August 9, 2014
Pagi-pagi mula dengan entry luahan perasaan, alahai, mendungnya hari aku. Tapi ni best, sebab entry aku kali ni bukan luahan perasaan kecewa whatsoever, tapi observation sepanjang study kat sini dah close to 2 months. Lets put away kes-kes yang melibatkan senior-junior ni, masa aku suntuk, tak sempat nak layan. Now set-set budak-budak perasan matang.
Bila buat meeting nak dapatkan collective decision, semua setuju bila ada usul. Bila tanya kot-kot ada cadangan dari mulut-mulut ni, masing-masing senyap. Sejak awal aku perasan yang program aku ni puak utara power betul. Set-set Kelantan yang orang bajet akan berpuak tak pulak menjadi kerenahnya. Set-set Borneo tak boleh nak kata apa la. Kalau aku rentas laut cam diorang pun gamaknya aku akan feel comfortable being around those yang "sekapal" kot.
Entry dedikasi ni biasanya mild kan? So untuk puak utara ni, ghentikan le buat perangai buruk tu. Waktu kelas 8 jam sehari, every 20 minutes ko akan belek tudung, belum sekali pun aku tegur, because it's personal. Tapi collective decision ni lain, be a professional boleh tak? Kalau ko ingat "sentapan" ko tu akan buat aku tukar fikiran, renung-renung la balik. Kalau aku start bawak keluar statement pedas nanti, takut ko merajuk takmo masuk kelas lak. Sape rugi? Ko kan?
Okay, now time nak ke kelas. Later.
6.55 am
6.55 am
Aku sungguh kelelahan. Amali palpation, amali sistem respiratori, amali palpation, amali sistem respiratori. Habis pukul 5.30, atas belas ehsan. Kalau tak, pukul 6 tu baru nak menapak balik. Terbongkang terus!! Sampai budak-budak ni beli makan tak singgah kat tempat aku sebab ingat aku keluar (ada kasut kuliah, tapi takde selipar). Maka adalah aku menyusahkan roommate ni dengan minta dia teman aku tapau dinner. Bukan apa, pergi tapau nasi pun aku boleh sesat!!
Elok habis makan, dapat pulak mesej yang bagitau ada perjumpaan dengan trainee semester 2 sebab nak bincang pasal jamuan hari raya. Nak mengeluh pun tak guna jugak, in the end the result always remain the same. Cuma last aku dengar masing-masing kena bayar sorang RM6.00, tapi dalam perjumpaan tadi semua dah berubah. Bayaran sekepala dah jadi RM12 untuk makan plus hadiah cabutan bertuah. Tentative pun dah berubah. Jumaat 5 petang sampai 10 malam.
5 jam hoih, 5 JAM!! Setakat sejam dua pe de hal, tapi 5 jam, jadah apekah ini?? Aku terus BODOH sekejap.
Budak-budak ni bising la, mahal benar bayaran tu. Pulak tu demand nak masing-masing bawak kuih raya. For the sake of OSPI, aku malas nak bersuara. Masing-masing suka lepas tangan, aku la yang selalu jadi mangsa. Mangkuk hayun betul budak-budak ni. Kali ni lantakkan situ, korang bersuara la sendiri. Kelas aku ada presiden, naib presiden as well as AJK, tapi honestly, USELESS. Ada atau tak, sama je.
President cuma pada nama, kerja tak nak buat. Sampai ada satu tahap satu kelas kena marah sebab kelas kotor tapi presiden boleh buat LEMBU KENYANG (nampak macam serupa dah pun). Now kat mata aku, presiden dah takde value. Depan senior bukan main lagi tunjuk tegas, tapi dalam kelas, well aku sendiri tak boleh nak klasifikasikan jantina makhluk sekor ni. Nak marah pun tak boleh, ramai pengikut.
Senang kisah macam ni je, aku akan start develop satu bubble around aku lepas ni. Kalau kelas tu runtuh pun bukan masalah aku, kan presiden kesayangan ada. Aku takkan berminat nak layan sebarang pertanyaan about anything, budak-budak ni kalau nak tanya pape sila refer En. Google. Generasi Y sangat kan? So be it. Now aku sangat sleepy, and process nak build bubble wrap dalam study life dah nak mula. Till then.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan