July 19, 2014
Tetiba je aku buat entry sal umur kan? Puncanya sal perjumpaan semalam. Since program aku nye pelatih perempuan agak lewat sikit masuk ke perjumpaan sebab Jumaat tengah hari adalah waktu bacaan yasin, maka aku dengan sorang member dapat privilege, dok depan sekali. Row VVIP okeh. Ko ada?
Masa tu yang aku perasan adalah sesi pengenalan diri oleh naqibah-naqibah yang ada dalam dewan kuliah. Kalau secara tak adilnya, aku akan gelar sesi tu sebagai sesi geliang-geliut. Naqibah yang aku nampak berdiri kat depan tu dah macam masuk pertandingan cari calon menantu dah rupanya. Malu-malu meow je memasing. Ada yang terpusing-pusing kiri-kanan, ada yang stretch in stretch out baju sejuk masing-masing.
The most common thing adalah part umur. Sorry sebab aku sangat berterus-terang, part ni aku sungguh meluat semalam. Ada yang suruh teka, bila dah diteka, jawapannya adalah, "dua puluh something". Jadahnya? Malu bangat nak mengaku umur sendiri. Sampai ada budak kelas aku yang dok sebelah siap tanya, yang liat sangat nak mengaku umur sendiri tu nape la?
Ntah.
Kalau nak diikutkan, aku pelatih perempuan paling tua untuk batch ni. Sikit pun aku tak segan nak mengaku umur. Dah tentu umur ko tiga puluh dua, takde keje nya nak mengaku muda. In fact aku bersyukur, sampai panjang ni dah umur yang tuhan bagi aku (nak suruh aku tobat, cuma aku je yang lembab!) dengan pengalaman yang bukan sikit. So korang yang muda belia ni takut sangat nape la?
Jangan rasa insecure dengan umur. Figure je. Yang penting isinya. Ko beria benar malu nak mengaku umur tu, sebab nak maintain muda. Tapi jangan terkejut, first impression aku masa sampai sini, "eh ramainya orang sebaya aku". Dari segi appearance, gaya bercakap, berjalan, sungguh, aku ingat semua sama baya ngan aku. Mana la aku nak bajet yang bercakap ngan aku tu pangkat ADIK-ADIK sangat?
Eh, ke sebab tu korang malu nak mengaku umur? Sebab korang nampak tua dari umur sebenar? Adoi la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan