Jumaat, 31 Oktober 2014

Annoying

October 31, 2014

Pagi-pagi lagi aku dah panas kepala. Cuaca panas, malam tidur pun tak selesa. Aku migraine tak berhenti akhir-akhir ni, walaupun kelas dah sejuk. Malam tadi memang aku tak plan nak stay up all night sebab hari ni the whole day ada revision class. So aku tidur dalam pukul 11 macam tu.

Aku tak harap banyak pun, just give me a very good night sleep. At least aku dapat tidur yang kualiti dalam 5 jam pun dah cukup, InsyaAllah. Masalah pulak dah, roommate aku ni mulut memang tak boleh control. Seingat aku dari mula aku sign in sebilik dengan dia awal semester hari tu, kalau tak bercakap kat bilik, dia bercakap dalam telefon. Every single day, never missed. 

It didn't bother me at first, sebab aku rasa tu hak semua orang. Kang kalau aku suruh tutup mulut sehari suntuk, ada yang gila nanti. But please, control la sikit. Ko bercakap dengan mak bapak penuh meriah, aku terima. Out of blue, ko ada boyfriend. So disebabkan ko malu-malu nak jumpa kat luar, ko borak dalam telefon. At times aku rasa entertained jugak, korang borak sampai aku boleh ikut sama conversation tu sebijik-sebijik. 

TAPI KALAU DAH PAGI-PAGI BUTA KO BORAK MACAM HARI DAH SIANG, OVER SANGAT KOT. ORANG YANG DUDUK TINGKAT ATAS SEKALI PUN BOLEH DENGAR, AKU RASA. PIPE DOWN SIKIT BOLEH TAK?

Aku dah try bagi hint, kejap tido kejap bangun. Sampai naik pening kepala aku ni. Lastly aku bangun jugak, gosok baju then bersiap apa yang patut. Ni aku menulis sebab aku dah tak tahan sangat, kepala aku panas. Sebelum ada yang menangis kena sembur percuma dengan aku, better aku menghadap blog, merepek panjang-panjang kat sini.

Eh, pandai pulak ko tido kan? Siap pesan suruh aku kejut lagi kan? Asal tak mintak boyfriend ko kejut je? Aku ni alarm clock ko ke? Aku malas. Pandai ko la. Dah besar panjang. Bangun sendiri. 

Tiada ulasan: