Khamis, 16 Oktober 2014

Adik-beradik

October 16, 2014

Aku macam tak berapa nak percaya yang sampai ke hari ni, kitorang pelatih KPSL masih belum dapat elaun. Alasan mudahnya, permohonan cuti belajar still belum dapat kelulusan dari kementerian. Seriously, agak-agak korang la, lama mana nak bertahan duit makan kat tangan (takde kemudahan memasak kat hostel), dengan keperluan belajar lagi. Ayat simple yang aku dapat, "ala, akak dah kahwin. Minta la suami tanggung". Sedap anak tekak korang je kan? Meh try hidup ngan gaji kitorang, tanggung segala mak nenek perbelanjaan. Aku nak dengar, kot ayat yang sama nak keluar lagi. Sampai naik segan minta tolong ngan adik-adik. Sedara-mara apatah lagi.

Sebut sal adik-beradik.. terasa nak komen sal kisah yang aku dengar tak lama dulu. Sorang member ni menanggung mak and younger sibling, belanja rumah, and keperluan diri. Datang kakak-kakak, sikit pun takde rasa bersalah ambil kesempatan pada si adik. Baju-baju kotor angkut bawak balik basuh kat rumah mak - SABUN FREE. Anak-anak (ye kawan-kawan, kakak-kakak ni dah kahwin, dah beranak-pinak) hantar rumah mak, MAKAN FREE. Jenuh la si member ni menanggung, tak nak bising takut silap haribulan, mak pulak kecil hati. Ni baru betul ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Zaman dulu aku rasa kena sangat la bila orang tua-tua kata adik-beradik ni carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik (eh, betul ke bunyi pepatah ni? Adoi, bahasa sendiri pun fail). Now tak lagi macam tu. Nak pulak urusan berkaitan dengan duit. Boleh sampai berbunuh-bunuhan. Ada adik-beradik yang bermasam muka sebab duit, sampai ke mati tak bertegur-sapa, apatah lagi berbaik-baik. See? Adik-beradik okey, tak sebulu semata-mata sebab duit.

Suami aku pernah pesan, akan sampai masa bila aku terpaksa admit kenyataan zaman sekarang, walaupun ko kerja setempat dengan adik-beradik, tapi during working hours, takde istilah adik-beradik. Masing-masing sama je, cari rezeki nak bawak balik rumah. Sebab akan sampai masa bila adik-beradik ni akan ambil kesempatan pada adik-beradik yang lain. Akan ada masanya bila kita perlu bantuan dari adik-beradik, tapi bermacam-macam alasan yang akan kita dengar.

Well, it's not something new..

Kenyataan hidup zaman sekarang.. kalau kau jenis yang lembut hati, maka kau memang adalah PERLU berhati-hati. Orang sekarang ni dah tak peduli kalau dia terpaksa 'makan' orang lain, merely for their own survival. Aku belajar benda ni dari tempat kerja. Masa ketawa, sama-sama suka sampai berguling-guling. Masa tengah susah,jangan harap muka-muka gelak ni nak join susah sama ngan kau. Ada satu tahap, sikit punya KEJI, orang ni jugak la yang akan jadi kaki report. Adoi la. Masa ni tudung labuh pun jadi senteng, tasbih kat jari pun boleh terlepas.

Tua dan muda, sama je. Ada yang sampai terlupa status diri..

This time aku menulis untuk semua, bukan diri sendiri. Dunia dah makin sampai ke penghujung.. ambil la pengajaran sebelum terlambat.

Tiada ulasan: