Like I said malam tadi, hari ni aku ada aktiviti luar. Lawatan ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur. Jangan la fikir yang bukan-bukan, lawatan ni diatur khas oleh pengajar psikologi kelas aku sebagai hands on experience, selari dengan apa yang kitorang belajar kat kelas. Since aku in charge kelas untuk minggu ni, so banyak jugak aku rasa nak bebel kat sini. Maklum la, cakap depan-depan tak guna.
Lawatan ni dah dimaklumkan pada kitorang since the first Behavioral Science class lagi. Semester ni kitorang belajar pasal gangguan-gangguan psikologi. Cuma aku agak ralat sebab maklumat penuh untuk lawatan ni memang takde. Aku jenuh terkejar-kejar pengajar and driver nak arrange untuk perjalanan. Tentative program pun takde. Aku dah rasa yang trip ni akan jadi a bit disastrous.
Semalam aku dah pesan pada semua supaya berkumpul di tempat menunggu bas asrama depan surau pukul 6.50 pagi. Aku deliver message verbally through WhatsApp supaya semua orang dengar dengan jelas. Dalam hati aku dah teragak memang akan ada yang datang lambat. Message aku clear, berkumpul pukul 6.50 pagi. Tapi ada masih melenggang pukul 7 pagi. Ada yang BARU BANGUN!! Yang baik ngan aku pun buat perangai.
Aku bengang. Ada yang siap bangga lagi cerita yang pukul 6.40 pagi baru keluar toilet.
Pengajar dah tercangak-bangak kat kolej nun menunggu korang yang terlebih princess ni. Aku cuma malas nak 'bercakap' je, nanti ramai yang sentap. Ayat-ayat aku ni kalau kena kat batang hidung mau tarik muka lima-enam hari. Belum masuk lagi ngan kes cenderahati tertinggal kat kelas. Aku faham semorang penat dengan jadual semester ni, padat. Tapi please pay attention to things where it matters la. Room mate aku pulak tu yang tertinggal cenderahati tu. Adoi la. Since dia dah willing untuk bertanggungjawab, I'm okay with it.
Elok je 'puteri-puteri' ni sampai, kitorang pun singgah kolej untuk pick up pengajar and roommate aku. Berdesing je telinga aku kena sound sebab tak jawab call pengajar. Time aku sibuk, takde masa nye aku nak jawab call. Ko sendiri pun 2 hari aku call baru berjawab. Yang buat taik nye sekor-dua yang dok bersedap-sedap bergelak ketawa kat atas bas sana, aku yang ke hulu ke hilir mengurus ni yang kena tembak. Meh sini aku bagi korang barang sedas-dua, ada yang panas bontot sampai melecet kot. Nak sangat kalu, gitau je. Aku no hal bab memberi ni.
Done with the messy beginning, jalan sesak sepanjang nak ke KL. Nasib baik driver tu okey je, kalau tak ada yang sampai hospital and check in terus kat wad Psikiatri tu sebab kena 'sembur' dek driver. Sepatutnya pukul 8 sampai, kitorang jejak wad tu pukul 8.50 pagi. Menunggu untuk briefing, rasa uninvited pulak sebab matron tu maklum semalam baru diorang cari-cari surat permohonan kitorang. Aku rasa sikit sebanyak dah nak dekat skizofrenia. Dengan kelaparan, terkejar-kejar pulak cari simple breakfast dekat kedai runcit.
Selesai breakfast, kitorang berpecah jadi 3 group and naik ke wad. Segala beg, pen, alat-alat yang mungkin boleh jadi senjata kena tinggal kat bawah. Patients kat wad tu tak mengancam keselamatan secara langsung, but precautions perlu sebab potential untuk tiba-tiba nak jadi kisah tu memang ada. Masa mula-mula menunggu nak masuk ke wad memang berdebar. Ada 3 wad kesemuanya; wad pertama untuk wanita, wad kedua and ketiga untuk lelaki. Kebanyakan kes adalah disebabkan substance induced. Dadah kimia dah altered diorang physiologically, sampai diorang hallucinating.
Patients kat wad ni mostly active. Ada yang menyanyi lagu Negaraku, asyik dok tanya about Shah Alam, mentioned all previous Prime Minister's name. Ada patient yang perform exercise in front of us, with superb flexibility. Ada yang diam but look at us with extra vigilance. Ada yang simply walk in and out of a room, with expression yang aku susah nak terangkan. Yang pastinya, ada tempat untuk patients berkaraoke, sebab aku dengar suara menyanyi coming from a room not far from where we stand. Dari satu lagu ke satu lagu.
Group aku first were introduced to a patient lelaki Melayu, yang dikatakan stabil and cooperative. Ntah macam mana datang pulak sorang lagi patient, Indian male and he simply invite us into conversation. Tinggal la patient Melayu tadi terpandang-pandang kitorang. Dia ada bertanya something pada group member aku tapi disebabkan takut, the girl didn't answer him. Aku recognized yang patients ni semua normal physically. Most of them are young.
Tak lama pun dapat bercakap dengan uncle ni. Dia cerita yang dia dulu kerja dengan Telekom as a van driver with wage of 1-dollar. Then dia jual pokok dalam beg (aku syak dia maksudkan anak pokok) and dapat 2 dollar. Tapi dia keje as lorry driver pulak, angkut timbers. Masuk hutan. However dia belajar melawak, sebab dia adalah joker. He has been a joker since 30 years ago. Tapi dia adalah music master, sebab dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai. Eh, jap, dia magician la sebab dia tunjuk magic tricks depan kitorang.
Pening kan? Ha, kitorang pun naik sewel sama.
Second patient whom I talked to was a young girl of 18. Dia stress dengan life. Dah 4 hari dia kat wad wanita. There's something about her that keeps nagging at me.. the way she talk. Dia appeared to be normal, but full of sadness. She was struggling with something. Aku tak nak prolong the conversation.
Ada juga sorang patient yang group member aku interview tadi made the headline a few days ago.. something about naked. Selebihnya tak ramai yang boleh diajak berborak, sebab semua under medications. Ada yang stupor. Ada jugak yang biasa kita tengok, berjalan mundar-mandir without clear reason.
Kitorang beredar pukul 12.30, plus or minus. Sampai semula di kolej pukul 1.30 tengah hari. Interesting trip, cuma pengurusan memang out. On my part, next time if I'm in charge again, aku akan usahakan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan