March 11, 15
Semalam untuk julung-julung kalinya dalam hidup aku, dengan SENGAJA aku tinggalkan kerja separuh jalan. Aku keraskan hati, pekakkan telinga, butakan mata. Gini kisahnya. Aku volunteer untuk jadi AJK Peralatan di bawah Gerakerja Sukan untuk program aku. So gerakedja ni dah anjurkan pertandingan badminton. As AJK Peralatan, aku yakin benar tugas aku adalah berkait rapat dengan keperluan-keperluan peralatan untuk pertandingan SAHAJA.
Tah mana datang idea diorang ni semua, tugas aku di cantum jadi AJK Peralatan cum Logistik. Jadahnya kan? Daripada tugas aku untuk sedia tempat and peralatan, dah beralih jadi tukang sedia bancuh air. Semua jenis persediaan nak bancuh air aku yang kena sedia. AJK Makanan aku suruh tanya kalau nak order air setong berapa harga, bukan main liat lagi. Suruh bincang dengan pengajar pun payah.
Dah tau air kena bancuh, nape ko tak awal-awal pesan pada aku supaya beli semua barang yang perlu? Bekas nak isi air pun takde, air tudah satu kerja pulak nak diangkut ke sana sini. Aku ikutkan je, beli gula 6kg. Paper cup pun nak paksa aku jugak, walhal ada AJK lain yang kebetulan keluar ke bandar hari Isnin. Nape tak minta tolong? Sebab dah tau orang tu takkan layan ko kan? Aku ni jugak ko nak kuli kan.
Aku try mintak tolong dengan budak senior untuk order air setong sebab aku dapat tau harga air tu x mahal mana. Pengajar sendiri yang pergi jumpa and pesan pada budak tu untuk order. In the matter of two hours semua settle, tinggal nak bayar je, pun still bising-bising. Ikutkan baran aku, mau je aku carutkan ko depan-depan tu bila ko datang dok sergah-sergah aku. Sibuk sangat dengan ais satu beg RM4 tu. Meh sini aku bayar.
Pengerusi Perwakilan Pelajar pun tak guna. Dah tau ada dilemma macam ni just buat bodoh. Senang cerita aku decide untuk tak datang petang semalam. Lantak situ korang ada air minum ke tak, korang ada kerusi meja ke tak, aku tak peduli. Mampus korang. Baik-baik aku caring, buat keje, korang pijak kepala. Kali ni aku buat kepala sendiri. Tengok apa korang nak cakap.
Aku dengan happy balik, mandi, rendam baju, baca nota, lelap. Bila bihun sup sampai, aku makan kentang-kenyang, then basuh baju. Pastu sambung baca buku. Pukul 9 malam aku tido. Pagi ni aku datang dengan feeling selamba. Bagus kan? Aku rasa ada baiknya aku teruskan attitude macam ni. Korang yang gila nama ni please carry on. Nanti kalau korang berubah dah takde orang tamak kuasa pulak.
Sekian la umpatan aku untuk hari semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan