Jumaat, 13 Jun 2014

PialaDunia..danBotak

June 13, 2014

Pagi-pagi tadi dah mula Piala Dunia kan? Aku bukan la peminat hardcore bola sepak, tapi kalau sekadar nak tengok, enjoy sama dengan Abah, Amin, dengan yang lain-lain, takde masalah. Lagi untung, En. Noor pun bukan berminat sangat dengan sukan, apatah lagi bola sepak. Takde la sewel aku time Piala Malaysia. JDT kalah ke menang dia tak heran. Tapi kalau dah sedara-mara datang menjengah nak tengok bola sesama, kitorang join je. Pe de hal, janji dapat Nescafe sorang secawan sudeh.

Aku ingat masa aku belajar dulu (aku pernah juga masuk U kawan-kawan, tapi disebabkan otak aku ni bengap, maka separuh jalan je la), pernah juga aku gila tengok Piala Dunia. Ala, zaman Piala Dunia yang ada Ronaldo tinggal sejemput rambut kat depan kepala tu. Kalau yang buat tu budak-budak, boleh la tahan.. bila orang tua yang buat, hah, buruk gila kau! Tapi tumpuan aku adalah kepada player Juventus yang main dalam Piala Dunia masa tu.. sumpah tak ingat nama. Aku ingat muka dia je, hensem. Dia BOTAK.

Omaigod.. botak okeh, BOTAK!!

And aku sangat obses melihat orang yang botak. Tatau kenapa, tapi aku suka tengok. Ni masa aku bujang la. Kena pulak orang yang botak tu ada janggut sejemput, adoi la, berkenan betul! Sampai sekarang masih lagi suka.. tapi dah tak usha orang lain la. Suamiku yang sungguh baik dan penyabar tu sanggup memenuhkan keinginan bini dia yang tiga suku ni nak tengok dia botak sambil ada janggut. Memula aku tak boleh nak imagine cemane la rupa laki aku kalau botak. Ye la, dia kat Ulu Tiram, aku kat Cheras.

Sekali jumpa, hamik situ!! Setengah jam aku merenung dia dengan kepala botak dia kat mapley dalam Larkin Sentral tu. Murtabak yang selalu menggiurkan depan aku tu pun aku tak heran. Serious, aku memang tabik SPRING kat laki aku okeh, apa saja janji bini puas hati. Nasib la, bang..

Telah lama berlalu.. tapi aku berminat nak tau sapa la yang akan menang Piala Dunia kali ni..

Tiada ulasan: