May 28, 2015
Hari kedua aku dengan budak-budak kelas menjadi sangat sangap. Isnin hari tu masih exam, OSPE II. The next day aku involve dengan exam OSPE III. Semalam aku dah mula jadi blur, sebab macam semester lepas, sementara nak menunggu keputusan keluar, kau masih lagi kena pergi ke kolej. Cuma kau bebas untuk buat aktiviti sendiri. Jom aku cerita pasal exam sikit, nak? Mana la tau kot-kot ada yang tersesat baca blog aku ni yang nak seat for exam, boleh kasi tambah gabra. Hahaha..
Isnin (18/05/2015) Day #1
Sejak result mid-term exam keluar, aku serabut perut memikirkan kenapa aku tak boleh menjawab dengan mudah. Wait. Aku jawab mengikut apa yang soalan nak, tapi tak memenuhi kriteria pemeriksa. So markah aku tak berapa cantik. Yang paling best, peperiksaan akhir semester dimulakan dengan paper yang paling membuatkan hidup aku kelam-kabut; Neuroscience. Even though lecturer dah buat latih-tubi dengan kelas kitorang, still aku tak rasa aku mampu hafal semua perkara dalam masa yang singkat. Aku yakin yang aku dah totally pay attention dalam kelas but that doesn't guarantee yang kau akan simply pejam mata and jawab which in the end kau get the result with flying colours.
Tapi aku usahakan juga. Kali ni aku study ikut kemampuan aku, bila letih aku lelap sekejap. In the end, soalan yang keluar adalah semua topic yang aku baca pada pagi hari exam. Agak sedikit lega di situ.
Selasa (19/05/2015) Day #2
Paper Cardiorespiratory. Aku notice yang aku kurang pay attention pada paper ni. Bukan ambik mudah, but aku lebih pay attention pada paper yang aku rasa terlampau buat kepala aku serabut. Another factor is that lecturers yang ajar paper ni mostly cool. Paksa belajar tetap paksa cuma dia tau student ada banyak lagi subjek yang nak ditelaah. Disebabkan ada give and take di situ, maka aku sikit sebanyak dah take this paper for granted. Macam hari sebelumnya, soalan yang keluar adalah daripada topik yang aku dah study pagi tu. At least, aku still ada a little hope.
Rabu (20/05/2015) Day #3
Ni paper yang aku serabut. Mid-term result aku untuk paper ni fail, even just slight marks, but still.. failed. Aku baca, baca, baca dan baca sampai rasa nak muntah. Soalan yang aku attempt masa latih-tubi memang gila bahabs punya susah, ni kan pulak la soalan untuk final. Tah mana dicekau fact yang dia guna untuk buat soalan pun aku tak tau. Jenuh aku kelebet Tortora tu, dah naik lunyai dah pun. MCQ paper, maut punya susah. SEQ still boleh tarik nafas lega. Aku teragak untuk discuss dengan budak-budak kelas yang selalu datang awal pasal topik ligament and tendon healing, bone fracture healing. Tu memang wajib masuk setiap semester. Pain physiology pulak masuk soalan pasal referred pain. Gila woih, aku baca ala kadar je. Sekali soalan tu 5 markah, ko nak taram apa wei?
Khamis (21/05/2015) Day #4
Hari ni aku seat exam for 2 papers okay. Paginya aku seat for Professional Development, petang pulak seat for Behavioral Science. Untuk pagi aku still tarik nafas lega. Yang petang aku macam terkedu sikit. Apa yang aku baca missed slightly. Masih boleh jawab, tapi nak target A memang payah la. Aku dapat B+ pun dah syukur. Balik ke bilik dengan harapan nak study paper untuk esoknya.
Jumaat (22/05/2015) Day #5
Last paper bertulis. Kinesiology. MCQ lagi sekali membunuh. Scapulothoracic rhythm yang aku dok hafal and fahamkan selama ni diputar-putar sampai aku pun tak tau nak jawab yang mana satu. Posture pun sama. Masa topic lower limb, aku pernah attempt soalan tu tapi kali ni dia punya twist sampai kepala aku pun naik twist. Tricep suree pun ditanya jugak. Cuma topic gait je yang aku rasa confident, sebab aku menghafal macam nak rak. Soalan SEQ, senyum. Mau tidak, dipaksa-paksa hafal phase in gait, sekali keluar soalan yang lebih kurang macam yang dia pernah suruh kitorang jawab dalam kelas. Kurang-kurang 10 markah dah ada dalam tangan.
Isnin (25/05/2015) Day #6
Last exam, OSPE II. Aku serabut, ada 3-4 station yang aku jawab ntah hape-hape. Tawakkal je la.
Sekarang ni menunggu keputusan dengan penuh berdebar-debar. Doakan la aku berjaya kali ni. Tak sabar nak habiskan baki 2 tahun lagi. Eh, nanti-nanti aku tulis lagi la. En. Suami call. Till then.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan