Khamis, 28 Mei 2015

MenantiKeputusan

May 28, 2015

Hari kedua aku dengan budak-budak kelas menjadi sangat sangap. Isnin hari tu masih exam, OSPE II. The next day aku involve dengan exam OSPE III. Semalam aku dah mula jadi blur, sebab macam semester lepas, sementara nak menunggu keputusan keluar, kau masih lagi kena pergi ke kolej. Cuma kau bebas untuk buat aktiviti sendiri. Jom aku cerita pasal exam sikit, nak? Mana la tau kot-kot ada yang tersesat baca blog aku ni yang nak seat for exam, boleh kasi tambah gabra. Hahaha..

Isnin (18/05/2015) Day #1
Sejak result mid-term exam keluar, aku serabut perut memikirkan kenapa aku tak boleh menjawab dengan mudah. Wait. Aku jawab mengikut apa yang soalan nak, tapi tak memenuhi kriteria pemeriksa. So markah aku tak berapa cantik. Yang paling best, peperiksaan akhir semester dimulakan dengan paper yang paling membuatkan hidup aku kelam-kabut; Neuroscience. Even though lecturer dah buat latih-tubi dengan kelas kitorang, still aku tak rasa aku mampu hafal semua perkara dalam masa yang singkat. Aku yakin yang aku dah totally pay attention dalam kelas but that doesn't guarantee yang kau akan simply pejam mata and jawab which in the end kau get the result with flying colours. 

Tapi aku usahakan juga. Kali ni aku study ikut kemampuan aku, bila letih aku lelap sekejap. In the end, soalan yang keluar adalah semua topic yang aku baca pada pagi hari exam. Agak sedikit lega di situ. 

Selasa (19/05/2015) Day #2
Paper Cardiorespiratory. Aku notice yang aku kurang pay attention pada paper ni. Bukan ambik mudah, but aku lebih pay attention pada paper yang aku rasa terlampau buat kepala aku serabut. Another factor is that lecturers yang ajar paper ni mostly cool. Paksa belajar tetap paksa cuma dia tau student ada banyak lagi subjek yang nak ditelaah. Disebabkan ada give and take di situ, maka aku sikit sebanyak dah take this paper for granted. Macam hari sebelumnya, soalan yang keluar adalah daripada topik yang aku dah study pagi tu. At least, aku still ada a little hope.

Rabu (20/05/2015) Day #3
Ni paper yang aku serabut. Mid-term result aku untuk paper ni fail, even just slight marks, but still.. failed. Aku baca, baca, baca dan baca sampai rasa nak muntah. Soalan yang aku attempt masa latih-tubi memang gila bahabs punya susah, ni kan pulak la soalan untuk final. Tah mana dicekau fact yang dia guna untuk buat soalan pun aku tak tau. Jenuh aku kelebet Tortora tu, dah naik lunyai dah pun. MCQ paper, maut punya susah. SEQ still boleh tarik nafas lega. Aku teragak untuk discuss dengan budak-budak kelas yang selalu datang awal pasal topik ligament and tendon healing, bone fracture healing. Tu memang wajib masuk setiap semester. Pain physiology pulak masuk soalan pasal referred pain. Gila woih, aku baca ala kadar je. Sekali soalan tu 5 markah, ko nak taram apa wei?

Khamis (21/05/2015) Day #4
Hari ni aku seat exam for 2 papers okay. Paginya aku seat for Professional Development, petang pulak seat for Behavioral Science. Untuk pagi aku still tarik nafas lega. Yang petang aku macam terkedu sikit. Apa yang aku baca missed slightly. Masih boleh jawab, tapi nak target A memang payah la. Aku dapat B+ pun dah syukur. Balik ke bilik dengan harapan nak study paper untuk esoknya.

Jumaat (22/05/2015) Day #5
Last paper bertulis. Kinesiology. MCQ lagi sekali membunuh. Scapulothoracic rhythm yang aku dok hafal and fahamkan selama ni diputar-putar sampai aku pun tak tau nak jawab yang mana satu. Posture pun sama. Masa topic lower limb, aku pernah attempt soalan tu tapi kali ni dia punya twist sampai kepala aku pun naik twist. Tricep suree pun ditanya jugak. Cuma topic gait je yang aku rasa confident, sebab aku menghafal macam nak rak. Soalan SEQ, senyum. Mau tidak, dipaksa-paksa hafal phase in gait, sekali keluar soalan yang lebih kurang macam yang dia pernah suruh kitorang jawab dalam kelas. Kurang-kurang 10 markah dah ada dalam tangan.

Isnin (25/05/2015) Day #6
Last exam, OSPE II. Aku serabut, ada 3-4 station yang aku jawab ntah hape-hape. Tawakkal je la. 

Sekarang ni menunggu keputusan dengan penuh berdebar-debar. Doakan la aku berjaya kali ni. Tak sabar nak habiskan baki 2 tahun lagi. Eh, nanti-nanti aku tulis lagi la. En. Suami call. Till then.

Rabu, 13 Mei 2015

StudyWeek

May 13, 2015

Aku bangun agak awal hari ni, sebab aku puas tido. Mau tidak, aku tido dari pukul 9 lebih, bangun kejap pukul 4 untuk study, then pukul 5 aku sambung lena. Parah keadaan aku ni okeh. Tapi aku pedulik kan je, sebab sejak minggu lepas migraine aku makin menjadi-jadi. Penyudahnya aku terpaksa jugak cari ubat. Tak tahan rasanya, sampai tahap aku rasa nak gondolkan je kepala bagi ringan.


Roommate aku biasa la, balik dengan kelam-kabut plus tak nak bercakap. Aku faham penat perjalanan naik turun Bukit Tension tu, aku pun cuma tegur sekadar berbahasa. Tapi bila nampak sangat betapa MALAS nye mulut tu nak terbuka menjawab teguran, aku decide untuk zip my mouth. Sebelum aku start nak terasa hati, ada baiknya aku layan kepala sendiri. May be it's good for her next semester, to share the room with the previous roommate.


Minggu ni banyak revision class untuk kitorang. Jangan la rasa terkejut, revision DIPAKSA sebab ada a few papers yang hampir separuh kelas gagal. Pengajar-pengajar punya mulut bukan main bising lagi.. sampai budak-budak ni naik tension. Benda dah jadi (fail beramai-ramai), so rather than TOO MUCH REFLECTION WITHOUT DOING ANYTHING, ada baiknya take action kan?


Macam pengajar subjek Neuroscience aku. Dah sah-sah separuh kelas gagal. Kalau diikutkan memang dia frust, tapi tak lama. A week after dia lashed out her frustation, dia set up a program of extra class for those who failed the paper. She even opened ten seats for those who have passed. Aku teringin nak join, but I'd rather not study in pressure. Make no changes to me. I'll do it my way, just like I always did.


Dalam kelas tu ada a few cliques yang aku namakan as Royal Group, The Beauties, The Islanders (bukan hina okeh, aku tabik tengok semangat bersaudara diorang), The Soft Spot and a few others. Aku tak berniat buruk when I put the name. It just pop out in my head, mostly due to the characters and features yang aku nampak. Well, some of this clique really exposed, bold and daring. Some really TALKATIVE okey, sampai tak reti nak hormat guru.


And in the Mid-Term exam I got the lower result compared to them. It's their reward for all the effort they've put during the exam. Cuma it kinda burn my spirit, terasa berkobar-kobar untuk kembali mengejar. I don't care much for the pointer or marks.. dah tua-tua cenggini semua tu dah takde maknanya. But I do really care about understanding everything. Like them. So aku akan berusaha lagi, TO BE ON PAR WITH THEM. Nak tengok orang tua cam aku ni boleh keep up lagi ke tak.


Banyak merepek dah eh? Stop dulu la. Nak gi tengok satu topic that have been nagging at me since yesterday. Aku ni kan slow, so I may need an hour to complete a readibg for one chapter. Nanti aku share ngan korang. Till then..

Isnin, 11 Mei 2015

SesiBersihkanSawang

May 11, 2015

Salam. Dah lama betul aku tinggalkan blog ni sampai naik sawang. Seingat aku sejak-sejak Note aku ni meragam.. memang aku tak jot down apa pun kat sini.. sampai la skang ni. Walhal dalam tempoh tu bukan main banyak lagi cerita.

Cerita 1: Repair/ Format Samsung Note 8.0
Yang ni pun dah satu kisah. Aku hantar ke satu kedai di Giant Hypermarket Batu 9, sebab dekat dengan rumah. Dia issue satu resit, and inform yang dia akan call untuk let me know what went wrong with my Note. After a week, aku rimas sebab still belum ada apa-apa perkembangan. Bila aku call, orang kedai cakap still tengah nak tengok apa yang tak kena.

Another week passed, still nothing happened. Finally aku panas hati, aku call kedai tu and informed them not to do anything to my Note. Aku akan ambil semula. Kat mana aku nak sodok mende alah ni untuk repair belakang kisah. 2 weeks with nothing, and bila aku ke kedai pun macam tak nak layan.. enough is enough. Aku passed the Note pada En. Noor, biar dia yang handle. Laki aku setakat ni membuktikan kearifan dia tentang mental state bini dia ni.

Tau kat mana dia hantar? Pandan City kat Johor. Kitorang panggil pasar borong, but I think you could find almost anything here. Selasa En. Noor hantar (malam lepas habis kerja. Nak redah Imegresen keluar dari Singapore tu letih oii..), Khamis malam dia pick up semula. Deposit RM50 tu je la yang dia bayar pun. No extra charge. Bila aku dapat balik, dah malas la nak bukak internet. Lama kot cuti. Flaccid!!

Cerita 2: Mid-Term Break
Cuti pertengahan semester seminggu. A few week before this break, makcik roommate aku passed away. While it is normal to cry when you lost someone dear, aku realize something. Time waits for no man. Aku sedar lately ni aku bertangguh-tangguh nak balik jenguk Mak ngan Abah di kampung. Bila roommate aku story yang dia dah janji nak visit makcik dia tapi tak kesampaian, aku pejam mata.

Angkut Safiyyah, aku balik Selama. Alkisahnya aku angkut jugak buku beramai-ramai memeriahkan bonet kereta tapi setakat tu je la fungsinya. One thing yang aku memang totally tak anticipate was that cuaca kat kampung masa cuti tu sepanas-panas tidak. Siang hari kitorang anak-beranak pakat dok kat bawah pokok sawit, sebab kat situ je yang rasa agak kurang bahang. Yang anak aku tu ko toksah tanya. Orang tak pernah jumpa kebun sawit, sampaikan celah-celah pokok ubi kayu pun dia main cak-cak ngan aku.

Balik semula ke KL, sampai ke sudah tak study. Panas bahang buat aku ngan Safiyyah naik bingung. Satu tahap aku mengamuk bila Safiyyah meragam. Runsing kan anak, runsing kan periksa yang dah dekat (aku masuk balik lepas cuti, gap seminggu then exam). Ei macam-macam la!!

Cerita 3: Formative
Zaman aku dulu orang panggil Peperiksaan Pertengahan Semester. Aku balik ke hostel je, Jumaat petang tu kak Ros WhatsApp bagitau Safiyyah demam. Aku yang baru dok tune kepala nak exam, terus blank. Dalam kepala aku cuma dok nampak Safiyyah je. Even though akak tu dah bawak gi klinik, aku tetap runsing. Ended up aku tak study weekend tu. Aku just dapat buka buku Ahad malam lepas hantar En. Noor ke TBS.

Menggagau la aku menjawab masa exam tu. Pengajaran paling besar yang aku dapat masa tu was that aku tak sepatutnya dengar cakap-cakap orang but instead study my way through as usual. Ramai yang spot soalan, aku terikut sama walhal sebelum ni even aku tak study pun still aku takkan spot. Bahananya, yang aku left out tu la yang keluar. You gain experience through the hard way.. then only you appreciate what came your way.

Result aku caca-marba. Failed a subject: Muskuloskeletal. Even the marks was close to pass, still aku sucks. Pengajaran okeh. Now I'm back to the way I used to study. Pedulikan environment kelam-kabut orang lain. Carry on with my thing as usual. Aku doa sangat-sangat exam final ni aku passed everything. Yang penting aku tak reseat paper, tak nak repeat semester. Time is closing in. Aku kesiankan Safiyyah and En. Noor.

Setakat ni je dulu warm up story aku. See if aku boleh recall things accordingly. Till then, thanks for reading.

Selasa, 14 April 2015

Bercuti

April 14, 2014

For the time being, aku terpaksa 'cuti' daripada menulis dalam blog. Samsung Note aku dah totally out, netbook pulak still ada pada adik aku di kampung. After Labour Day nanti baru dapat. Too many stories to tell, but thing always happen for a reason. Will be back. Thank you for reading.

Sabtu, 14 Mac 2015

Kali Ni Biar Sampai Relai

March 14, 2015

Tajuk tu semacam je bunyi nye.. kan? Aku bengang ni..


Aku ni memang la sangat tak berminat dengan gajet. Yang ada ni pun sebab aku nak mudah blogging, tapi aku rasa setakat ni takde la mudah mana pun. Kena pulak note ni jammed semalam, nak buat apa pun tak boleh. Elok-elok setahun lebih dok ada baju, amik ko.. aku togelkan je. Sampai mati sendiri aku biarkan. Hari ni baru aku cas. Nak sangat meragam kan. Elok-elok aku cadang nak trade in untuk cari telefon yang kecik sikit, terus batal niat. Biar aku pakai note ni sampai relai. Puas ati. Dah tak leh guna sok, aku hayun ke tong sampah je.

Minggu ni aku mood bercampur-aduk. Ada bengang (pasal badminton game management), ada gelabah nak test (neuro.. nebes okeh!), ada serabut sebab nak cuti (banyak subjek nak buat revision sekaligus).. aku terfikir pulak, aku ni keretakan jiwa ke? Adoi la..

Takpe la.. aku nak gi marinade ayam jap. Kot anak dara tj balik nak makan chicken chop ke, mana tau. Sekian rungutan hari ini..

Rabu, 11 Mac 2015

Selfish

March 11, 15

Semalam untuk julung-julung kalinya dalam hidup aku, dengan SENGAJA aku tinggalkan kerja separuh jalan. Aku keraskan hati, pekakkan telinga, butakan mata. Gini kisahnya. Aku volunteer untuk jadi AJK Peralatan di bawah Gerakerja Sukan untuk program aku. So gerakedja ni dah anjurkan pertandingan badminton. As AJK Peralatan, aku yakin benar tugas aku adalah berkait rapat dengan keperluan-keperluan peralatan untuk pertandingan SAHAJA.

Tah mana datang idea diorang ni semua, tugas aku di cantum jadi AJK Peralatan cum Logistik. Jadahnya kan? Daripada tugas aku untuk sedia tempat and peralatan, dah beralih jadi tukang sedia bancuh air. Semua jenis persediaan nak bancuh air aku yang kena sedia. AJK Makanan aku suruh tanya kalau nak order air setong berapa harga, bukan main liat lagi. Suruh bincang dengan pengajar pun payah.

Dah tau air kena bancuh, nape ko tak awal-awal pesan pada aku supaya beli semua barang yang perlu? Bekas nak isi air pun takde, air tudah satu kerja pulak nak diangkut ke sana sini. Aku ikutkan je, beli gula 6kg. Paper cup pun nak paksa aku jugak, walhal ada AJK lain yang kebetulan keluar ke bandar hari Isnin. Nape tak minta tolong? Sebab dah tau orang tu takkan layan ko kan? Aku ni jugak ko nak kuli kan.

Aku try mintak tolong dengan budak senior untuk order air setong sebab aku dapat tau harga air tu x mahal mana. Pengajar sendiri yang pergi jumpa and pesan pada budak tu untuk order. In the matter of two hours semua settle, tinggal nak bayar je, pun still bising-bising. Ikutkan baran aku, mau je aku carutkan ko depan-depan tu bila ko datang dok sergah-sergah aku. Sibuk sangat dengan ais satu beg RM4 tu. Meh sini aku bayar.

Pengerusi Perwakilan Pelajar pun tak guna. Dah tau ada dilemma macam ni just buat bodoh. Senang cerita aku decide untuk tak datang petang semalam. Lantak situ korang ada air minum ke tak, korang ada kerusi meja ke tak, aku tak peduli. Mampus korang. Baik-baik aku caring, buat keje, korang pijak kepala. Kali ni aku buat kepala sendiri. Tengok apa korang nak cakap.

Aku dengan happy balik, mandi, rendam baju, baca nota, lelap. Bila bihun sup sampai, aku makan kentang-kenyang, then basuh baju. Pastu sambung baca buku. Pukul 9 malam aku tido. Pagi ni aku datang dengan feeling selamba. Bagus kan? Aku rasa ada baiknya aku teruskan attitude macam ni. Korang yang gila nama ni please carry on. Nanti kalau korang berubah dah takde orang tamak kuasa pulak.

Sekian la umpatan aku untuk hari semalam.

Khamis, 12 Februari 2015

Lawatan

February 12, 2015

Like I said malam tadi, hari ni aku ada aktiviti luar. Lawatan ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur. Jangan la fikir yang bukan-bukan, lawatan ni diatur khas oleh pengajar psikologi kelas aku sebagai hands on experience, selari dengan apa yang kitorang belajar kat kelas. Since aku in charge kelas untuk minggu ni, so banyak jugak aku rasa nak bebel kat sini. Maklum la, cakap depan-depan tak guna.

Lawatan ni dah dimaklumkan pada kitorang since the first Behavioral Science class lagi. Semester ni kitorang belajar pasal gangguan-gangguan psikologi. Cuma aku agak ralat sebab maklumat penuh untuk lawatan ni memang takde. Aku jenuh terkejar-kejar pengajar and driver nak arrange untuk perjalanan. Tentative program pun takde. Aku dah rasa yang trip ni akan jadi a bit disastrous.

Semalam aku dah pesan pada semua supaya berkumpul di tempat menunggu bas asrama depan surau pukul 6.50 pagi. Aku deliver message verbally through WhatsApp supaya semua orang dengar dengan jelas. Dalam hati aku dah teragak memang akan ada yang datang lambat. Message aku clear, berkumpul pukul 6.50 pagi. Tapi ada masih melenggang pukul 7 pagi. Ada yang BARU BANGUN!! Yang baik ngan aku pun buat perangai.

Aku bengang. Ada yang siap bangga lagi cerita yang pukul 6.40 pagi baru keluar toilet.

Pengajar dah tercangak-bangak kat kolej nun menunggu korang yang terlebih princess ni. Aku cuma malas nak 'bercakap' je, nanti ramai yang sentap. Ayat-ayat aku ni kalau kena kat batang hidung mau tarik muka lima-enam hari. Belum masuk lagi ngan kes cenderahati tertinggal kat kelas. Aku faham semorang penat dengan jadual semester ni, padat. Tapi please pay attention to things where it matters la. Room mate aku pulak tu yang tertinggal cenderahati tu. Adoi la. Since dia dah willing untuk bertanggungjawab, I'm okay with it.

Elok je 'puteri-puteri' ni sampai, kitorang pun singgah kolej untuk pick up pengajar and roommate aku. Berdesing je telinga aku kena sound sebab tak jawab call pengajar. Time aku sibuk, takde masa nye aku nak jawab call. Ko sendiri pun 2 hari aku call baru berjawab. Yang buat taik nye sekor-dua yang dok bersedap-sedap bergelak ketawa kat atas bas sana, aku yang ke hulu ke hilir mengurus ni yang kena tembak. Meh sini aku bagi korang barang sedas-dua, ada yang panas bontot sampai melecet kot. Nak sangat kalu, gitau je. Aku no hal bab memberi ni.

Done with the messy beginning, jalan sesak sepanjang nak ke KL. Nasib baik driver tu okey je, kalau tak ada yang sampai hospital and check in terus kat wad Psikiatri tu sebab kena 'sembur' dek driver. Sepatutnya pukul 8 sampai, kitorang jejak wad tu pukul 8.50 pagi. Menunggu untuk briefing, rasa uninvited pulak sebab matron tu maklum semalam baru diorang cari-cari surat permohonan kitorang. Aku rasa sikit sebanyak dah nak dekat skizofrenia. Dengan kelaparan, terkejar-kejar pulak cari simple breakfast dekat kedai runcit.

Selesai breakfast, kitorang berpecah jadi 3 group and naik ke wad. Segala beg, pen, alat-alat yang mungkin boleh jadi senjata kena tinggal kat bawah. Patients kat wad tu tak mengancam keselamatan secara langsung, but precautions perlu sebab potential untuk tiba-tiba nak jadi kisah tu memang ada. Masa mula-mula menunggu nak masuk ke wad memang berdebar. Ada 3 wad kesemuanya; wad pertama untuk wanita, wad kedua and ketiga untuk lelaki. Kebanyakan kes adalah disebabkan substance induced. Dadah kimia dah altered diorang physiologically, sampai diorang hallucinating.

Patients kat wad ni mostly active. Ada yang menyanyi lagu Negaraku, asyik dok tanya about Shah Alam, mentioned all previous Prime Minister's name. Ada patient yang perform exercise in front of us, with superb flexibility. Ada yang diam but look at us with extra vigilance. Ada yang simply walk in and out of a room, with expression yang aku susah nak terangkan. Yang pastinya, ada tempat untuk patients berkaraoke, sebab aku dengar suara menyanyi coming from a room not far from where we stand. Dari satu lagu ke satu lagu.

Group aku first were introduced to a patient lelaki Melayu,  yang dikatakan stabil and cooperative. Ntah macam mana datang pulak sorang lagi patient, Indian male and he simply invite us into conversation. Tinggal la patient Melayu tadi terpandang-pandang kitorang. Dia ada bertanya something pada group member aku tapi disebabkan takut, the girl didn't answer him. Aku recognized yang patients ni semua normal physically. Most of them are young.

Tak lama pun dapat bercakap dengan uncle ni. Dia cerita yang dia dulu kerja dengan Telekom as a van driver with wage of 1-dollar. Then dia jual pokok dalam beg (aku syak dia maksudkan anak pokok) and dapat 2 dollar. Tapi dia keje as lorry driver pulak, angkut timbers. Masuk hutan. However dia belajar melawak, sebab dia adalah joker. He has been a joker since 30 years ago. Tapi dia adalah music master, sebab dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai. Eh, jap, dia magician la sebab dia tunjuk magic tricks depan kitorang.

Pening kan? Ha, kitorang pun naik sewel sama.

Second patient whom I talked to was a young girl of 18. Dia stress dengan life. Dah 4 hari dia kat wad wanita. There's something about her that keeps nagging at me.. the way she talk. Dia appeared to be normal, but full of sadness. She was struggling with something. Aku tak nak prolong the conversation.

Ada juga sorang patient yang group member aku interview tadi made the headline a few days ago.. something about naked. Selebihnya tak ramai yang boleh diajak berborak, sebab semua under medications. Ada yang stupor. Ada jugak yang biasa kita tengok, berjalan mundar-mandir without clear reason.

Kitorang beredar pukul 12.30, plus or minus. Sampai semula di kolej pukul 1.30 tengah hari. Interesting trip, cuma pengurusan memang out. On my part, next time if I'm in charge again, aku akan usahakan yang terbaik.