Jumaat, 27 November 2015

The Controversial Event - Class BBQ Party

November 27, 2015

Malas sebenarnya nak up post pasal mende ni tapi since kawan aku si Liew Jia Yi sangat happy about this event, aku gagahkan jugak menulis. Boleh dia baca.. sebab event ni tak berapa nak cukup syarat untuk masuk blog Program Fisioterapi.

Asalnya JPP program dah plan nak buat event ni untuk pelatih program kitorang ni enjoy some kind of celebration, but due to certain situation arise, terpaksa la batalkan. Since budak-budak nak jugak ada jamuan (untuk kenang-kenangan), so Ayol arrange party ni untuk pelatih semester 3.

Tak sangka pulak semester 1 pun join sekali. So dah nampak kemeriahan beramai-ramai di situ. Event ni tak wajib untuk semua; siapa yang minat just bayar RM3 and attend the event. Wait, kena gak masak for the event but there lies the beauty of the program. Semua orang kerjasama untuk program ni.

Gambar ada banyak, tapi tak berapa clear. Maklum la, snap guna kamera kat phone masing-masing. Jom kita enjoy gambar dulu.


The food for the night; Macaroni Salad, Ayam Goreng Berempah, Ayam Bakar BBQ, Sosej Panggang, French Fries, Tembikai, Kordial. Thanks to all who sponsored the food (selain dari duit kitorang yang membayar ni). First round ambik pun masing-masing dah tersadai kekenyangan.. aku yang tangki besar ni pun tak mampu nak jejak second round.


Introducing the main Project Manager; Ayol (right) and Ida (left). Gagah gila la si Ida arrange food, Ayol manage the rest of the event. Aku tak sure sangat perkembangan yang lain (caused I'm always a sleeper).


Nampak tu? Calon-calon suami & isteri cemerlang. Masing-masing pandai je gi pilih barang basah. Yang kanan bawah tu paling win, siap tanam pokok serai. Bila nak pakai main cabut je masing-masing.


Boys start the cooking since venue yang kitorang pilih tu dekat asrama lelaki. Aku tak sure masing-masing mandi ke tak masa ni, sebab masing-masing start masak pun pukul 6. Ye la, KP strict kot. Even dah takde exam, ko still kena datang kolej hari-hari, jadi penunggu. Kalau korang lalu kolej tu then nampak bayangan-bayangan, kitorang la yang meng'hantu' kat situ.


Take turn cooking. Some enjoy the food at the corridors. Actually kitorang dah gigih amik tikar kat surau, siap bentang lagi. Tapi nasib tak berapa baik, hujan malam tu. So masing-masing berterabur cari spot untuk makan.


Geng-geng memasak. Ada yang dah memasak (fries and ayam goreng) dari petang, ada yang memang datang ke venue untuk bakar ayam. Ada yang lagi gigih, dua-dua job dia sapu.


Sekitar majlis berlangsung. Air bancuh sendiri. Siap gi amik daun pisang nak buat lapik ayam sebab masing-masing takde bekas besar untuk letak ayam.


Selesai makan. Masing-masing memang pantang jumpa kamera.


Pengajar and penyelia asrama yang datang malam tu.


Banyak gambar tapi tak terang, so ni je la yang ada. Maybe next time boleh arrange better settings. Sekian.

Tiada ulasan: