August 16, 2014
Agak awal aku bangun hari ni, sebab sakit perut. Penyudah ulang-alik ke tandas adalah dengan menelan sebiji painkiller. Takde kerja betul aku ni, pagi-pagi dah makan painkiller. Terpaksa la, tak larat aku nak berulang ke toilet. Naik berkepam jamban tu ha, walhal bukan ada 'isi' sangat yang nak dibuang pun.
Replacement class hari ni masuk minggu kedua. Penat tak yah cerita la, belum masuk lagi yang persatuan nak buat aktiviti esok pulak. Aku kekadang sampai timbul persoalan, bila la masa korang ni study agaknya. Banyak benar masa atur aktiviti untuk kitorang, semua WAJIB untuk semester satu. Hm, kat sini, tu la PENYAKITNYA. Semua WAJIB.
Esok punya aktiviti, awal-awal dah kutip duit. Terasa gak cam nak sound, korang asal ada aktiviti je mesti kutip duit kan? Kalau bulu kat badan aku ni boleh ganti duit, abis dah kot aku cabut, tak pun semua habis luruh gamaknya sebab nak membayar aktiviti yang kitorang WAJIB join. Tapi indah benar bahasa korang, kutipan tu bukan BAYARAN but SUMBANGAN. Tang mana sumbang nye tu hoih?
Meh bagitau aku, korang pening tak dengan assignment bertimbun termasuk video shooting yang semuanya due Isnin ni. Then korang DIWAJIBKAN pulak hadir aktiviti SENGGANG. Ada je penyelaras program yang komplen sebab diorang tak dapat surat makluman pun. Tapi nak halang pun tak boleh, budak-budak dah bayar. See? Macam tengah buat something illegal je kan? Kutip duit senyap-senyap.
Now sangat berbelah-bahagi, antara nak pergi atau tak. Setakat nak join halfway, pastu minta excuse, jangan harap la nak dapat jam kredit. Ei, semak kepala okeh. Malam ni pun still tak larat nak proceed dengan video shooting. Belum masuk dengan soalan yang tiba-tiba dapat tadi, nak hantar Isnin ni jugak, aku dah nak SEWEL neh.
Sebelum aku betul-betul sewel dengan kerenah sengal, pe kata kita pakat buat assignment yang important dulu. Kalau aku sedar diri sok, aku join aktiviti pagi. Kalau tak, means sadaqallah la tu.. #kbai#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan