June 6, 2014
Pagi-pagi lagi pejabat aku dah panas. Actually aku dah predict dari semalam.. nope, a month ago. Office-mate aku sibuk, dah nama pun anggota. Pegawai aku pun sama, dan nama pegawai. Masing-masing jarang bertemu muka, satu hari akan timbul isu. Jadi aku yang kerani ni yang setakat ala kadar sibuknya, puas memerhati apa yang jadi sekeliling aku, sejak dari mula aku kerja di sini, sampai la saat aku akan bercuti mulai bulan depan.
Semalam office-mate aku cuti, memang dia dah maklum awal yang dia akan cuti. Aku pun takde masalah dengan hal ni. Dah kau ada cuti, layak untuk bercuti, aku ni sape nak menghalang? Ye tak?
Isu mula timbul petang semalam, bila officer aku masuk ke bilik aku dan mula bertanya tentang paperwork yang dia arahkan office-mate aku ni siapkan. Since unit aku consists of aku ngan office-mate aku, delegation dah menetapkan aku dan dia ada kerja masing-masing. Aku takkan kacau kerja dia, dan dia takkan kacau kerja aku. Bila perlu, masing-masing boleh bagi pertolongan.
Since aku tak tau pape, officer aku ni pulak dalam heated note mengatakan yang si office-mate aku ni cuti sebab nak pergi shopping dengan sorang lagi budak office kat admin. Well, aku tak nafikan yang budak berdua ni memang suka berjalan and kaki shopping, tapi office-mate aku cuti sebab anak dia demam. Setakat yang aku tau dan ambil maklum, itu je. Aku tak kuasa nak ambil tau lebih.
Makanya terpinga-pinga la aku bila dikatakan yang office-mate aku ni dah menipu, alasan nak bercuti sebab anak demam tapi sebenarnya bershopping. Bila aku tanya mana pegawai aku ni dapat tau, dia cuma hint, "ada la sumber saya yang maklumkan". See? Mulut orang. Lagi satu, budak-budak ni pun suka sangat nak share macam-macam dalam WhatsApp office. Aku selalu cakap, sesuatu yang convenience tu akan turn out to be double edge sword. Ada lagi sorang budak, BFF office-mate aku ni dah share gambar makan aiskrim kat situ, so makin menjadi-jadi la suspicion tu. Aku dah mula pening. Isu lama yang nyaris buat aku SKIZOFRENIA belum abis, timbul lagi satu.
Pagi ni si office-mate aku ni dah kena sound dalam roll call.. dikatanya office-mate aku ni menipu anak sakit walhal nak pergi shopping. Mana la kawan tak tersinggung, hal berkait nyawa anak tapi dituduh macam-macam. Aku yang sekadar pemerhati pun ditanya macam-macam. Timbul pulak lagi satu cerita, ada sorang kakak yang dulu pernah kerja kat office aku ni datang semalam nak ambil barang dia yang masih ada, dah sebar cerita pasal office-mate aku pergi shopping. See? Again, mulut orang.
Sebab mulut orang la kat tempat kerja aku ni kelam-kabut, caca-marba, timbul banyak fitnah dan menyebabkan ada yang saling bermasam muka. Aku tak suka macam ni, tapi dah nama pun dunia akhir zaman, mengadu-domba bukan lagi satu perkara yang asing, kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan