August 29, 2014
Entry ni mungkin pendek sikit tapi aku just nak jot down as a remembrance of our coordinator yang tolerant. Ingat kes aku blah awal dari Majlis Jamuan Raya untuk program aku dua hari lepas? Coordinator kitorang suruh kami yang berempat ni (consider us as the naughtiest in the class) tulis surat tunjuk sebab kenapa kitorang blah je. Well, semalam lagi kitorang dah menunggu depan bilik dia nak submit surat tu tapi dia takde. Even dia cakap hantar Jumaat, dah nama ko buat salah, hantar je la awal. Alih-alih hari ni baru dapat hantar surat tu pada dia.
We are to be GROUNDED for a month. Tu hukuman untuk kitorang. Aku tak kisah sangat, so long as we are allowed to go for outing, grounded tu aku boleh terima lagi. Double edge sword la sebenarnya untuk kes ni, sebab aku balik bukan semata-mata malas or nak tido. Aku memang belum fully recovered from diarrhea. Stay kat sana dengan keadaan panas, dengan aku ni bangsa kuat berpeluh.. BERLENGAS okeh. Sok ko nak salam laga pipi dengan aku pun tak lalu. Yang aku katakan serampang dua mata, sebab hukuman ni MENYEDARKAN (aku harap mesej tu sampai ke sesetengah kepala) kitorang yang KPSL ni that we've taken Mr. Hazman for granted. It's ENOUGH.
On another account, semua dah start check out untuk cuti semester. Kalau ikutkan aku memang tak nak balik lama sebab mengenangkan exam kitorang exactly seminggu lepas naik dari cuti. Tapi sapa nak jangka yang Abah dengan Mak nak datang tengok cucu pulak kan? Harus la aku balik bercuti, walaupun hati tak tenang. Aku memang sangat la malas mengangkut baju-baju bawak balik basuh di rumah tapi kali ni memang totally takde choice. Kali ni aku balik dengan buku sebanyak-banyak tidak, kertas-kertas nota and homework yang bersusun. Dalam kepala ni serabut takyah cerita la. Mana ko nak study, nak layan anak, suami, Mak Abah, nak masak, kemas rumah. T_T
So for now tu je yang aku rasa nak story for now. Nak kemas baju-baju yang nak dobi di rumah, buku-buku untuk study and mandi. Then tunggu En. Noor and Safiyyah datang menjemput. Later.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan