May 11, 2015
Salam. Dah lama betul aku tinggalkan blog ni sampai naik sawang. Seingat aku sejak-sejak Note aku ni meragam.. memang aku tak jot down apa pun kat sini.. sampai la skang ni. Walhal dalam tempoh tu bukan main banyak lagi cerita.
Cerita 1: Repair/ Format Samsung Note 8.0
Yang ni pun dah satu kisah. Aku hantar ke satu kedai di Giant Hypermarket Batu 9, sebab dekat dengan rumah. Dia issue satu resit, and inform yang dia akan call untuk let me know what went wrong with my Note. After a week, aku rimas sebab still belum ada apa-apa perkembangan. Bila aku call, orang kedai cakap still tengah nak tengok apa yang tak kena.
Another week passed, still nothing happened. Finally aku panas hati, aku call kedai tu and informed them not to do anything to my Note. Aku akan ambil semula. Kat mana aku nak sodok mende alah ni untuk repair belakang kisah. 2 weeks with nothing, and bila aku ke kedai pun macam tak nak layan.. enough is enough. Aku passed the Note pada En. Noor, biar dia yang handle. Laki aku setakat ni membuktikan kearifan dia tentang mental state bini dia ni.
Tau kat mana dia hantar? Pandan City kat Johor. Kitorang panggil pasar borong, but I think you could find almost anything here. Selasa En. Noor hantar (malam lepas habis kerja. Nak redah Imegresen keluar dari Singapore tu letih oii..), Khamis malam dia pick up semula. Deposit RM50 tu je la yang dia bayar pun. No extra charge. Bila aku dapat balik, dah malas la nak bukak internet. Lama kot cuti. Flaccid!!
Cerita 2: Mid-Term Break
Cuti pertengahan semester seminggu. A few week before this break, makcik roommate aku passed away. While it is normal to cry when you lost someone dear, aku realize something. Time waits for no man. Aku sedar lately ni aku bertangguh-tangguh nak balik jenguk Mak ngan Abah di kampung. Bila roommate aku story yang dia dah janji nak visit makcik dia tapi tak kesampaian, aku pejam mata.
Angkut Safiyyah, aku balik Selama. Alkisahnya aku angkut jugak buku beramai-ramai memeriahkan bonet kereta tapi setakat tu je la fungsinya. One thing yang aku memang totally tak anticipate was that cuaca kat kampung masa cuti tu sepanas-panas tidak. Siang hari kitorang anak-beranak pakat dok kat bawah pokok sawit, sebab kat situ je yang rasa agak kurang bahang. Yang anak aku tu ko toksah tanya. Orang tak pernah jumpa kebun sawit, sampaikan celah-celah pokok ubi kayu pun dia main cak-cak ngan aku.
Balik semula ke KL, sampai ke sudah tak study. Panas bahang buat aku ngan Safiyyah naik bingung. Satu tahap aku mengamuk bila Safiyyah meragam. Runsing kan anak, runsing kan periksa yang dah dekat (aku masuk balik lepas cuti, gap seminggu then exam). Ei macam-macam la!!
Cerita 3: Formative
Zaman aku dulu orang panggil Peperiksaan Pertengahan Semester. Aku balik ke hostel je, Jumaat petang tu kak Ros WhatsApp bagitau Safiyyah demam. Aku yang baru dok tune kepala nak exam, terus blank. Dalam kepala aku cuma dok nampak Safiyyah je. Even though akak tu dah bawak gi klinik, aku tetap runsing. Ended up aku tak study weekend tu. Aku just dapat buka buku Ahad malam lepas hantar En. Noor ke TBS.
Menggagau la aku menjawab masa exam tu. Pengajaran paling besar yang aku dapat masa tu was that aku tak sepatutnya dengar cakap-cakap orang but instead study my way through as usual. Ramai yang spot soalan, aku terikut sama walhal sebelum ni even aku tak study pun still aku takkan spot. Bahananya, yang aku left out tu la yang keluar. You gain experience through the hard way.. then only you appreciate what came your way.
Result aku caca-marba. Failed a subject: Muskuloskeletal. Even the marks was close to pass, still aku sucks. Pengajaran okeh. Now I'm back to the way I used to study. Pedulikan environment kelam-kabut orang lain. Carry on with my thing as usual. Aku doa sangat-sangat exam final ni aku passed everything. Yang penting aku tak reseat paper, tak nak repeat semester. Time is closing in. Aku kesiankan Safiyyah and En. Noor.
Setakat ni je dulu warm up story aku. See if aku boleh recall things accordingly. Till then, thanks for reading.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan