Khamis, 5 Jun 2014

PasarMalam

June 5, 2014

Rajin pulak aku ke pasar malam skang ni. Guess what? Pakcik jual nasi beriani yang aku berkenan sangat tu berniaga! Elok En. Noor nampak je, terus dia cuit aku. Masa aku sampai kat stall dia, nasi dalam periuk tu dah tinggal tak berapa sangat, walhal orang yang dok beratur depan dia kemain lagi. Kalau korang tengok pakcik tu ngan anak dia mencedok nasi dengan lauk, mesti gerun. Tak main sukat ye, hentam saje. Yang penting nasi tu harus la hampir penuh polisterin. 

Lain dari tu, aku jugak beli daging sekilo. Gila makan daging aku ngan En. Noor sekarang kan? Maklum la, dah selalu makan ayam, muak. Ikan pun nak pilih-pilih jugak, bukan boleh main sauk je. Kang dapat yang dah berapa minggu punya, baru bernanah telinga kau kena syarah. Beli sayur sikit, cili sikit. Ni la hasil ke pasar malam Tun Perak baru ni:


Aku tak tau korang pernah jumpa buah ni ke tak, tapi ni peria katak. Special, Bangla mari!


See? Peria katak bersama peria katak. Aku tak tau la nape aku ketagih mende alah cani pulak dari mengandung Safiyyah sampai sekarang.


See? Tak cukup peria katak, putik bunga betik ni pun jadi aku buat ulam. Padahal rasa dia, PAHIT ya ampun! Still, pahit tu tak menghentikan rasa ketagih aku pada ulam macam ni.


Ni nasi En. Noor - beriani lawan dengan ayam masak merah.


Yang ni aku punya. Nasi tomato dengan kurma daging. Actually nasi dia simple je, takde la elaborate sangat tapi disebabkan rasa dia, and level pemurah dia, aku tak pernah dapat beli nasi dia kalau aku sampai lepas pukul 7. Kali ni aku sampai pukul 6.30 okeh, nasi dia dah tak sampai sebesen kecik. Lauk pun bukannya banyak, dua tu je. Tapi orang beratur.. hmmmm.

Sekian la laporan pasar malam oleh Salina untuk anda pada kali ni. Ditaja oleh: En. Noor dan Nur Safiyyah.

Tiada ulasan: