June 10, 2014
Aku rasa dah sampai limit sekarang ni.. fikir punya fikir, still jugak aku tak boleh nak buat keputusan. Nape eh susah sangat nak buat keputusan neh? Padahal dulu bukan main lagi aku gamble sebarang je. Mentang-mentang la aku pattern senang dapat kerja (ya ampun, riak sungguh!!). Mungkin aku patut bercerita jugak macam biasa. En. Noor cakap, aku kalau tak membebel sehari, nanti mesti aku sakit (sungguh kureng sekali kan? Ko nak hint yang aku ni mulut murai la eh, bang?).
Kisahnya begini. Last year aku menghadapi situasi yang sangat tak menyenangkan kat opis, disumbangkan oleh pelbagai punca termasuk la kap-lam-ya-nga paranoid kat tempat aku neh. Tradisi kat tempat aku, APC tak diberikan berdasarkan merit kerja sebaliknya based on seniority. So last year sampai la turn aku. Tapi aku kan WANTED, so jangan berangan la nak APC kan? DICANTAS, okeh! Dapat la kat adik ipar aku (ye kawan-kawan, adik ipar aku satu opis.. tu kisah yang lain). Dah bukan rezeki, nak pulak dapat kat ahli keluarga gak, aku tak la marah. Cuma aku frust, aku ni orang memang tak nampak melainkan time nak maki sebab ada yang tak kena kat mata diorang. Untuk lepaskan frustration ni, aku dengan penuh gatal mengisi borang kat SPA.
LATIHAN SEPARA PERUBATAN. 5 PILIHAN.
Aku tak ingat sangat exact date aku isi borang ni, dalam bulan 8 macam tu. Tapi bulan 10 aku dipanggil untuk interview bagi kesemua 5 pilihan yang aku isi, of which resulted in aku terpilih sebagai calon simpanan untuk Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi. Takpe la, dapat panggilan interview tu pun dah cukup mengubat hati yang tengah berbulu dengan opis masa tu. Mau tak, aku perlu certain documents untuk dibawa masa interview, and those documents hanya boleh diperolehi dari Bukit Aman. When it concerns Bukit Aman, dah tentu la orang tempat aku pun akan tau. Kecoh sekejap masa tu. Puas hati aku.
Belum ada rezeki nak sambung belajar, aku move on je la. Alih-alih bulan 4 hari tu aku dapat panggilan interview lagi, kali ni untuk 2 post je. Prepare macam biasa, cuma kali ni En. Noor takmo aku frust kalau tak dapat, dia counter offer; if still belum ada rezeki nak sambung belajar, mungkin dah sampai masa untuk tambah family member kot. Gitu. Terus aku blur masa interview. Jangan la diikutkan perangai aku ni; orang kalau pergi interview akan jawab soalan interviewer, tapi aku pulak elok dah jawab soalan, aku pulak yang bertanya soalan. Tak ingat apa yang buat aku bertanya soalan. Orang tu pun terkejut, tapi dia dengan penuh toleransi jawab juga pertanyaan aku.
Dah rezeki kan. Aku tak la berharap sangat, cuma tertunggu-tunggu keputusan sebab at the same time tengah move on dengan planning nak tambah anak (kalau la korang boleh tengok, tak lalu kot nak menonton tahap gedik aku terhadap En. Noor. Mujur sangat la pakcik tu dah immune. Kalau tak..). Tak tau nape aku tak proceed je, still nak tunggu result interview. Sekali dapat, ha, amek kau!! Nak sangat kan?
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan tu tak dapat pun aku tak kecik hati, sebab masa interview hari tu aku diberi pilihan sama ada nak Latihan Jurupulih Perubatan Anggota atau Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku pilih, cuma aku tak bajet sungguh yang kod 4533 tu pun akan keluar sama. Elok-elok aku nak berjimba, terus jadi mood dilemma. Haru sungguh!!
Aku percaya kalau korang kat tempat aku pun, korang akan rasa mende ni jugak; masa dapat result and terpaksa buat pilihan ni la korang akan dengar macam-macam cadangan and komen. Sometimes yang memberi komen tu sungguh annoying, level kau rasa nak je capai cellotape and sealed those mouths. Tapi mostly aku berterima kasih jugak dengan komen-komen tu. Siap ada yang cadang aku ambik je Latihan Penolong Pegawai Farmasi tu sebab aku tak SESUAI nak jadi jurupulih. Alasan? AKU GARANG & TAK PENYABAR.
Hoih!! Sedap anak tekak korang mengata aku eh. Pulak tu aku kat depan lubang idung korang je neh!! Aku jadi garang dan tak penyabar ni sebab perangai orang-orang kat sini jugak. Korang pernah ke tengok aku masa kerja private dulu? Setakat kena carut, caci, maki dengan customer, aku takde hal. Tapi disebabkan perangai sekor-sekor kat opis ni yang macam hantu (bukan semua ye), sabar aku pun ada had okeh. Benda yang tak boleh nak dibolehkan, yang tak ada nak diadakan, sebab nak kipas bontot orang atas, mau kau tak jadi macam aku?
Tapi semua tu dah tak menjadi gangguan yang menyeksa jiwa lagi. Sekarang ke'terpaksa'an membuat pilihan ni yang menjadikan aku mengalami gangguan mental sementara. SENGSARA!! Yang manakah satu harus aku pilih? Apakah yang aku harus buat? (kalau korang cakap istikharah, meh sini nak habaq skit, aku RD ye. Sila bersabar). Any idea, anybody?
1 ulasan:
RD tu ape ek?
Catat Ulasan