August 26, 2014
Kemain panjang tajuk hari ni, tapi exactly tu la yang aku nak story. Banyak benda yang jadi hari ni, yang aku nak sangat 'bahan'kan.. sebabnya, aku dah lama duduk dalam bubble sendiri. For now, aku nak menguruskan train of thought yang dok berlumba-lumba dalam kepala ni ha. Bear with me, okay.
Diarrhea
Yang ni aku fed up sikit. Puncanya sebab makanan kat kafe asrama ni tak bersih. Masa aku ambil nasi dengan lauk, tak la nampak yang lalat berterbangan menghurung. Bila difikir-fikir balik, mungkin tray lauk tu nampak clear sebab ada orang dah ambil lauk sebelum aku. Memang aku beratur ambil lauk tu. Elok dah siap bayar, baru la aku nampak lalat berhurungan atas ayam tu. Tak sedap hati, tapi sebab dah membayar punya pasal aku makan jugak. Penangannya pagi semalam aku berulang ke toilet. Azabnya Allah je yang Maha Mengetahui, sampai pagi tadi. Now dah mula lega. Bila baru owner kafe tu nak ambil corrective action tak tau la. Tawakkal je la banyak-banyak.
Childish Emotion
Part ni separa lucu, separa meluat, separa bengang, et cetra et cetra et cetra. Kisahnya cenggini, pengajar anatomi aku sound la kitorang pasal knowledge kitorang yang seamat-amat slack. I won't deny it, even aku sendiri tak pay attention kenapa ada biceps brachii di upper limb and di lower limb pun ada biceps jugak. Namanya biceps femoris. Why biceps? Because there two heads of origin. Why brachii? No one answered. Logical thinking, memang selayaknya la pengajar tu feel frustrated. We were expected to STUDY, which means we put some effort to learn more. Tapi perlu ke ko nampak sedih?? How long do you wish to stay a crybaby? Pengajar tu sendiri cakap, "please, DO SOMETHING ABOUT IT". So rather than be a crybaby, why don't you do something?? Think about it, dear..
Video for Safiyyah
Part ni sedih sikit, sebab mengenangkan yang aku dapat balik Jumaat lepas, only to be back here on Sunday morning. Pendek je la masa anak dara tu nak bermanja-manja dengan aku. Dah la minggu sebelumnya aku tak dapat balik, and dia datang sini jumpa aku pun tak lama. Sedih okay, nampak benar lost and missed. Kena pulak minggu ni dia demam and selsema, definitely merajuk. Usually bila demam, dia bukan type merengek but I was there by her side. To make up for the lost part, aku made a simple short video untuk dia (sent to her pengasuh). It was not much but I want her to know that her mother will always love her, no matter what. Even when I'm not around, I'm always with her. Makaseh miss Rashidah sebab sudi jadi videographer aku.
Penggulingan Kuasa
Pergh, yang ni paling tak boleh blah sekali. Ingat dulu aku pernah post satu entry pasal presiden yang paling gila kuasa? Well him and his vice president sama je, I can group them in the same league. Cuma baru ni la vice president ada buat kerja, tu pun selepas aku initiate jalan. Today the vice president dah pergi jumpa coordinator and mengadu, and the ultimatum is presiden digulingkan. Horrific timing, and horribly arranged, ada pulak yang cakap aku ni have got something to do with the coup de etat. Helloooooo, if you really wish me to be the mastermind behind all these, things would be much smoother. And I will have the whole organization reshuffled, by my hand. Cuma tak sampai hati, and aku dah selesa stay in my own bubble. Why should I get my hand dirty??
Fogging
Petang ada fogging lagi, untuk kali yang ke berapa pun aku tak tau. Kerap benar fogging, sampai naik cuak aku ni. Banyak benar ke kesnya? Best la bagi siapa yang dah cuci baju and sidai lawa-lawa tu, bau asap balik la penyudahnya. Teringat pulak masa fogging yang terakhir hari tu, stall kat kafe (yang aku beli makan sampai diarrhea) tak ambik initiative nak tutup makanan pun. Segala jenis makanan, lauk-pauk terdedah atas meja tu masa orang fogging. Kot dia fikir kalau dapat asap fogging kat makanan tu kira macam dah upgrade level selamat makanan tu gamaknya. Hadoi la..
Kesimpulan
Banyak benar benda yang jadi hari ni sampai menggoda aku keluar bubble jap. Tak boleh jadi ni.. sok aku akan masuk semula dalam bubble. Later.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan