Jumaat, 15 Ogos 2014

Cerita-Hantu

August 15, 2014

Cam poyo je tajuk entry aku malam ni kan? Bukan pe, kebetulan aku balik dari toilet tadi, terbau la setanggi kuat kemain. Serta-merta ingatan aku melayang kat cerita siang tadi. Kawasan kolej aku tu boleh dikategorikan sebagai 'keras'. Now, sape yang cakap, "opkos la keras, dah bangunan tu buat dari batu", ha meh sini aku luku kepala tu sikit.

Banyak benda dah jadi sebelum ni, sampai ada nasihat untuk kitorang pelatih baru not to linger around too late after class. Yang tu aku dah tau, sedia maklum. Masa bulan puasa hari kakak cleaner tu dah cerita pasal sorang 'nenek' tua, sometimes 'pakcik' tua. Sila maklum, masing-masing ada territory sendiri ye.

Kali ni story datang dari pengajar kitorang pulak, cerita pasal pocong kat Jengka, Pahang tu. Dah lama dulu, tapi dia boleh cerita satu-persatu apa yang kakak dia kat UiTM Jengka jumpa masa tu. Tak yah detail sangat la ye, aku pun tak suka nak takut lebih-lebih. Cuma yang tak bestnya, pengajar ni story kat dalam lab masa kelas tadi.

Kena pulak tu kawasan 'dia', banyak patung dalam tu okeh. Cuak jugak la aku. So dia pesan sebelum masuk bilik hostel baca ayat Kursi and 3 Qul dulu, supaya 'menda' tu tak mengikut. Hadoi la, kan aku dah takut?? Camane la agaknya aku malam ni..

Tiada ulasan: