Sabtu, 9 Mac 2013

Motherhood – A Story

March 9, 2013

15th days.. ala ala comel gitu..

In the previous entry, aku bercerita tentang betapa aku rasa macam dah hampir sangat masa untuk aku deliver. This time, aku cerita moment by moment macam mana aku mengalami detik-detik kelahiran anak perempuan kami. Bagi yang pernah menerima pertanyaan-pertanyaan aku tentang macam mana tanda-tanda nak melahirkan, aku harap jangan lagi ‘nebes’ okeh. Aku dengan Nur Safiyyah sekarang dah selamat enjoy detik-detik perkenalan kami kat Selama, Perak neh.

Aku mulakan dengan kisah kelahiran anak kedua pegawai di tempat kerja aku, Insp Faridah. Pegawai ni selamat melahirkan anak lelaki yang sihat pada 31 Januari 2013, awal 10 hari dari tarikh yang dijangka – 10 Februari  2013 (aku difahamkan yang bersalin awal dari tarikh jangka ni perkara biasa). Sebelum tu, sorang lagi pegawai, Insp Nur Ayuni Dayana pun dah bersalin anak sulung pada 19 Januari 2013, pun awal 10 hari dari tarikh jangka bersalin (29 Januari 2013). Memandangkan aku adalah next candidate on the list, ada gak rasa cuak kemungkinan aku bersalin awal 10 hari dari tarikh jangka.

Masa aku tulis previous entry, En. Noor ada bergurau dengan aku – “Abang jangka Salina bersalin lepas habis je Tahun Baru Cina”. Eh? Nape camtu lak? Bila aku tanya En. Noor, dia cuma angkat bahu – tak tahu nape dia cakap macam tu. Dia cuma rasa. Kebetulan pulak jadual cuti untuk bulan Februari dah keluar, En. Noor dapat cuti dua hari. Jadi suami aku ni dengan penuh rasa bertanggungjawab bertanya pada aku sama ada aku teringin nak ke mana-mana masa cuti tu. Aku cuma geleng kepala – tak kuasa aku! Dah boyot macam ni, aku jalan pun terkedek-kedek.. pulak nak meredah segala tempat yang akan penuh disebabkan orang bercuti panjang masa Tahun Baru Cina.

Jadi aku cuma berehat je kat rumah.. dan En. Noor dapat la enjoy masa rehat dia dengan baik (ye ke? Musykil sikit la ngan pernyataan neh!) sambil menunggu baby kitorang bagi hint – “Attention Ibu & Ayah, saya dah ready!!” (poyo gile aku punya bahasa kali ni). Hari Sabtu & Ahad, aku cuma rehat kat rumah tanpa ada sebarang rasa sakit atau tak selesa. Hari Isnin, aku bosan. Jadi aku bercadang nak ajak En. Noor ke Kamdar, konon nak mencari kain cotton untuk buat sarung tilam baby. Bila aku fikir-fikirkan semula, macam merepek pun ada. Sepanjang 9 bulan mengandung, sikit pun aku tak gaduh nak buat persiapan macam ni. Barut anak pun dok biar tak berjahit lagi. Hrmmm.. musykil!

Kan dah kubilang sebelum ni, En. Noor layan je segala permintaan aku (maklum la, mengandung sulung). Jadi petang hari Isnin 11 Januari 2013 tu aku ngan suami bersiap-siap la. Dalam kepala aku dok berangan nak pilih kaler untuk sarung tilam Nur Safiyyah, nak buat sarung bantal & bolster, dok mencongak-congak berapa meter nak beli. Kebetulan azan Asar, aku terasa sakit sikit kat ari-ari, dan rasa nak pee pee. Masa tu la aku tengok ada darah coklat-coklat (macam masa orang nak datang bulan tu). Honestly, entry kali ni aku tak cover pape.. semua aku jot down directly as it is. Untuk mengesahkan yang aku tengok tu adalah darah, aku siap tanya Awah lagi (Awah ni adik aku). Confirm!

Dup dap dup dap!! Jantung aku punya la pantas, macam aku baru lepas pecut 100m (padahal acara trek yang aku pernah join pun cuma 1500m & 5000m je. Perasan nak jadi queen pecut la tu!) disebabkan aku tetiba dilanggar oleh kenyataan; tak lama lagi aku nak bersalin! Debar-debar, gugup, takut, teruja.. masya-Allah, seribu satu perasaan! Terus tak jadi aku nak ke Kamdar. Boleh pulak aku yang selama ni tak minat langsung nak jenguk mesin jahit (sepanjang mengandung, aku tak boleh langsung menjahit. Tengok pun tak nak.. boleh camtu?), tetiba je terus duduk depan mesin sambil usap-usap perut dan tegur anak aku: “Baby, sabar sikit ye. Jangan keluar lagi, bagi ibu siapkan barut untuk baby dulu ye..”. Korang pernah jumpa bakal ibu yang macam ni? Sila jangan ikut contoh tak bape murni ni ye.

Suami aku yang dari tadi menunggu aku bersiap terus duduk depan TV, join Awah melayan movie Tamil (jangan terkejut, tu aktiviti kitorang bila free, especially aku ngan Awah pada hujung minggu). Dengan penuh perasaan teruja dan tergesa-gesa, aku mula menjahit tali untuk barut anak aku, satu-satunya bahagian yang masih tergantung disebabkan aku tak minat langsung nak sentuh mesin jahit selama 9 bulan ni. Sambil menjahit, aku berzikir dan berdoa dalam hati. Terfikir jugak nak call mak dan bagitahu perkembangan ni tapi disebabkan nanti mak risau dan tergesa-gesa nak datang sini, aku tangguhkan dulu niat nak maklumkan tanda darah ni. Dalam hati cuma fikir; belum confirm pape lagi kan?

Siap menjahit, masuk waktu Maghrib. Aku tiba-tiba dilanda rasa teringin nak makan kat luar sangat-sangat. Dah la dua tiga minggu ni aku banyak makan di luar, especially sizzling yee mee dan bihun sup. Malam ni teringin lagi. Adei! Aku ajak En. Noor keluar makan. Buntang mata dia pandang aku atas bawah (sampai tang perut tu lama sikit dia tenung). Aku meyakinkan dengan penuh confident, aku belum rasa sakit nak bersalin. Dalam berat hati, suami aku menurut je la kehendak aku ni. Kami ke AEON Cheras Selatan untuk makan sizzling yee mee (mengikut perancangan asalnya).

Elok sampai je, parking pun cantik right in front of the entrance tingkat atas. Macam tau-tau je ibu mengandung nak berjalan jauh penat. Elok je turun escalator, aku teringat yang botol susu anak belum beli lagi. Even though aku plan nak EBM anak aku nanti, tapi botol susu kena spare. Jangan tanya nape, aku sendiri pun tak tau. Elok sampai ground floor, aku tarik tangan En. Noor menuju ke Kenny Rogers Roasters; “Salina belanja abang makan malam ni okeh. Teringin sangat nak makan ayam kat sini.” Sambil menggaru kepala, En. Noor ikut je la. Pintu masuk utama ke restoran tu ditutup sebab ada pertunjukan tarian singa, aku selamba je redah pintu belakang. Janji aku dapat makan ayam kat situ! Bonus, aku dapat tengok tarian singa.. hik hik hik!!

Siap makan, En. Noor terus tarik tangan aku ajak balik. Risau benar dia kot-kot aku tiba-tiba rasa nak ‘ter’bersalin masa tengah-tengah berjalan tu. Aku pujuk suami aku lembut-lembut, aku cakap, “Jangan risau abang. Kalau dia nak keluar nanti, dia keluar la. Sementara dia dok kat dalam lagi ni, kita jalan-jalan dulu okey. Lagipun botol susu dia belum beli, selimut pun kita lupa hari tu. Jom, kita pergi cari dulu.” Boleh macam tu? Seriously, memang betul la pe orang cakap, masa nak bersalin nanti bukan ibu yang nebes.. ayah nye yang lebih-lebih!

Siap beli barang-barang yang aku nak, kami gerak keluar dari AEON. Aku faham gelisah En. Noor lepas aku bagitahu ada tanda darah dah keluar. Jadi aku ajak En. Noor ke klinik.. mana tau kalau-kalau boleh sahkan laluan dah buka atau belum. Agak malang sikit, doktor bertugas bukan doktor sakit puan, jadi tak dapat la kami nak confirm kan sama ada masa aku untuk deliver dah sampai ke belum. Aku balik ke rumah dengan rasa berbunga-bunga. Siap ajak En. Noor kemas beg-beg yang nak dibawa ke hospital masa nak bersalin nanti. Siap aku pilih-pilih baju dan kain batik untuk bawak balik ke kampung masa tempoh berpantang.

Esoknya, aku terjaga sebab nak pee pee, dan En. Noor dengan cemas terus bangun dan duduk menghadap aku. Faham sangat dah.. aku pujuk dia suruh tidur semula. “Belum nak bersalin lagi. Salina belum rasa sakit pun. Tidur dulu ye.” Berat hati, suami aku menurut je. Perancangan aku pagi ni, makan roti telur di warung dekat Giant tempat suami aku kerja. Roti panas-panas, lembut kat dalam dan rangup di luar, kuah kacang dal campur sambal.. aku nak jugak minum kopi ‘o’ ais pagi ni, tak kira la sape pun yang marah nanti. Wah, rezeki aku la nak dekat-dekat bersalin ni, semua perancangan aku berjalan lancar. En. Noor pun tak bantah bila aku order kopi ‘o’ ais, siap beli suratkhabar untuk baca sementara menunggu order siap.

Selesai makan, aku ajak En. Noor ke klinik lagi. Mungkin pagi ni ada doktor sakit puan yang boleh sahkan tanda aku. Sekali lagi hampa, yang bertugas adalah Doktor Aziz (itu nama yang suami aku sebut). Jadi dengan berat hati, aku ajak suami ke hospital. Dalam pada tu, aku sempat borak-borak dengan En. Noor, nak sedapkan hati, mungkin jalan baru buka 1cm. Berkemungkinan aku dibenarkan balik, jadi aku plan nak shopping dulu. Muka En. Noor semacam je, tak faham aku nak tafsir. Ada sikit senyum, ada sikit kerut (time marah dia selalu macam tu), ada sikit risau. Aku buat lembu kenyang je. Yang penting, ke hospital dulu, sahkan apa yang aku rasa ni.

Elok sampai je ke tempat nak daftar masuk, aku tengok ramai orang yang dah duduk tunggu. Aik? Masa cuti macam ni pun ramai orang jugak eh? Aku serah buku rekod di kaunter, duduk semula tepi En. Noor. Dalam kepala aku kosong je.. tak tau nak fikir apa. Nak bagitahu mak, belum confirm pape lagi. Karang tak pasal-pasal mak kelam kabut nak datang KL, padahal aku lambat lagi nak due. Dipendekkan cerita, bila nurse panggil, tanya kenapa aku datang hari ni, dah sakit kuat ke belum, berapa kerap contraction, aku terpinga-pinga. Contraction tu macam mana? Belum pernah mengandung, mana aku nak tau. Dia cakap perut terasa mengeras. Lagi la aku bingung. Sudahnya dia rasa perut aku. Mak aih, rupanya selama ni aku dah ada contraction (bila perut aku merening semacam tu, tengah contraction la rupanya) cuma aku tak tahu dan tak rasa sakit.

Aku disuruh bagi sampel urin, dan tunggu sampai doktor check. Lama gak la aku terbaring kat katil dalam bilik kecik tu, ada dua strap kat perut aku. Satu aku agak untuk jantung baby (sebab dia tanya kat sebelah mana baby duduk), satu lagi aku tak tau untuk apa. Yang aku tau, ada bunyi dup dup dup.. yang aku bajet datang dari anak aku. Agak dalam 5 – 10 minit aku terbaring menelentang, nurse datang suruh aku mengiring. So aku duduk dalam position tu dekat 5 minit, sebelum ada doktor perempuan datang, siap sarung latex glove depan aku (eleh, konon bajet nak buat aku cuak la tu.. padahal aku memang dah tunggu time nak lari je).

“Minta maaf Puan Salina, saya minta izin ye nak seluk untuk check bukaan pintu rahim.” Ha? Aku menganga.. tak paham satu mende pun tapi aku izinkan je la.

Maaf cakap la, walaupun dengan pengalaman kawan-kawan sepejabat yang dah melalui proses ni, aku masih tak dapat nak mengagak apa yang aku akan hadapi. Bila aku terasa ada jari masuk kat ‘situ’, aku istighfar panjang. Istighfar Nabi Yunus masa kena telan ikan yu pun aku sebut jugak. Tak terbayang aku akan hadapi perkara macam ni. Sebetulnya sakit tak seberapa, cuma aku segan, walaupun doktor yang ‘menyeluk’ aku tu adalah doktor perempuan. Dalam terkejut, aku cuma ingat Lailahailallah.. ampunkan aku, Tuhan. Masa sakit baru nak ingat pada-Mu..

Bila diperiksa, bukaan pintu rahim dah cecah 3cm. Memang takde pasal la doktor nak lepas aku balik or pergi shopping. Punah la harapan aku nak pegi beli cloth diapers untuk Nur Safiyyah (masa tu aku memang dah yakin yang baby ni perempuan, dan suami suka dengan nama pilihan aku).  ni la yang dikatakan serah tengkuk.. Monyok sekejap muka aku, tapi bila fikirkan yang aku dah sampai masa nak jumpa baby sendiri, wah.. hati ada nyanyi-nyanyi lagu riang ria bunga matahari jugak! Maka pada 12 Februari 2013 aku dimasukkan ke wad bersalin tingkat 2, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aku rasa cerita ni kene sambung la.. Nur Safiyyah sekarang bukan saja kuat menyusu, tapi jugak kuat nak bersembang. Memang belum ada vowel yang keluar dari mulut dia tapi bunyi dah ada, dan respons bila kita menegur dia bukan sikit-sikit. Jadi aku punya priority dah bertukar tangan sekarang, Nur Safiyyah perlu diutamakan. Till next time, take care everyone..

Tiada ulasan: