Ahad, 24 Ogos 2014

Program-Hari-Ahad

August 24, 2014

Beria-ia benar tajuk entry hari ni. Aku nak update so aku tak lupa. From last week aku dah dimaklumkan yang aku dipilih jadi AJK untuk Persatuan Pembimbing Rakan Kolej. Kenapa?? Tak percaya?? Sila la percaya ye kawan-kawan, aku terpilih untuk jadi Pembimbing Rakan Kolej. Dah dah la tu, tak yah le rasa terkejut sangat. Sebelum aku jadi nakal, aku adalah budak baik *muntah*. Now after dah jadi nakal, aku nak BAIK balik.

Kalau dah habis terkejut, meh nak cerita sikit kisah hari ni. Kursus yang aku join ni dinamakan Kursus Asas Kemahiran Menolong. Sape menolong? Sape ditolong? Well, depends on situation. Sometimes its us who need help. Sometimes others do. Tapi bila nak tolong bukan la suka-suka je ye. Perlu la ada kemahiran, bukan main semberono je. Basically apa yang aku belajar hari ni adalah ulangan untuk apa yang aku pernah belajar dulu, because I was Pembimbing Rakan Sebaya.

*sila teruskan rasa terkejut anda; nganga luas-luas lagi. Saya adalah Pembimbing Rakan Sebaya sebelum ini*

As usual, first session was ice breaking. Quite fun, and aku predict yang aku akan stay invisible as always. Sorry dear, you're wrong this time. There are people who noticed you. Ada juga sesi 'first impression'. People described me as 'tegas, berkeyakinan, peramah, sporting' (nape tak TEGAS, ADIL & BERHEMAH je eh? Kan senang tu). Contradicting at some points, tapi still the same characteristics remain. Am I so stern-looking?? Walhal dah habis senyum, macamkan kerang busuk pulak. Hish!!

Then ada puzzle-fitting session, yang sangat memeningkan kepala. After that ada sesi main dadu - maju & undur. Lepas tu sesi mengenal personaliti. Ada 4 jenis personaliti - burung helang, burung merpati, burung merak & burung hantu. Characteristics untuk each group ni please la korang tanya kat En. Google. Nak menaip panjang ni pun tak daya dah. Aku?? Ye, kawan-kawan.. bersesuaian dengan mata besar aku ni, aku tergolong dalam group burung hantu ye. Hmm..

Program habis pukul 4.30, kitorang gerak balik and sampai dalam pukul 5.30. Sikit punya 'syukur' la, bas tu dropped kitorang kat lobi kolej, dengan keadaan hujan. Maka menapak la kami anak-anak kecil ni naik bukit Tension tu ha. Dah alang-alang basah, aku lajak terus ke kafe, makan siap-siap sebelum naik ke bilik. Now after mandi, terasa la betapa sengalnya satu badan. Aku nak gosok baju siap-siap (sebab terasa akan sikit malas lepas ni), study pendek and sleep. That's all.

Nota kaki:
1. En. Noor yang dihormati (kang cakap SAYANG korang jeles pulak), terima kasih sebab sudi & redha bangun awal untuk hantar salina balik ke kolej subuh-subuh sepi'e tadi. Jasamu dikenang (konpem kek coklet cheese sebijik untuk tanda CHENTA KASIH pada anda ye).

2. Nur Safiyyah yang ibu peluk cium selalu (walaupun Safiyyah bucuk mashem), sorry ye ibu balik skool awal hari ni. Next week, kita gi main kat taman subuh-subuh sepi'e okeh. Safiyyah naik buai puas-puas, ibu sambung baca buku. Elok Safiyyah just nice macam nak hitam je (sebab berjemur), kita balik ye sayang. *wink*

Nota kaki lagi:
Aku adalah sangat pemalas nak ambik gambar during activities, tapi ada gak gambar beramai-ramai yang sedang seronok beramas-mesra. Nanti-nanti la aku update. Now nak start keje. Later.

Tiada ulasan: