Khamis, 12 November 2015

6-Bulan..

November 12, 2015

6 bulan..

Selama 6 bulan ni aku terpaksa stop menulis. Blog dah naik bersawang. URL dah bertukar pun aku baru tau. Teruk betul maintenance blog aku ni ha. Gara-gara Samsung Note aku meragam. Siap 2 kali pi tukar charging port, tersadai kat kedai dari seminggu ke seminggu. Kalau ikutkan kepala angin aku ni memang dah terbang dah Note ni dari tingkat 3 hostel aku tu tapi En. Noor tabah gila memujuk, biar hayun ke tangan dia daripada hancur ke tanah..

Dua kali hantar repair, sekali kat The Mines, sekali lagi kat Kajang. Dua-dua kali ni jugak fail. Finally, 3rd time dia hantar ke Pandan City. Malam ni hantar, tukang repair cakap baru nak tengok apa yang rosak. The next day dah call bagitau fon dah siap. Mintak amik malamnya sebab lusa kedai tutup. Dia nak raya Deepavali. Ni second time Note aku masuk Pandan City. First ari tu sebab tak boleh login. Dua minggu tersadai kat kedai tak buat pape sampai aku naik hantu, En. Noor bawak tinggal kat pasar borong tu 2 hari je settle.

Moral of the story: aku SERIK dengan Samsung. MANJA TAK BERTEMPAT, VULNERABLE.

Cuti semester yang lepas sangat la menyedihkan, sebab aku kena korban dua minggu yang ada untuk Vacational Posting yang kedua. Kali ni aku mintak untuk buat di Rumah Seri Kenangan Cheras. Macam-macam benda yang aku jumpa. Since kat rumah macam tu tak banyak kes yang ada, therapist tu structure satu training schedule untuk aku (sebab aku datang sorang). So imagine aku belajar non-stop untuk semester lepas, then mengulangkaji balik apa yang aku belajar in semester 2, plus advance learning in assessment, of which aku terpaksa apply in major this semester. Bulan puasa pulak tu.. ko bayangkan buat aktiviti passive movement kat orang, belum tengah hari aku dah rasa nak pitam.

Aku pernah cerita how exhausted aku rasa masa semester 2 sebab most of our applied subject was exercise. Aku admit betapa aku rigid regarding exercise, following the same regime yang aku belajar since school. Honestly aku tak expect result aku boleh maintain stay dalam region selamat. In fact, ramai yang turun pointer. Tapi Alhamdulillah la aku still lulus. Semester ni aku berharap dapat naikkan pointer, kot boleh dapat 3.85 boleh jadi menteri jugak.. eh.. tapi tak tau lagi macam mana. Soalan bank mostly yang keluar. Sad thing happened last semester; another friend turun semester. From Sg Buloh, she had to repeat second semester in JB. Ya Allah, perbaikilah urusan kami..

Aku start semester 3 dengan penuh koboi. Gi beli luggage khas untuk keperluan asrama sebab malas nak pindah-pindah luggage, so apa yang aku sumbat dalam luggage tu je la yang dok maintain sampai sekarang. Aku tak isi nama roommate masa hantar borang last semester, rupanya management put me with a student physio jugak. Cuma aku tak berapa jumpa dia la. Weekend aku balik rumah. Weekdays dia melawat dari satu bilik ke satu bilik. Barang-barang ada kat bilik sendiri tapi tuan punya barang hopping from one place to another. Jangan tanya kenapa, aku pun naik pelik dengan habit suka bertandang ke bilik orang ni.. sampai berkampung dah pun.

Since aku dok bilik sorang-sorang, apa je la aktiviti yang aku ada selain tengok movie and membaca. Tapi lebih baaaannyaaaakk lagi tido la. Sampai time nak exam beria-ia aku minta En. Noor call kejut aku sampai bangun. Ko pikir sendiri la celah mana aku dapat perangai ni.. orang kat Singapore sana aku paksa call kejut aku kat Sungai Buloh. Laki aku ni pun bukan bangsa menolak. Dia bangun awal pastu call la sampai aku jawab. Dapat kat mak aku memang siap la, kalau kau tak merah kena cubit manja tu saje je la. Dah besar panjang takkan nak di sesah, dihayun aku pulak kan?

Eh.. panjang pulak..
Stop la..
Nak study..
Sok OSPE III..
Babai.

Jap, lupa..
Nanti aku sambung lain..
Report halfway sangat tak beretika, kan?
Tunggu kay..
Kali ni betul-betul babai.

Tiada ulasan: