Ahad, 3 Ogos 2014

Demam-Raya

August 3, 2014

Boleh pulak terjaga tengah-tengah malam macam ni. Saja nak suruh aku study pectoral girdle la neh.

Just joking. I know, tak kelakar okeh.

Semalam aku sangat risau sebab Safiyyah lost appetite dah seminggu lebih. She's literally shrinking okay. Tengah hari semalam akak pengasuh tu mesej bagitau Safiyyah demam and muntah. Ini sangat tak boleh dibiarkan ye, dah la lost appetite, now demam and muntah pulak. Aku baru selesai masak lunch masa tu, terus siap nak ambil dia and terus ke klinik. Kebetulan En. Noor baru sampai rumah, aku angkut sama. Dia boleh jadi driver time aku tengah kalut ni.

Klinik Mediviron yang aku frequent boleh tutup pulak. Seriously raya tahun ni adalah yang paling heaven sebab cuti panjang tapi in terms of necessities and emergency needs, totally mencabar kesabaran la. Dah la tengah hari rembang, Safiyyah pun sama panas garing, klinik pulak tutup. Melilau kitorang pusing sampai ke Bandar Tun Hussein Onn sana, kot Poliklinik An Nur bukak. Hampeh!!

Nasib Klinik Selva buka. Ada lagi satu klinik dekat situ tapi mak aih beratur la. Punya la ramai mak bapak yang bawak anak-anak. Ye kawan-kawan, musim demam telah tiba. Tunggu boleh tahan la, around 15 minutes. Aku consider lunch time, so nak fussy sangat pun tak guna. Elok je doktor masuk, check Safiyyah, kitorang balik. Cam selalu, pengasuh adalah orang yang paling risau. Cik Piah is her best friend okay, so bila anakku itu demam, keseorangan la pengasuh.

Hari ni tak lama demam tu nak drag. Mau tak, asal Safiyyah cirit, elok basuh, siap main air sama. Menjelang petang, ada kot dalam 8 kali Safiyyah mandi, a.k.a main air. Badan dia still lemah, tapi spiritually anak aku is stronger than her mother. Tengah pening-pening lalat semalam pun dia still bangun nak main. Siap tarik tangan aku ajak main sama. Hah, what the fish?? Sibuk dia main masak-masak, konon nye jamu air kat aku la. Kena paksa minum pulak tu. Hadoi la.

Petang tadi dah masuk hari kedua Safiyyah mandi air kucai. Hahaha. Lepas dinner, keluar meronda sekejap, then balik bila Safiyyah dah mengantuk. Dengan aku sama lebuh.

And now aku tak boleh nak tidur semula. Perhaps I really need to drag myself to the bag and open the book. Origin and insertion is not a favorite topic okay, but still..

Got to go.. till then.

Tiada ulasan: