Isnin, 27 Oktober 2014

Deepavali

October 26, 2014

Pejam celik je, hari ni dah last day untuk Deepavali holiday. Aku still rasa tak puas luang masa dengan anak and suami. Alkisahnya cuti kali ni aku nak study, tak banyak, sikit pun jadi la. Rupanya perancangan Allah tu lain. Aku memang ada rasa serabut perut, sebab lepas cuti Deepavali ni ada seminggu je gap before final exam. Ada pengajar yang plan nak buat revision class, aku sendiri study sikit-sikit, mana yang boleh.

Astro
Cuti adalah masa aku nak menonton TV kat rumah, but apparently Astro punya service really totally SUCKS. Every channel yang aku frequent semua tak boleh nak tengok, alasan hujan - so service currently unavailable. Kalau sehari je takpe gak, ni dari malam mula aku sampai rumah until today. Mentang-mentang la aku dah contact Astro untuk terminate account, so service yang aku dapat adalah hampeh. Gitu?

Traffic Congestion
Wow, seriously dah lama betul since the last I used this terminology. Maklum la, dulu belajar business. Kena guna logic akal untuk study business. Well, let's put it aside. Masa nak balik hari tu tak la congested sangat, tapi malam ni aku tak jamin jalan lapang atau tak. Ada yang ambil tambahan cuti, macam aku. Harap-harap malam ni jalan lancar.

Safiyyah
Ini la main observation subject dalam rumah aku sekarang. Keletah anak yang sorang ni boleh buat kau gelak, and sometimes kau boleh naik angin. Aku admit one thing, I'm not a patient mother but I love my daughter. So much the love till I reached a decision to leave her in the care of my parents during my studies. Something necessary in my view, sebab Safiyyah cuma pinjaman dari Allah. Sekurang-kurangnya aku nak buat something yang betul in her upbringing. That's responsibility.


Dua-dua gambar ni aku ambik masa cuti Raya Haji. Suka benar dengan kamera.

Aku tak tau pattern apa dia main gelongsor ni. Orang lain turun duduk, dia turun meniarap. Pulak tu, dah berkenan gelongsor tu, yang itu je la diulang-ulang. 



Aku sebenarnya tak berkenan nak bagi anak dara aku ni makan aiskrim or any other sweets. Tapi dek mengelakkan daripada anak dara ni gi amik orang lain punya aiskrim, bagi je la. Risau duh, dia berdiri tepat depan batang hidung anak orang yang tengah makan aiskrim tu, mata dia tepat pada sasaran. Sebelum ada insiden budak setahun lebih buli kakak umur 5 tahun, baik aku divert dia punya attention.

Studies
En. Noor pesan, macam-macam jenis manusia ada dalam dunia ni. Nak tak nak, suka atau tak, kena hadap kerenah diorang ni semua. Ada yang egoist, opportunist, eccentric, eclectic, bubbly, eerie. Jangan terkejut sangat la, aku pun bukan muda lagi. Dah macam-macam benda aku tengok kat keliling aku ni. Yang selfish paling banyak aku encounter. Dah banyak kali sangat aku terkena sebab manusia selfish. So just stay calm and assertive.

Last Tuesday aku involved in an activity kat kolej. Aku join koir. Ye, sila terkejut untuk sekian kalinya. Mostly aku nak kan jam ktedit, but the second motive was to get out of the class once in a while. Kelas yang berkepam, padat, sesak, panas. At least give me a break. Aku ni bukan type merungut and merengek sepanjang masa. Dah tau Radicare tu banyak makan gaji buta, nak heran pe lagi. So long as Pengarah and pengajar get to stay in cold place, it's good enough. Jangan banyak songeh.

Birthday
Last Tuesday jugak birthday aku. Patut la aku rasa macam lupa something. Dah petang, balik dari kelas baru aku tersedar. Tu pun sebab Seri hantar mesej wish birthday aku. Maghrib tu mak aku pulak yang mesej. En. Noor? Heh, standard la kalau dia tak ingat. Aku sendiri pun lupa. Hadiah-hadiah ni tak main la. Hadiah birthday aku masa mula kitorang kahwin dulu pun tak hilang trauma lagi. Cukup la dia jaga aku baik-baik selama ni.

Okay la, aku nak mula study. Exam start next week. Till then.

Tiada ulasan: