Khamis, 29 Ogos 2013

EBM - YangAkuFaham Part II

August 29, 2013

Baru hari ni aku agak free nak update blog.. pity to my train of thought for not having the channel to put into words. Dua minggu lepas aku berurut, sebab dah kerap sangat membengkak. Bukan swelling breast lagi dah, engorge terus! Especially weekend, anak aku dah develop one new habit. Pantang tengok aku sentuh breastpump, dia akan berbunyi (padahal baru lepas menyusu - dia sendiri let go sebab dah puas), dia sanggup sambung semula menyusu. Ada satu tahap, dia minum tak lama, elok burp, aku bagi rehat sikit, dia muntah. Hadoi la anak. Dilema ni dah tiga minggu, aku still looking up for a way to make Safiyyah understand that the pump is not trying to steal the milk away, but instead to save the milk she didn't finish for future use.

Weekend aku tak dapat nak fully utilize segala breastpump yang ada. Ah, by the way, sebelum raya hari tu kebetulan aku dapat imbuhan, pejam mata aku beli satu set breastpump electric yang baru, double. Dah seminggu aku survey harga, baca review tentang brand pam yang ada, dan ada satu brand yang aku betul-betul rasa agak tertarik - Unimom Forte. Pam yang aku guna sebelum ni manual single brand Avent. Motif aku beli pam baru? Very much related to the dilemma yang aku explain tadi. Since weekend aku tak dapat nak luang masa nak pam dengan berkualiti (almost all hours Safiyyah latching), ditambah dengan keadaan badan yang tak menentu waktu bulan puasa (kurang minum air - larat nak telan 2L jek!), supply aku agak merudum sikit. Hati cuak jugak, so aku decide nak power pumping. Now that's the whole purpose.


Terima kasih, En. Suami sebab izinkan saya berbelanja besar sikit bulan lepas. Ada kisah lucu dan sikit suspense di sebalik pembelian pam ni. Untuk pengetahuan, aku beli pam ni secara set bersama beberapa barang lain di OneBabyWorld. Kalau diikutkan, aku cuma perlukan pam ni je, tapi memandangkan adik ipar yang baru bersalin bulan 5 ari tu pun breastfeed anak dia, ada baiknya beli set. At least boleh la dapat milk storage, beg untuk carry EBM dan pam. Aku beli set Unimom Forte Value Package, dan add-on a few things yang adik ipar perlu. In the end, aku end up bayar RM510.00 macam set Unimom Forte Flexi Breastpump Package. The difference is that we got all the things we need, not the unwanted free gift. 

Mulanya salesgirl di store tu cakap yang diorang dah ran out of stock, walaupun ramai yang datang mencari the exact brand and type of pump yang aku tengah nak beli tu. Rezeki aku dan Nur Safiyyah la kan, tah macam mana one of them saje selongkar kotak-kotak yang ada (dah kebetulan stock take masa tu), maka terjumpa la 2 set pam yang aku coveted so much. Aku tak tunggu lama, tengah hari masa lunch (mana ada orang nak makan masa bulan puasa kan?), aku balik rumah dan tunggu En. Suami pun balik sama. Depan dia aku pam susu guna pam baru. Perasaan? Perghh.. puas hati. Walaupun aku beli pam dengan tujuan nak increase supply untuk Safiyyah, tapi aku consider this as a reward untuk diri sendiri.

Power Pumping
Let's just simplify apa yang aku faham tentang power pumping ye. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, bila mengalami situasi bekalan susu merudum (maknanya bila pam, hasilnya tak sebanyak selalu. In my case, normally sehari boleh mencecah 30oz, tapi selepas 15 hari berpuasa, sehari hanya boleh menghasilkan 16oz-18oz sahaja. Terrifying!), mereka akan cuba satu teknik yang dipanggil power pumping. Caranya? Mudah dan ringkas. Biasanya aku ambil masa 10 minit untuk pam susu sebanyak 6 oz - sekali pam. Jadi dalam sehari, aku peruntukkan satu masa selama sejam untuk power pumping. Mulakan dengan pam selama 10 minit kemudian rehat selama 10 minit. Kemudian pam lagi selama 10 minit dan rehat semula selama 10 minit. Ulang semula, simultaneously selama 1 jam - which means tiga kali pam dan tiga kali rehat. Cuba untuk seminggu, insya-Allah akan nampak hasilnya.

Aku sangat determined nak breastfeed Safiyyah exclusively, selama yang boleh. Jadi apa saja cara yang memungkinkan aku menambah supply, aku sanggup cuba (asalkan tak merapu sudah la). Sekarang aku masih lagi struggle nak tambah supply, sebab seminggu dua ni jadual mengepam aku haywire sikit (tapi result? Oh dear, DISASTROUS!), tapi aku dah mula carry pam elektrik ke pejabat. Kalau sebelum ni aku perlukan 10 minit untuk menghasilkan 6oz (condition - Safiyyah cuma latching sebelum tidur, dan sekali pukul 5 pagi), dengan pam ni aku masih perlukan 10 minit untuk 4.5oz. Bezanya? Sejak minggu lepas, Safiyyah latching sepanjang malam. Jadi what I got for the first session is the fresh for the day - from empty breast awal pagi. 


Selepas 10 minit mengepam, aku dapat hampir 4.5oz susu. Takpe la, bukan nak bertanding dengan sesiapa pun. Yang penting anak dapat minum susu. Rehat 10 minit, dan aku pam lagi 10 minit. Hasilnya..



Ngam-ngam 4.5oz. No matter what, yang penting sekali, MENGEPAM, MENGEPAM dan TERUS MENGEPAM. Kalau perlu masa untuk mengepam, just do it. Peduli apa orang nak cakap. Cari pam yang kita selesa. Aku sangat selesa dengan Avent, cuma bila let-down, both sides jalan serentak. Jadi agak rugi nak biar let-down lepas macam tu je. Dengan double pump ni, aku jimat masa sikit. Another reason aku beli brand ni, motor dia kuat (tahan la nak power pumping) dan senyap (it says on the box - hospital grade). Ambil la iktibar dari aku, masa awal aku berpantang, terasa sungguh malas nak mengepam. Tapi bila tengok anak makin membesar, dengan setiap titis susu yang aku bagi selama ni, aku jadi semangat. Okey la, takat ni je dulu. Usha Safiyyah jap ye..


Jadi model iron board, teman ayah tengok berita..


Til next time, ja mata..

Tiada ulasan: