August 14, 2014
Hari ni hari yang 'panas'. Mau tak, semalam tah malaun mana gi matikan suis aircond kat kelas ni sampai 2 kali, penyudahnya sampai tengah hari ni aircond tak berfungsi. Ni betul punya teghak, dah pesan banyak kali kalau sejuk bawak sweater sebab suis aircond tu kalau kacau memang masalah. Now?? Everyone's ROASTED!!
Mende dah jadi, nak bising pun tak guna kan?? Aku pun tak amik port sangat, tapi kena sebijik la pada presiden aku yang pemalas ni. Kena sound ngan budak-budak ni dia boleh buat LEMBU KENYANG, sekali kena sound ngan pengajar tadi boleh pulak nak marah. Siap nak baling kasut kat siapa yang usik suis aircond tu lepas ni. Takyah la susah hati sangat presiden oi, selama ni orang yang buat kerja ko.
Sok kalau ada isu timbul kat kelas ni, ko tu aku bagi MAKAN KASUT terus. Senang kisah. Bagi hint suruh letak jawatan takmo dengar.
Hari ni Khamis kan?? As usual, ada persatuan yang akan ambik masa korang dengan anjur aktiviti bagai untuk weekend nanti. Promise jam kredit lagi. Nanti aku fikirkan nak pergi ke tak. Yang aku malas bukan apa, tak pernah tepat masa. Janji nak lepas pukul 4 lebih, pukul 6 lebih baru release. Pengajaran betul bulan puasa hari tu, kemain disuruhnya kitorang ni dengar ceramah walhal diorang kat belakang sedap berdengkur. Set-set ni la yabg aku rimas sikit, konon islamik tapi tak kena tempat.
Mau tak, nak cegah maksiat kat aku yang tentu-tentu dah kawin ni. Asal ko tak gi sergah yang dok bersidai kat pokok-pokok, kat netball court ngan depan pagar asrama tu ha?? Korang ni la kan.. aku elok lembut hati nak follow korang, terus jadi malas.
Jap lagi applied anatomy. Aku nak merajinkan diri baca buku ni. Later.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan