3-in-1 drinks.. 

The only kemudahan yang aku takmo amik gambar adalah toilet.. kelengkapan dalam toilet tu is up to the grade. Siap ada water heater lagi. Cuma disebabkan aku tak pernah ada mende alah tu, tak reti pakai pun, semedang nye aku mandi air sejuk. Sebab tu la pagi-pagi mata aku buntang je.

Gambar sepanjang kursus aku tak amik sebab sibuk sangat mendengar syarahan. Serius, ni bukan main-main. Walaupun aku tak buat bayaran, aku orang tengah yang memproses permohonan.. jadi aku nak tau banyak mende dari mula sampai habis. Tapi petang ada aktiviti lain. Jom tengok kat bawah ni.










Gambar-gambar kat atas ni adalah jelas menerangkan aktiviti riadah pada petang 4 Oktober 2012. Aku tak terlibat disebabkan aku adalah 'pembawa' bersama-sama beberapa orang yang lain.. maka kami beramai-ramai direhatkan di bangku simpanan oleh pegawai penyelaras. Another reason, En. Suami melarang keras penglibatan aku dalam aktiviti kesukanan sepanjang tempoh 'pembawaan' ni. Jadi redha je la (padahal dalam hati, gedik-gedik nak ikut main sama). The next day aku tak turun sebab dikecualikan, tapi dengar cerita memang best la diorang semua main futsal.. jeles!


Malam penutup, semua orang tak fikir la akan ada event macam di bawah ni..


Urusetia tengah sibuk siapkan hadiah & cederamata untuk semua orang yang datang..


Kami semua penghuni meja hadapan. Buku tebal kat depan Ida adalah katalog lagu untuk aktiviti karaoke..
From left: watashi, kak Lin, Ida & Kak Mid.


Appetizer, mostly salad & fruits.. aku malas nak kejar sangat mende alah ni sebab paling ramai orang serbu bila mula je urusetia majlis umum boleh makan..


Di sekeliling dewan, yang ni aku rasa dari IPK.. tapi aku tak berapa ingat.. 


Yang dua orang sebelah kanan ni dari JSJK.. no doubt!

  
Senior aku dari JSJN & SB.. jangan pandang takde mata okeh. Masa diorang karaoke lagu Jeffrydin, siap ada penari twist lagi. Lagu orang lain mana ada! Yang kiri tudung pink tu dari BAKA.


Makan time! Aku rasa banyak nye bahagian dalam blog aku ni didedikasikan untuk makan la.. isk isk isk..


Yang ni bahagian pertama makanan aku.. sup krim cendawan, daging (yang ada mayonaise tu filet ikan, kiri dia daging kambing, atas tu daging lembu), nasi lemak ngan fries..


Yang ni pulak second part.. masa aku amik first round tadi dah tinggal ciput. Kebetulan masa aku balik dari tandas (sorry, time mengandung ni really shy bladder), aku nampak fries ni. Panas-panas lagi..

The most anticipated activity of the night: KARAOKE




Tetiba ada terselit gamba aku kat atas sana kan? Accidentally.. actually malam tu aku sangat aktif amik gamba even just guna kamera kecik. Tak sangka lak member sebelah tu boleh lupa lagu, dan aku yang tengah snap gamba dia jadi mangsa (kononnye la), jadi duet partner.. Ada gak gamba orang celebrate birthday.. sebab birthday diorang jatuh pada 4 Oktober..

Perasmian penutupan kursus disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Kewangan), ACP Azmi Kassim. Gambar tu cuma anggota dari D6 je yang amik. So setakat ni je la laporan aku. Tau nape aku letak gile banyak gamba? Saje nak kasi jeles.. hik hik hik. Mata ao..

Tiada ulasan: