July 23, 2014
Ala-ala panjang pulak tajuk hari ni, tapi memang entry ni aku buat khas untuk story about aktiviti di kolej aku. Seriously kolej ni aku kategorikan sebagai aktif. Leave behind rasa berbulu sebab ragging masa orientasi as well as seniority issue yang timbul weeks ago, yang penting aku suka level aktif di kolej ni. Full participation from both parts, pengajar and staffs as well as trainees.
Even pelatih still diberikan makanan yang dibungkus, tapi aku tak rasa double standard tu ketara sangat sebab pengajar pun beratur untuk ambil makanan secara buffet, and seating adalah bebas. Malam semalam la aku nampak pengajar makan among trainees. See, eksaited punya hal, aku dah jump the story. Aktiviti aku mula awal, pukul 5.30 petang semua dah berkumpul depan auditorium.
Semua pakai baju kurung cantik-cantik, except for me and a couple of friends. Malas nak redah Bukit Tension tu semata-mata nak tukar baju then rushing semula ke kolej. Aku pulak bijaksana okeh, disebabkan pakaian ke kelas adalah uniform form 6, maka habis semua baju kurung aku eksport balik. Malas nak semak pemandangan, walhal masa kemas baju aku, En. Noor dah pesan baju kurung tu simpan kat hostel, in case perlu.
Degil ok. Hamik situ, orang iftar pakai baju warna-warni, aku iftar dengan uniform kelas. Memang mudah gila nak spot kitorang bertiga neh, sebab di dalam pool of colours, kitorang la white angel. Pffttt!!
Ada majlis khatam al-Quran, masa ni la nak ramai-ramai ngaji sama. Rasa seronok okeh, siap terbayang kalau ada bunga telur kan best. Style kitorang kat kampung dulu. Anyway aktiviti camni memang aku on je. Abis tu mau takmo join, ko dah la tak reti nak tahan diri buat dosa, ada peluang nak buat pahala free lagi nak eksyen?
Lepas khatam, ada tazkirah Ramadhan. Ni memang betul-betul tazkirah yang panggil ustaz ye, bukan stok boss Naren tazkirah kitorang kat opis dulu sebab masuk lambat. Siap gelak besar bila ustaz tu asyik mark pengarah kolej je jadi bahan contoh. Standard la, mana-mana pergi pun boss atas dulu yang orang recognize. Yang nak jadi bahan pun dia jugak la. Adeyai.
Buka puasa dengan kurma and mineral water, then solat maghrib jemaah depan auditorium tu. Minggu orientasi hari tu pun macam tu jugak. Tapi tak ramai la yang muat, around 200 person je. Yang lain solat la kat surau. Lepas siap solat tu terus makan di kafe. Aku dengan member-member angel tak join solat tarawikh lepas tu, kitorang terus solat Isha', then gerak balik ke hostel.
Pagi ni pulak ada perhimpunan kolej, sepatutnya buat di parking lot tapi sebab hujan, again buat di auditorium. Gila best kali ni, kitorang siap dok atas lantai depan pentas. In his speech, pengarah umum tarikh cuti hari raya, cuti tengah semester and cuti semester. Well, takkan nak berita ceria je kan? Harus la ada berita mendebarkan jugak. Pengarah dah umum tarikh exam mid-semester as well as exam final. Haru-biru kan? Best gitu.
Ada jugak majlis penyampaian plak and sijil untuk trainees yang achieved 4.00 in anatomical subject. Yang ni dianjurkan oleh bahagian Pengajian Anatomi dan Fisiologi. Gila kau, 4.00 tu!! Aku berangan gak nak 4.00 tu, tapi takmo la naik pentas. Mak aji ni dah tua, nak oi. Tak kuasa aku nak naik-naik pentas. Lupa pulak, pengarah jugak umumkan barisan MPP yang baru.
Eh, ok la ye. Aku nak 4.00 gak neh. Sekian untuk hari ni ye. Jaa mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan