Jumaat, 13 Jun 2014

SesiLuahanPerasaan

-Aku teringin nak cuba auto publish mode-

Kadang-kadang bila aku buka FB, kat news feed macam-macam yang aku nampak. Ada yang post jiwang, ada post dakwah, ada post mencarut, ada post berapi, ada post provokasi. A few times, aku sendiri akan post status yang panas, sometimes post sedih, sometimes share something yang aku rasa useful untuk diri sendiri. Kalau dulu aku memang tak boleh nak telan apa yang orang tulis pasal aku, tapi lately ni aku rasa macam dah cool down pulak. Cuma kadang kat luar aku berapi jugak la.

Aku tak salahkan pejabat dan orang-orang sekeliling pasal mood changes ni. Cuma kadang tu bila aku fikir dan renungkan balik, aku terasa sungguh yang aku ni always being taken for granted. Orang guna bila perlu. Humans have their own limit. Aku ada had aku sendiri. Selalu sangat bila aku dah terasa yang aku close to reach the limit, aku akan send warnings secara luar sedar pada orang sekeliling supaya masing-masing beringat - aku beringat supaya lebih sabar, orang sekeliling supaya jangan melampau batas.

I'm a human, and by nature, a human is never perfect. 

Jangan fitnah aku dengan cakap yang aku ni panas baran dari sekolah sampai dah beranak-pinak. Yang kenal aku betul-betul luar dalam cuma ahli keluarga je. Orang lain cuma kenal aku secara luaran je. Aku tak pandai nak berkawan masa sekolah. Orang lain masa sekolah ada clique sendiri, aku always lone ranger. Ke mana-mana pun sendiri, urusan apa-apa pun sendiri. Aku tak pandai sebab aku malas nak fikir lebih-lebih, bila masa bergurau lebih sampai tersinggung, nanti bermasam muka. Aku tak suka. Jadi it's better to stay alone. Yang penting aku tau hormat orang.. ye, hormat yang datang dengan sendiri. Bukan paksa-paksa.

Even waktu kerja pun sama. Socializing is important, but not everything aku willing nak share. Particularly personal life aku. Macam mana aku tak suka nak intrude orang punya life, macam tu jugak aku tak suka orang redah je life aku. Bila aku berkawan, aku kawan sungguh-sungguh.. bukan sekadar bila perlu je. Aku dah biasa dengan situasi orang kenakan aku, cantas aku sebab rasa tak puas hati, or simply guna sebab sometimes I can useful to those yang tau cara nak gunakan aku. Gosh, benda ni semua akan jadi dalam cycle, and it will keep repeating itself. 

Please, aku jarang nak komen lebih pasal orang lain, sebab bila aku tunding satu jari pada orang, nanti ada empat lagi jari yang menunding semula pada aku. Tapi jangan la kerap sangat getting on my nerve. Macam pagi ni, pegawai sorang ni datang dari sebelah kanan aku - within 5 meters. Another officer lalu betul-betul dekat sebelah kiri aku. Since aku baru nak keluar bilik, aku tunggu pegawai-pegawai ni semua dekat, baru aku tegur. Out of blue, orang yang datang dari sebelah kanan ni sound aku lepas dia tegur selamat pagi pada aku and orang yang datang dari kiri aku.

"Cik, lain kali kalau nampak pegawai kanan lalu tu tegur je la. Jangan segan-segan." Sarkastik sekali! Sebab aku lambat a few seconds untuk tegur dia? Semata-mata?

Dulu aku tak kenal pegawai ni, tak tau nature dia macam mana. Banyak kali je dia bercakap dengan aku guna nada sarcastic, tapi aku simply take positive. Cuma lately memang kerap sangat aku dan orang di unit aku kena sound untuk mende yang simple macam ni. Macam kitorang ni bodoh sangat. Bila in charge aku sendiri define maksud tone suara dia pada aku, baru aku faham yang si smurf ni sedang perli aku. Omaigod!!

See? Aku ni punya la slow, sampai tahap orang perli pun aku tak perasan dan tak ambil pusing.. simply sebab aku tak suka nak marah. Sehabis boleh aku nak go through a day without any confrontation, tapi susah sangat la. 

Macam ni la, aku tak pernah pun komen keji kat korang - sebab aku tak tau life korang macam mana. Aku tak hidup dalam masa silam, and the world is not revolving around me and my matters. So please next time komen aku bila korang betul-betul kenal aku..

Thanks. Your understanding is very much appreciated. (aku tak sengaja skipping london. eh.)

Tiada ulasan: