June 27, 2014
Today is Friday, and I just started my leave.. unofficially. On 23rd hari tu, sorang kerani kewangan lapor diri. Punya la lama nak dapat sorang kerani kewangan, in the end time aku dah nak keluar baru la ada orang yang datang ganti. Seriously teruk. So hajat aku nak habiskan baki cuti terbantut. Aku plan nak habiskan menjahit baju, rehat and prepare perkara-perkara yang patut aku bawa. So, burn la Isnin aku.
Selasa, En. Noor cuti. Nak mintak dia tukar cuti suka-suka pun tak boleh, sebab next week dia akan cuti untuk hantar aku lapor diri. Make do la dengan whatever is coming your way, sebab bukan semua benda akan ikut kehendak kita. Why not cuba cari jalan nak ke Sungai Buloh.. as it was aeon ago since the last aku familiar dengan kawasan tu. En. Noor setuju je, laki aku kuat berjalan okeh.
Kitorang masuk ke PLUS, sebab aku dah tak ingat jalan nak ke Sungai Buloh through Bandar Sri Damansara lagi dah. Turns out tempatnya mak aih jauh ke dalam after the Sungai Buloh exit okay. Padahal kalau aku balik dari kampung, sebelum sampai Jalsn Duta, korang akan nampak Hospital Sungai Buloh sebelah highway je. Tipah tertipu okeh. Done for Tuesday.
Rabu baru masuk gaji. Finally!! Aku nak buka akaun RHB. Jadi la insiden yang tak best, RHB-Easy kat Bandar Tun Hussein Onn tak bagi aku 'simply buka akaun'. Aku kena bawak surat untuk diorang nampak purpose nak buka savings account. Sebab? Tak nak orang salah guna akaun for money laundering. Hoih! Cadbury betul! Ko ingat aku ni banyak sangat duit nak tabur sana-sini? Kalau tak perlu, aku tak kejar nak bukak akaun la Dol! Abis sepanjang jalan nak balik umah aku carutkan orang. Kalau korang nak gi outlet tu, beware la kat officer dia yang kurus kering, pakai spek tebak, muka serabut.
Petang tu aku ke Giant Batu 9, kat situ ada lagi satu RHB-Easy. Bila tanya boleh ke buka akaun (kali ni aku bawa semua surat okeh. Ko nak sangat tengok kan?), budak tu (comel okay, nama dia Hakim) cuma minta IC je. Hoh, kalau tau, takde la aku buat dosa mencarut tengah hari tadi. Aku ni sejak setahun dua ni asik la buat dosa mencarut kat orang. Siap akaun, amik Safiyyah and straight away menuju ke The Mines. Purpose: nak beli kasut Safiyyah.
Siap beli kasut, kitorang ni gi la food court kat The Mines tu. Ada stall yang jual nasi campur. Mahal gile bab*s okeh. Laki aku punya cuma nasi putih, 2 jenis sayur. Aku punya nasi putih, ayam and sayur. Total RM12. Komplen? Tak boleh. Laki aku sound, "nak makan kat luar kan? Terima je la apa yang ada". Yes boss!! Air kopi Jantan and teh O ais, RM4.70 pulak. Fine. Done for Wednesday.
Semalam, keluar dengan member. Aku nak ambik depo injection, tapi nak ke Mediviron adalah sesuatu yang menguji kesabaran. Ramai orang. So aku ke an-Nur. Mahal sungguh!! Kat Mediviron aku kena RM35 je, kat sini RM70! Cekik darah. Malamnya pulak aku minta En. Noor teman aku beli contact lens. Tah hape la mimpi laki aku skang nak tengok aku pakai contact lens balik. Done for the day.
Hari ni belum habis. Jadi thats it for the second part. Ciao!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan