Jumaat, 16 Ogos 2013

EBM-YangAkuFaham Part I

August 16, 2013

Dah lama tak menulis di blog sendiri.. asyik blog-walking je. Ntah macam mana terserempak dengan blog-blog yang dok sakan bercerita tentang EBM serta perkara-perkara sewaktu dengannya. Terpanggil pula aku untuk berkongsi cerita tentang EBM. Secara terus-terang dan jujur, pada mula aku mengandung, aku langsung tak faham apa itu EBM. Tak terbayang langsung tentang nak menyusukan anak, sebab sepanjang aku membesar, setiap ibu yang ada anak kecik semua feed their baby with formula milk. Sampai la bila aku dah kerja, kebanyakan ibu yang aku jumpa semua menyusukan anak dengan formula milk. Please jangan salah faham, yang aku jumpa. Perhaps aku belum jumpa dengan ibu yang menyusukan anak dengan susu badan. Sampai la one of my colleague bersalin dua tahun lepas. Dia breast-feed anak pertama, siap beli pam susu lagi (aku nampak masa pergi melawat dia dalam pantang).

Jadinya bila aku disahkan mengandung, bermula la episod persediaan yang pelbagai untuk menerima kehadiran cahayamata yang pertama. Di antara persediaan ni termasuk la macam mana nak feed anak nanti, whether aku choose to breastfeed or simply guna formula milk. Setiap kali aku pergi check up di KK Batu 9, aku akan baca panduan yang sama tertampal di satu sudut di bilik menunggu, tentang menyusu bayi dengan susu badan. Malahan ada bilik khas yang disediakan untuk ibu menyusukan bayi mereka. Dah tentu la bila satu-satu perkara menarik perhatian aku, akan aku selidik sehabis boleh. Maka sebaik pulang dari check up, aku akan surf dan study tentang EBM. Salah satu blog yang aku terserempak masa blog-walking adalah blog Ibu, hebat kan...

Dari setiap website yang aku jelajah, kebanyakan bercerita tentang khasiat dan kebaikan susu ibu. Secara kebetulan aku mabuk pada usia kandungan 2 bulan, jadi aku cuba cari maklumat tentang supplement food yang aku boleh ambil untuk provide nutrient pada foetus kat dalam perut. Aku juga cuba cari cara nak mengekalkan momentum penghasilan susu selepas melahirkan. Pada pandangan aku yang singkat ni, biar la aku prepare sewaktu mula-mula mengandung. Setiap hari aku berdoa supaya aku diberikan peluang dan kesempatan untuk menyusukan anak sampai la anak tu berumur 2 tahun. Dipendekkan cerita, dengan kefahaman aku pada masa tu, aku mula ambil supplement food untuk prepare my body for breastfeeding.


Ini adalah hasil bulan pertama aku berpantang di kampung. Terpaksa la En. Noor bawa balik ke KL masa selesai kenduri aqiqah hari tu sebab ruangan beku peti ais mak aku dah penuh dengan susu. Ni pun nampak macam tak berapa penuh sebab En. Noor dengan penuh kepakaran menyusun susu-susu ni ke dalam bekas ais dan ada 5 - 10 peket yang aku tinggalkan dalam peti sejuk mak aku. Sekali pandang macam santan pun ada!


Kalau nak ikutkan aku, langsung tak muat la. Dah la aku cuma ada plastik macam ni je. Sekali pun tak terlintas di kepala yang aku akan produce sebanyak ni susu dalam sebulan. Ada ibu yang boleh produce lebih banyak dari ni.. lain ibu lain kemampuannya. Lain anak lain keperluannya. Masa ni kaler susu macam sikit kekuning-kuningan, sebab still ada campuran kolostrum.


Terima kasih, En. Noor di atas usaha gigih anda. Sekotak ni antara yang terselamat masa balik ke KL lepas berpantang hari tu. Kalau diikutkan jumlah yang aku produce sepanjang berpantang adalah 3 kotak polisterin tu. Sekotak yang korang nampak ni dibawak balik oleh En. Noor sebaik selesai kenduri aqiqah. Sekotak aku bawak bersama masa balik selepas habis berpantang. Sekotak yang sama terpaksa mak aku curah ke tanah sebab ais tak mau mencair, jadi susu dalam peket dok melekat ke dinding peti sejuk. Maklum la, peti veteran.


Tamat stage 1, selepas selesai kenduri aqiqah Nur Safiyyah. Ni habis daya la, tapi pada aku ni dah cukup baik. See? Masa ni susu nampak pekat lagi. Maklum la, awal-awal berpantang, aku takut-takut nak minum air sebab mak tak bagi minum banyak. Takut lambat kering katanya. 2 minggu je aku ikut nasihat tu, lepas tu, segala jenis pantang yang aku fikir tak berpatut padan aku langgar je. Aku minum soya, aku minum air masak sebanyak yang boleh (gila la kalau suka-suka nak minum setakat segelas dua je.. Safiyyah menyusu hampir setiap jam. Mau tak kering aku dibuatnya!). Nasi pun aku hentam semacam, siap ulam kacang panjang lagi! Dalam hati, aku tawakkal. Bukan suka-suka nak langgar pantang, tapi kalau ini cara untuk membantu tambah susu untuk anak, aku rela mencuba!

Masa tu, ni la set yang aku order dari Ibu, hebat kan..., dan aku consume sepanjang berpantang. Actually ada set berpantang untuk sesiapa yang nak berpantang dengan Shaklee, tapi aku simply habiskan set ni je yang aku carry forward dari tempoh mengandung.


Masa package ni sampai ke pejabat, ramai yang beri komen. Ada yang positif, ada yang negatif. Aku punya stail masa pregnant, buat lembu kenyang je. Janji aku usahakan untuk sesuatu yang betul. Set ni aku ambil pertama kalinya secara percubaan selama 30 hari, dan bila aku nampak memuaskan, aku contact Aini Hayati Luey untuk pesan set penuh. Nampak botol OmegaGuard? Masa check up, doktor nasihatkan aku makan pil yang mengandungi DHA untuk membantu merangsang otak bayi dalam kandungan. Jadi aku cuba pil ni.

Now lets go back to EBM. Masa berpantang, memang terasa mudah sangat la bab nak menyusu anak ni. Pam pun sekadar nak mengurangkan rasa bengkak (tu la hasil yang korang nampak kat atas sana). Ada kalanya aku malas langsung nak pam, sebab aku rasa leceh nye la nak pam, lepas tu nak packing susu tu, then basuh pam, lap kering untuk next session. Terfikir pulak, macam mana la ibu-ibu yang dok rajin buat stok tu ye? Giler kentang la tahap rajin diorang ni! Tapi dalam malas, aku continue jugak pam, sebab tak tahan bengkak. Kerap jugak aku demam masa pantang, disebabkan bengkak susu.

Bila dah balik semula ke KL, lagi malas la aku nak pam. Mana nak urus anak, suami, rumah, nak sedia nak kerja.. aduhai. Ditambah dengan stok susu 2 kotak yang ada dalam peti beku tu, dah tak ada ruang untuk susu baru. So aku goyang kaki je la. Sampai la satu tahap, aku perasan bila aku menyusu Safiyyah, breast aku lambat nak penuh semula. Padahal anak tak berhenti demand. Adoi tak boleh jadi neh. Stok pulak dah tentu la makin menyusut sebab aku tak topup. Amik situ, padan muka aku. Mujur la aku cepat perasan. Baru la aku tebalkan muka nak bawak pam susu ke pejabat. Siap selambe badak je aku gi pam susu kat surau.

Sekarang aku pastikan stok dalam freezer ada untuk 2-3 hari (back up) dan pada pengasuh ada untuk 2 hari. Aku juga dah gunakan botol untuk simpan susu, dan plastik hanya back up bila botol-botol dah penuh dan masih belum dipulangkan oleh pengasuh. Setakat ni aku cuma ada 20 botol 5-oz, yang akan penuh setiap 3 hari. Masuk hari keempat, aku terpaksa guna plastik. Space aku tak luas, jadi aku terpaksa restrain dari buat terlampau banyak stok. So sekarang ni aku consistently pam susu tiga kali siang hari dan sekali malam. Selain tu aku prefer direct feeding, even bila aku dengan Nur Safiyyah berjalan kat luar.


Enam botol pada pengasuh bersama 3 plastik 12oz, jadi ni stok back up aku di rumah. Safiyyah jenis yang kuat menyusu, jadi jumlah stok di atas ni cuma bertahan paling lama 3 hari. Bulan puasa tempoh hari menyaksikan detik cemas aku - susu merudum. Kalau normal production sehari boleh mencecah 30oz, bulan puasa tempoh hari aku cuma mampu menghasilkan 20oz susu sehari. Gelabah kan? Maka aku pun mencuba la satu teknik yang familiar di kalangan ibu-ibu yang exclusively breastfeed anak mereka - power pumping. Perhaps aku boleh cerita pada entry akan datang kot. For the time being, setakat ni je aku mampu kongsi. Til next time, ja mataa..

Tiada ulasan: