Sabtu, 14 Mac 2015

Kali Ni Biar Sampai Relai

March 14, 2015

Tajuk tu semacam je bunyi nye.. kan? Aku bengang ni..


Aku ni memang la sangat tak berminat dengan gajet. Yang ada ni pun sebab aku nak mudah blogging, tapi aku rasa setakat ni takde la mudah mana pun. Kena pulak note ni jammed semalam, nak buat apa pun tak boleh. Elok-elok setahun lebih dok ada baju, amik ko.. aku togelkan je. Sampai mati sendiri aku biarkan. Hari ni baru aku cas. Nak sangat meragam kan. Elok-elok aku cadang nak trade in untuk cari telefon yang kecik sikit, terus batal niat. Biar aku pakai note ni sampai relai. Puas ati. Dah tak leh guna sok, aku hayun ke tong sampah je.

Minggu ni aku mood bercampur-aduk. Ada bengang (pasal badminton game management), ada gelabah nak test (neuro.. nebes okeh!), ada serabut sebab nak cuti (banyak subjek nak buat revision sekaligus).. aku terfikir pulak, aku ni keretakan jiwa ke? Adoi la..

Takpe la.. aku nak gi marinade ayam jap. Kot anak dara tj balik nak makan chicken chop ke, mana tau. Sekian rungutan hari ini..

Tiada ulasan: